SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2002 MarsdenLR 1647

MAHKAMAH TINGGI MALAYA, PULAU PINANG

MOHD NOOR ABDULLAH H


ARUMUGAM SUBRAMANIAM
versus
PEGAWAI PEMULIHAN PUSAT SERENTI BUKIT MERTAJAM & SATU LAGI

PERMOHONAN JENAYAH NO: 44-49-01, 44-53-2001, 44-57-2001, 44-61-2001, 44-65-2001, 44-69-2001 & 44-73-2001

Decided On : 03-21-02

PENGHAKIMAN

Mohd Noor Abdullah H:

Ketujuh-tujuh kes ini menimbulkan antara lain, isu perundangan yang sama, iaitu pertama: sama ada perintah tahanan untuk menjalani ujian oleh majistret ke atas pemohon adakah sah, dan kedua: sama ada perintah menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan dan menjalani pengawasan oleh majistret ke atas pemohon adakah sah.

Pertama: Perintah Tahanan Untuk Ujian

Kuasa majistret untuk menahan pemohon untuk ujian diperuntukkan di bawah s. 4(1) Akta yang menyatakan:

4. (1) Jika ujian tidak dapat dijalankan atau disiapkan atau keputusan ujian- ujian itu tidak dapat diperolehi dalam masa dua puluh empat jam dari masa seseorang itu ditahan dalam jagaan di bawah subseksyen (1) s. 3

(a) ...

(b) orang itu bolehlah dibawa oleh seseorang pegawai kehadapan Majistret dan Majistret itu hendaklah jika pegawai itu melaporkan bahawa orang itu perlu ditahan bagi maksud menjalani ujian-ujian, memerintahkan supaya ditahan sedemikian selama sesuatu tempoh tidak melebihi empat belas hari untuk menjalani ujian-ujian ...

Aliran tindakan bagi menahan seorang yang disyaki penagih dadah adalah seperti berikut:

(1) Seorang pegawai pemulihan atau polis boleh menahan seorang yang dia semunasabahnya mengesyaki adalah penagih dadah (s. 3(1));

(2) Penagih dadah yang disyaki itu boleh ditahan selama tempoh tidak melebihi 24 jam untuk menjalani ujian bagi menentukan dia penagih dadah (s. 3(2));

(3) Sekiranya ujian itu tidak dapat dijalankan atau disiapkan atau keputusan ujian itu tidak dapat diperolehi dalam masa 24 jam:

(a) pegawai itu boleh melepaskan orang itu dengan ikat jamin supaya hadir pada masa dan tempat yang ditetapkan dalam jaminan itu. (s. 4(1)(a)); atau

(b) Orang itu boleh dihadapkan kepada majistret dan jika pegawai itu melaporkan bahawa orang itu perlu ditahan untuk menjalani ujian, majistret itu hendaklah memerintahkan supaya orang itu ditahan selama tempoh tidak melebihi 14 hari untuk menjalani ujian atau majistret itu boleh melepaskan orang itu dengan ikat jamin untuk hadir pada tarikh dan tempat yang ditetapkan dalam jaminan itu bagi menjalani ujian.

Adalah diperhatikan s. 4(1)(b) ini telah dipinda. Sebelum dipinda klausa yang berkenaan menyatakan "dan majistret itu boleh, jika pada pandangan majistret ituadalah perlu untuk menahan orang itu bagi tujuan menjalani ujian, memerintahkan dia ditahan ...". Setelah dipinda klausa itu menyatakan "dan majistret hendaklah, jika pegawai melaporkan kepada majistretbahawa adalah perlu untuk menahan orang itu bagi tujuan menjalani ujian ... memerintahkan dia ditahan ...". Maka asas pertimbangan majistret untuk menahan seseorang itu berubah dari keperluan menahan menurut pandangan majistret kepada keperluan menahan menurut laporan pegawai kepadanya.

Borang 1 Perintah Tahanan Untuk Menjalankan Ujian Bagi Orang Yang disyaki Sebagai Penagih Dadah menyatakan:

Bahawasanya saya ... seorang Majistret di ... setelah dilaporkan kepada saya oleh pegawai bahawa dia dengan semunasabahnya mengesyaki bahawa ... Kad Pengenalan No. ... berumur ... tahun yang beralamat di ... ialah seorang penagih dadah, memerintahkan supaya orang tersebut ditahan di ... dari ... hingga ... untuk menjalani ujian-ujian bagi maksud menentukan sama ada dia ialah atau bukanlah seorang penagih dadah mengikut pengertian Akta.

Diberi di bawah tandatangan saya dan meterai Mahkamah di ... pada ...

...

(Majistret)

Adalah diperhatikan Borang 1 (eks. NR6) tidak selari dengan s. 4(1)(b) Akta. Borang ini tidak menyatakan "jika pegawai melaporkan kepada majistret bahawa adalah perlu untuk menahan orang itu untuk tujuan menjalani ujian ...". Maka asas pertimbangan majistret untuk menahan orang itu ialah kerana pegawai dengan semunasabahnya mensyaki orang itu ialah seorang penagih dadah bukan kerana pegawai itu melaporkan kepadanya ia perlu ditahan untuk tujuan menjalani ujian. Pertimbangan majistret untuk menahan orang itu adalah tidak betul dan tidak selari dengan kehendak s. 4(1)(b) dan kerana itu penahanan pemohon ti

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top