2009 MarsdenLR 4172
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
CHEW SOO HO
CONSOBIZ VENTURES SDN BHD
Versus
HALIM ABDULLAH @ SUNDARAN PILLAI BASKARAN PILLAY
AWARD NO: 132 TAHUN 2009 (KES NO: 5/4-1430/07)
Decided on : 4 FEBRUARI 2009
Peguamcara Pihak Menuntut - Ravindra Murugavell; T/n Murugavell Arumugam & Co
Peguamcara Pihak Responden - Mejar (B) Ibrahim Hashim; Tn Ibrahim Hashim & Co
Rujukan ini di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia adalah berpunca daripada pembuangan kerja ke atas Encik Halim bin Abdullah @ Sundaran Pillai A/L Baskaran Pillay, Pihak Menuntut, pada 19 September 2006.
Kes ini telah dibangkitkan untuk sebutan lanjut pada 4 Februari 2009 dengan kehadiran Encik Ravindra Murugavell dari Tetuan Murugavell Arumugam & Co., peguamcara yang mewakili Pihak Menuntut dan Encik Mejar (B) Ibrahim bin Hashim dari Tetuan Ibrahim Hashim & Co., peguamcara yang mewakili Pihak Responden. Encik Ravindra Murugavell memaklumkan Mahkamah bahawa beliau ada arahan untuk menarik balik kes ini kerana ia telah diselesaikan. Encik Mejar (B) Ibrahim bin Hashim seterusnya memohon agar kes ini dibatalkan tanpa kebebasan untuk ia dipohon semula.
Memandangkan kes ini ditarik balik akibat ia telah diselesaikan, maka Mahkamah mengeluarkan Award membatalkan kes ini tanpa kebebasan untuk ia dipohon atau difailkan semula.