SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2008 MarsdenLR 3

AHMADI HAJI ASNAWI, JC

MAHKAMAH TINGGI (MUAR)

MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA - Appellant
Versus
BHAJAN SINGH PARKASH SINGH - Respondents

NOTIS USUL PEMULA NO: 25-12 TAHUN 2007

Decided On : 06/27/2008

JUDGMENT

PERAYU di atas melalui Notis Usul No. 25-12-2007 (Lampiran 2) telah memohon supaya kebenaran diberikan untuk memohon antara lain satu perintah Mandamus diusulkan di Mahkamah Tinggi supaya memerintahkankan Menteri Pertahanan Malaysia mematuhi Perintah Mahkamah bertarikh 27.9.2006 (Exhibit BSPS-2, Affidavit Sokongan) yang menghendaki dilevikan pendapatan bulanan Ismail bin Parman (No. Tentera 6003064) yang kena dibayar oleh Menteri Pertahanan Malaysia, Kementerian Pertahanan Malaysia, sebagai majikan kepada Ismail bin Parman dengan memotong pendapatan bulanan beliau sebanyak RM150.00 sebulan mulai gaji bulan Disember 2006 dan pada tiap-tiap gaji bulan -bulan berikutnya dan dibayar kepada Perayu bagi menjawab keseluruhan tuntutan Perayu sebagaimana Penghakiman Persetujuan bertarikh 26.10.2005 (Exhibit BSPS-1, Affidavit Sokongan) termasuk kos sebanyak RM87.00 sahaja.

Permohonan ini telah disokong dengan satu affidavit yang diikrarkan oleh Perayu pada 16.4.2007 (Lampiran 3). Permohonan ini telah ditetapkan untuk pendengaran pada 27.8.2007 dengan kehadiran Peguam Kanan Persekutuan (PKP) Jabatan Peguam Negara, mewakili Responden.

Walaubagaimana pun permohonan ini telah dibantah oleh PKP yang bijaksana yang mengemukakan bantahan awal atas 3 alasan berikut.

PKP yang bijaksana telah menghujah bahawa perintah persetujuan yang dirakamkan pada 27.9.2006 (exhibit BSPS-2) adalah tidak sah (void) dan tidak boleh dikuatkuasakan atas alasan bahawa majistret yang bijaksana tidak mempunyai bidangkuasa untuk membuat perintah penahanan (levi) gaji anggota berkenaan. Tidak ada peruntukan dalam Kaedah-kaedah Mahkamah Rendah (KMR) 1980 yang memberi bidangkuasa yang sedemikian kepada majistret untuk membuat perintah tersebut.

Saya bersetuju dengan bantahan ini. Walaupun seksyen 3(1) (f) Akta Penghutang, 1957, membenarkan pendapatan seseorang itu dilevikan, namun pelaksanaannya hendaklah tertakluk kepada kaedah-kaedah (rules) mahkamah atau pun peruntukan-peruntukan khusus dalam Akta itu sendiri. Dalam kes Raymond Michael Ignatius & Satu Yang Lain v. D &C Finance Bhd [1994] 2 CLJ 741; [1994] 2 MLJ 697, Y.A Hakim telah memutuskan:-

(1) Gaji yang akan dibayar kepada seseorang dimasa hadapan tidak boleh ditahan melainkan jika terdapat peruntukan khusus mengenainya, misalnya seperti dalam Akta Perempuan Bersuami dan Anak-Anak (Penguatkuasaan Nafkah) 1968 atau diperuntukkan dalam kaedah-kaedah mahkamah.

(2) Mahkamah Majistret tidak mempunyai bidangkuasa untuk membuat perintah tahanan gaji seperti itu kerana tidak terdapat peruntukan khusus dibawah KMR mahupun dibawah mana-mana kaedah mahkamah yang memperuntukkan perintah seperti yang dipohon itu. Aturan 37 KMR yang berkenaan dengan Akta Penghutang 1975 memperuntukan prosedur mengenai tindakan terhadap penghutang itu sendiri, bukan terhadap majikannya. Lagipun, Aturan 24 KMR hanya terpakai apabila terdapat peruntukan lain yang membenarkan permohonan itu dibuat.

Tidak ada alasan bagi saya untuk "depart" dari prinsip undang-undang yang telah mantap ini.

PKP yang bijaksana seterusnya menghujah bahawa Menteri Pertahanan bukanlah "Paymaster" kepada anggota ini. Paymaster yang sebenarnya adalah Kerajaan Malaysia. Saya juga bersetuju dengan hujahan ini. Perayu telah menamakan pihak yang salah. Menteri Pertahanan/Kementerian Pertahanan tidak membayar gaji anggota itu. Menteri atau Kementerian tersebut hanya menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan pertahanan negara. Gaji anggota sebenarnya dibayar oleh Kerajaan Malaysia dan disalurkan kepada Jabatan Arah Urusan Gaji Angkatan Tentera untuk tujuan pembayaran gaji kepada anggota-anggota Angkatan Tentera. Terdapat perbezaan yang nyata diantara institusi Kerajaan Malaysia dengan institusi Menteri Pertahanan. Menteri Pertahanan tidak membayar gaji para anggota tentera. Dengan itu permohonan ini adalah "misplaced".

PKP yang bijaksana juga menghujah bahawa perayu sepatutnya menggunakan Borang 111A dan permohonan ini perlu dibuat dalam tempoh 40 hari selepas perint

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top