SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2009 MarsdenLR 1255

MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
ROSLAN MAT NOR

MARI BOUTIQUE SDN BHD
Versus
NOR ANITA ABDULLAH

AWARD NO: 1221 TAHUN 2009 (KES NO: 28(20)/4-1743/04)
Decided On : 15 OKTOBER 2009

AWARD

1. Kes ini telah dibicarakan di hadapan Pengerusi yang telah bertukar pada 1hb. April, 2009. Pada 8hb. Jun, 2009 pihak-pihak telah menzahirkan persetujuan mereka untuk award diturunkan oleh saya berdasarkan kepada catatan yang dibuat oleh bekas Pengerusi yang mendengar kes ini di dalam nota keterangan.

2. Pihak-pihak juga tidak berhasrat untuk membuat tambahan terhadap hujjahan yang telah dikemukakan oleh kedua-dua pihak di Mahkamah ini. Saya akan menurunkan award ini berdasarkan nota keterangan, hujjah-hujjah kedua pihak dan ekshibit-ekshibit yang telah dikemukakan di Mahkamah ini.

Latar belakang kes

3. Pihak Menuntut telah mula bekerja di Syarikat Responden di Bahagian Kewangan Syarikat dan Pentadbiran pada 03hb. Jun, 2002 dengan gaji RM2,000/- sebulan.

4. Pihak Menuntut telah dibayar gaji berjumlah RM1,810.25 bagi bulan Jun 2002 dan RM1,770.25 bagi gaji bulan Julai.

5. Pihak Menuntut telah menyatakan bahawa beliau telah dipaksa untuk menulis surat perletakan jawatan daripada syarikat pada 19hb. Julai, 2002. Pada 29hb. Julai, 2002, Pihak Menuntut telah menulis surat kepada syarikat menyatakan bahawa beliau telah memplidkan pembuangan kerja konstruktif.

Keterangan Pihak Menuntut

6. Pihak Menuntut menyatakan bahawa beliau telah dilantik untuk bekerja di syarikat Responden. Jawatan di syarikat Responden menurut Pihak Menuntut adalah tetap. Oleh sebab itu, beliau sanggup untuk meletakkan jawatan di syarikat di mana Pihak Menuntut bekerja sebelum ini. Ia adalah kerana pekerjaan di syarikat Pihak Menuntut adalah tetap. Disamping itu menurut Pihak Yang Menuntut juga ia adalah kerana beliau ingin memperkukuhkan hubungan perniagaan dengan Pihak Syarikat Responden. Ia ditambah pula dengan maklumat yang diperolehi oleh Pihak Menuntut bahawa syarikat telah mendapat projek kerajaan.

7. Pihak Menuntut telah dimaklumkan mengenai kekosongan kerja di Syarikat Responden oleh kakak ipar beliau yang merupakan pekerja di Syarikat Responden. Pihak Menuntut menyatakan bahawa beliau telah ditemuduga oleh COW1 sebelum diambil bekerja.

8. Pihak Menuntut juga menyatakan bahawa beliau telah dijanjikan bahawa surat tawaran jawatan akan diberikan kepada beliau pada hari beliau mula bekerja iaitu 3hb. Jun, 2002. Namun ianya tidak diberikan oleh syarikat kepada beliau.

9. Pihak Menuntut menyatakan bahawa beliau adalah kakitangan yang diambil bekerja secara tetap di syarikat dan bukannya merupakan seorang pekerja sambilan. Ini menurut beliau dapat disokong dengan keterangan bahawa beliau telah dibayar gaji dan terdapat nama beliau pada kad perakam waktu syarikat.

10. Pihak Menuntut menyatakan bahawa beliau telah diminta oleh syarikat meletakkan jawatan kerana kakak iparnya yang juga merupakan Pegawai Sumber Manusia di Syarikat Responden telah berhenti kerja dari syarikat itu.

11. Pihak Menuntut di dalam keterangan menyatakan bahawa beliau tidak pada bila-bila masa secara sukarela ingin meletakkan jawatan daripada Syarikat Responden. Kegagalan Pihak Syarikat menjawab surat beliau bertarikh 22hb. Julai, 2002 (Lampiran 10 halaman 3) menyebabkan beliau menyifatkan beliau telah dibuang secara konstruktif seperti yang dinyatakan dalam suratnya bertarikh 29hb. Julai, 2002 (Lampiran 10 halaman 6).

Keterangan Pihak Syarikat

12. COW1 di dalam keterangannya menyatakan bahawa 'status-quo' Pihak Menuntut di Syarikat Responden hanyalah sebagai seorang pekerja sementara. Tiada sebarang hasrat syarikat untuk mengambil Pihak Menuntut sebagai pekerja tetap.

13. COW1 menyatakan bahawa keputusan syarikat mengambil Pihak Menuntut bekerja adalah atas dasar belas kasihan COW1 setelah mendengar rintihan masalah yang dihadapi oleh Pihak Menuntut. Disebabkan Pihak Yang Menuntut ada mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Pegawai Sumber Manusia Syarikat, Pihak Menuntut diambil bekerja, Keterangan ini disokong oleh COW2.

14. Pihak Syarikat tidak menafikan bahawa mereka ada membayar gaji kepada Pihak Yang Menuntut melalui baucer bagi gaji bulan Jun dan Julai. COW1 nyatakan bahawa

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top