SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2008 MarsdenLR 3119

AHMADI HAJI ASNAWI, JC

MAHKAMAH TINGGI (MUAR)

MBF NORTHERN SECURITIES SDN BHD - Appellant
Versus
LIM TIAM LOCK - Respondents

GUAMAN SIVIL NO 23-8 TAHUN 1999

Decided On : 04/04/2008

PENGHAKIMAN ATAS SAMAN DALAM KAMAR ENCLOSURE 64

Plaintif melalui Saman Dalam Kamar (Lampiran 64) memohon antara lain agar kebenaran diberikan kepadanya untuk menghidupkan semula Guaman Sivil di atas yang telah dibatalkan melalui perintah mahkamah dalam Lampiran 62. Plaintif juga memohon supaya penghakiman ingkar ke atas tuntutan balas Defendan yang diperolehi oleh Defendan pada tarikh yang sama (21.6.2005) turut diketepikan. Plaintif mengemukakan alasan bahawa perintah pembatalan tersebut hanyalah atas sebab penarikan diri peguamnya dari mewakili dirinya pada 21.6.2005 dan penghakiman ingkar ke atas tuntutan balas Defendan telah dibenarkan tanpa sebarang perbicaraan dan dengan kehadiran peguam Plaintif, yang ketika itu belum lagi memfailkan perintah penarikan dirinya serta menyerahkan perintah tersebut kepada dirinya. Maka dengan itu perintah-perintah (seperti dalam Lampiran 62) yang diberi pada 21.6.2005 adalah bertentangan dengan Aturan 64 Kaedah 8(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980.

Saya dapati bahawa dalam kes ini, perintah seperti dalam Lampiran 62, yang diperolehi oleh Defendan terhadap Plaintiff dimana writ dan tuntutannya telah dibatalkan dan tuntutan balasnya ke atas Plaintiff telah diluluskan oleh mahkamah telah diperolehi (oleh Defendan) atas fakta ketidakhadiran Plaintiff dalam prosiding pada 21.6.2005.

Walaubagaimana pun saya dapati bahawa prosiding pada 21.6.2005 itu hanyalah prosiding berkaitan dengan permohonan peguamcara Plaintiff yang terdahulu yang memohon untuk menarik diri sebagai peguamcara Plaintiff (yang mana permohonan ini telah diluluskan oleh mahkamah pada hari yang sama). Prosiding pada hari itu tidak ada kena mengena dengan prosiding pengurusan kes. Dalam keadaan seperti ini adalah wajar bagi mahkamah untuk memberikan satu tarikh yang baru kepada kedua-dua pihak, terutamanya pihak Plaintiff untuk memberi masa yang secukupnya kepada bekas peguamcara Plaintiff menyernpurnakan perintah penarikan dirinya kepada Plaintiff, yang mana hanya dengan penyempurnaan perintah berkenaan barulah perintah berkenaan "takes effect" dan peguamcara Plaintiff "ceased to be solicitors for the Plaintiff" - lihat Aturan 64 Kaedah 5(1).

Selagi Plaintiff tidak menerima perintah penarikan diri oleh peguamcara, maka peguamcara masih dalam rekod sebagai mewakili Plaintiff. Dengan itu Plaintiff tidak boleh dikatakan sebagai tidak hadir pada hari itu kerana Plaintiff masih diwakili oleh peguamcaranya. Nyata sekali dalam hal ini Peraturan 56 Legal Profession Act & Etiquette Rules 1978 - tidak dipatuhi bila mana penghakiman ingkar itu diperolehi.

Pemberian satu tarikh yang baru juga akan memberi peluang kepada Plaintiff untuk melantik peguamcara yang baru ataupun mengambil lain-lain tindakan yang perlu. Pemberian penghakiman ingkar tersebut pada hari itu telah menafikan hak pihak Plaintiff untuk melantik peguam yang baru untuk mewakilinya dalam writ saman dan tuntutannya. Ketidak hadiran Plaintiff in person pada hari itu bukanlah satu isu, kerana prosiding hari itu hanya prosiding penarikan diri peguamcaranya dan bukanlah satu prosiding yang menyentuh pengurusan perjalanan kes tersebut secara substantive yang memerlukan kehadiran Plaintiff secara kendiri di mahkamah.

Saya juga dapati bahawa pihak Defendan telahpun digulungkan. Dalam keadaan seperti ini untuk tindakan tuntutan balasnya terhadap Plaintiff, pihak Defendan perlulah mematuhi keperluan-keperluan dibawah seksyen 326 (1) dan 363(2) Akta Syarikat 1965. Tuntutan balas Defendan terhadap Plaintiff adalah satu prosiding yang terangkum dalam perkataan "no action or proceeding shall be proceeded except by leave of court" kerana kapasiti Defendan sekarang adalah kapasiti orang yang menuntut. Perkataan "proceed with" menunjukkan yang Defendan tidak boleh meneruskan apa-apa tindakan/prosiding yang telah dinilai dalam kapasiti samada sebagai Plaintiff atau Defendan. Perkataan "Proceeded with" adalah termasuk tindakan Defendan melanjutkan tuntutan kes tuntutan balasnya terhadap Pl

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top