2008 MarsdenLR 3552
HAPIPAH MONEL
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
AZZAMRI HAJI ISMAIL - Appellant
Versus
PREMIER MILK (MALAYA) SDN BHD - Respondents
AWARD NO: 245 TAHUN 2008 (KES NO: 19/4 - 2253/07)
Decided On : 02/14/2008
Pihak Yang Menuntut - Tidak Hadir
Pihak Syarikat - Tidak Hadir
INI ADALAH satu rujukan yang dibuat di bawah subseksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang timbul daripada pembuangan kerja ENCIK AZZAMRI BIN HAJI ISMAIL(Selepas ini disebut sebagai 'Yang Menuntut') oleh PREMIER MILK (MALAYA) SDN. BHD.(Selepas ini disebut sebagai 'Syarikat') pada 3 Julai 2007.
AWARD
RUJUKAN INI telah dipanggil untuk sebutan pada hari ini (kali kedua) di Mahkamah pada 14 Februari 2008. Kedua-dua pihak tidak hadir.
Rekod Mahkamah menunjukkan bahawa pada tarikh sebutan kali pertama pada 28 Januari2008, Yang Menuntut tidak hadir walaupun notis sebutan telah dihantar kepada beliau melalui A.R. Berdaftar dan melalui pos biasa pada 7 Januari 2008. Kad AR telah dikembalikandengan tandatangan penerimaan.
Pada 28 Januari 2008 pihak Mahkamah telah menghubungi Yang Menuntut melalui telefondan telah memaklumkan tarikh sebutan pada 14 Februari 2008. Notis sebutan melalui pos biasa juga telah dihantar kepada Yang Menuntut pada 28 Januari 2008 yang memaklumkantentang tarikh sebutan pada 14 Februari 2008.
Pada 14 Februari 2008 pukul 9.50 pagi, sekali lagi pihak Mahkamah cuba menghubungi Yang Menuntut melalui telefon tetapi gagal. Mahkamah telah menunggu sehingga kepukul 10.00 pagi namun Yang Menuntut masih lagi gagal menghadirkan diri ke Mahkamah.
Memandangkan hal keadaan yang sedemikian, Mahkamah berpendapat tidak wajar dan tidak ada faedahnya bagi Mahkamah untuk berterusan memberikan tarikh sebutan baru mahupun berterusan menangani rujukan ini. Mahkamah berpendapat bahawa ketidakhadiran Yang Menuntut pada tarikh-tarikh sebutan yang telah ditetapkan menunjukkan YangMenuntut tidak berminat untuk meneruskan kes rujukan ini.
DENGAN INI saya memerintahkan supaya rujukan ini dibatalkan dengan kebebasan untuk memfailkan semula dalam tempoh 30 hari dari tarikh award ini diturunkan.