SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2008 MarsdenLR 2180

HAPIPAH MONEL
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
SIVAN PERIYASAMY - Appellant
Versus
SBS TRAINING & DEVELOPMENT SDN BHD - Respondents

AWARD NO: 994 TAHUN 2008 (KES NO: 19/4 - 2922/06)
Decided On : 06/06/2008

Advocates:
Pihak Yang Menuntut - Tidak Hadir
Bagi Pihak Syarikat - Kevin Rozario; T/n Khairuddin Ngiam & Tan

RUJUKAN:

INI ADALAH satu rujukan yang dibuat di bawah subseksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang timbul daripada pembuangan kerja ENCIK SIVAN A/L PERIYASAMY (selepas ini disebut sebagai "Yang Menuntut") oleh SBS TRAINING & DEVELOPMENT SDN. BHD (selepas ini disebut sebagai "Syarikat") pada 4 Oktober 2004.

AWARD

RUJUKAN INI telah ditetapkan untuk sebutan hari ini di Mahkamah pada 29 Mei 2008. Encik Kevin Rozario dari Tetuan Khairuddin Ngiam & Tan hadir bagi pihak Syarikat. Yang Menuntut tidak hadir. Pada 7 Mei 2008 Encik Mohan Ramakrishnan dari Tetuan Ramakrisnan & Associates telah menarik diri daripada mewakili Yang Menuntut.

Tarikh sebutan hari ini telah dimaklumkan kepada Yang Menuntut melalui surat dari Mahkamah bertarikh 7 Mei 2008 yang telah diterima oleh Yang Menuntut pada 9 Mei 2008. Namun Yang Menuntut tidak hadir di Mahkamah pada hari ini.

Memandangkan hal keadaan yang demikian, Mahkamah berpendapat tidak wajar dan tiada feadahnya bagi Mahkamah untuk berterusan memberikan tarikh sebutan baru mahupun berterusan menangani rujukan ini. Mahkamah berpendapat ketidakhadiran Yang Menuntut menunjukkan bahawa Yang Menuntut tidak lagi berminat untuk meneruskan rujukan ini.

DENGAN INI saya memerintahkan supaya rujukan ini dibatalkan dengan kebebasan untuk memfailkan semula dalam tempoh 30 hari dari tarikh award ini diturunkan.

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top