2008 MarsdenLR 3162
CHEW SOO HO, AHLI PANEL PEKERJA: MOHD NOOR ABDULLAH, AHLI PANEL MAJIKAN: PUAN KAREENA KAUR
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
WOMENS INSTITUTE OF MANAGEMENT - Appellant
Versus
CHONG LEE MING - Respondents
AWARD NO: 0311 TAHUN 2008 (KES NO: 5/1 - 2050/07)
Decided On : 02/22/2008
Bagi Pihak Pengadu - Ramdhari; T/n Kuppusamy & Co
Bagi Pihak Responden - K Kandiah; T/n Mohd Latif & Associates
Puan Chong Lee Ming ("Pengadu") telah membuat pengaduan di bawah Seksyen 56(1) Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 ("Akta") bahawa Women's Institute of Management ("Responden") telah tidak mematuhi Award No. 1759 Tahun 2007 dalam Kes No. 23/4-867/05.
AWARD
Suatu pengaduan telah difailkan oleh Puan Chong Lee Ming, Pihak Pengadu, terhadap Women's Institute of Management, Pihak Responden, menurut Seksyen 56(1) Akta Perhubungan Perusahaan, 1967 kerana ketidak-patuhan Award No. 1759 Tahun 2007 bertarikh 27 Ogos 2007 yang diperturunkan oleh Mahkamah Perusahaan Malaysia No. 23 dalam Kes No. 23/4-867/05 oleh Pihak Responden.
Kes ini telah dibangkitkan untuk didengar pada 22 Februari 2008 dengan kehadiran Encik Ramdhari dari Tetuan Kuppusamy & Co., peguamcara yang mewakili Pihak Pengadu dan Puan K. Kandiah dari Tetuan Mohd. Latif & Associates, peguamcara yang mewakili Pihak Responden. Pihak Pengadu turut hadir. Puan K. Kandiah memaklumkan Mahkamah bahawa suatu persetujuan telah dicapai di dalam kes ini oleh kedua-dua pihak dengan terma-terma seperti berikut:
1. Sehelai cek dengan nilai RM14,000.00 (Ringgit Malaysia Empat Belas Ribu sahaja) akan diserahkan kepada peguamcara Pihak Pengadu untuk dipegang sebagai pemegang amanah (stakeholder) dan dengan pengakutan (undertaking) bahawa jumlah wang tersebut tidak akan dilepaskan kepada Pihak Pengadu sementara menunggu hasil Semakan Kehakiman kes ini di Mahkamah Tinggi;
2. Cek tersebut akan diserahkan kepada peguamcara Pihak Pengadu pada atau sebelum 3 Mac 2008; dan
3. Jika keputusan Semakan Kehakiman di Mahkamah Tinggi adalah menyebelahi Pihak Pengadu/Pihak Menuntut, adalah dipersetujui bahawa peguamcara Pihak Pengadu/Pihak Menuntut boleh melepaskan jumlah wang RM14,000.00 tersebut kepada Pihak Pengadu/Pihak Menuntut seterusnya.
Encik Ramdhari mengesahkan terma-terma persetujuan tersebut.
Maka Mahkamah dengan ini mengeluarkan Award menurut terma-terma persetujuan seperti yang tersebut di atas.