2008 MarsdenLR 1030
CHEW SOO HO
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
HUZALIZAH HAMID DAN 2 ORANG PERAYU YANG LAIN - Appellant
Versus
ASIA TELECOMMUNICATION (M) SDN BHD - Respondents
AWARD NO: 1105 TAHUN 2008 (KES NO: 5/4 - 236/08)
Decided On : 06/23/2008
Bagi Pihak Menuntut - Tidak Hadir
Bagi Pihak Responden - Tidak Hadir
Ini adalah satu rujukan oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia, Malaysia di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 mengenai Pembuangan Kerja ke atas Puan Huzalizah binti Hamid Dan 2 Orang Perayu Yang Lain (selepas ini disebut sebagai "Pihak Menuntut-Pihak Menuntut") oleh Asia Telecommunication (M) Sdn. Bhd. (selepas ini disebut sebagai "Pihak Responden") pada 28 Februari 2007.
AWARD
Rujukan ini di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia adalah berpunca daripada pembuangan kerja ke atas Puan Huzalizah binti Hamid Dan 2 Orang Perayu Yang Lain, Pihak Menuntut-Pihak Menuntut, pada 28 Februari 2007.
Kes ini dibangkitkan untuk sebutan kali kelima pada 23 Jun 2008. Pihak Menuntut tidak hadir dan gagal memfailkan Kenyataan Kes mereka tanpa apa-apa alasan. Pihak Responden tidak hadir dan kelihatan tidak dapat dikesan sejak kes ini mula disebutkan pada 31 Mac 2008.
Memandangkan keadaan kes seperti yang tersebut di atas, maka Mahkamah mengeluarkan Award membatalkan kes ini tetapi dengan kebebasan untuk ia dipohon atau difailkan semula dalam tempoh yang munasabah.