SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2020 MarsdenLR 181

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH SEREMBAN
SITI SRIRAHAYU ARIFFIN LWN. KHALID UJANG
[Kes Mal Bil: 05100-099-0565-2019]



Mahkamah tiada bidang kuasa untuk mendengar tuntutan ubah perintah berkaitan Harta Sepencarian jika tiada sokongan peruntukan undang-undang dan kausa tindakan yang jelas.

Headnote:(A) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 – Seksyen 63(1)(b) – Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sembilan (EUUKINS) 2003 – Seksyen 76 dan 75 – Tuntutan Ubah Perintah Harta Sepencarian – Mahkamah memutuskan bahawa tiada bidang kuasa mendengar tuntutan ubah perintah berkaitan Harta Sepencarian kerana tiada peruntukan undang-undang yang menyokongnya serta tidak wujud kausa tindakan yang jelas. (Paras 6, 8, 22)

PENGHAKIMAN

Kamal Bashah Ahmad Tajuddin HMTS:

Fakta Kes

[1] Pemohon memfailkan permohonan interlokutori Bantahan Awal terhadap tuntutan Ubah Perintah Harta Sepencarian yang difailkan oleh Responden berdasarkan s 63(1)(b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003.

Penghakiman YA Tuan Kamal Bashah Bin Dato' Ahmad Tajuddin, HMTS

[2] Di dalam permohonan ini, terdapat dua (2) isu utama yang mahkamah perlu beri ulasan dalam membuat keputusan bagi kes ini iaitu:

a. Sama ada tatacara prosiding Permohonan Ubah Perintah oleh pihak Responden sebagai Plaintif dalam kes Ubah Perintah adalah mematuhi prosedur undang-undang.

b. Sama ada Permohonan Interlokutori pihak Pemohon adalah wajar.

Isu Pertama: Sama Ada Tatacara Prosiding Permohonan Ubah Perintah Oleh Pihak Responden Sebagai Plaintif Dalam Kes Induk Adalah Mematuhi Prosedur Undang-Undang.

[3] Apabila suatu Permohonan Ubah Perintah dimasukkan dalam mana-mana prosiding di mahkamah, adalah sedia maklum selalunya ia adalah berkaitan dengan tuntutan nafkah seseorang anak ataupun mengenai penjagaan (Hadhanah). Jika kedua-dua tuntutan tersebut difailkan maka mahkamah ini boleh mempertimbangkan permohonan tersebut. Dalam hal tersebut mahkamah semestinya akan merujuk kepada s 76 dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sembilan (EUUKINS) 2003 yang memperuntukkan:

"Mahkamah boleh, atas permohonan seseorang yang ada mempunyai kepentingan pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengubah, atau boleh pada bila-bila masa membatalkan, sesuatu perintah mengenai penjagaan atau nafkah seseorang anak, jika mahkamah berpuas hati bahawa perintah itu telah diasaskan atas sesuatu salah pernyataan atau kesilapan fakta atau jika sesuatu perubahan matan telah berlaku tentang hal keadaan."

[4] Dengan peruntukan tersebut, mahkamah ini mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes yang berkaitan dengan nafkah seseorang anak dan penjagaan (Hadhanah). Kedua-dua kes tersebut juga mahkamah akan menggariskan dua perkara yang mesti diperjelaskan iaitu yang pertama, apakah perkara matan yang telah berubah pada diri pemohon dan yang kedua, kepentingan masa depan anak-anak pada jangka waktu yang panjang dan jumlah keperluan nafkah setiap anak-anak.

[5] Amnya, alasan-alasan yang biasa diberikan ialah telah wujud salah penyataan; atau telah wujud kesilapan fakta; atau telah berlaku perubahan matan tentang hal keadaan berdasarkan perjanjian yang telah dibuat.

[6] Namun begitu, mahkamah tidak menjumpai akan sebarang kausa tindakan yang membolehkan mahkamah dipandu dengan apa-apa peruntukkan dalam mengemudi kes tuntutan Ubah Perintah Harta Sepencarian sedangkan yang tercatit di dalam peruntukan yang sedia ada hanyalah berkaitan kes nafkah seseorang anak dan hak Penjagaan sepertimana di dalam s 75 dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sembilan (EUUKINS) 2003.

[7] Pihak Responden menghujahkan bahawa mahkamah ini berbidangkuasa mendengar tuntutan yang telah difailkannya itu berdasarkan kepada s 5 dan 6 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003 frasa:

"Ketidakpatuhan mana-mana peruntukan Enakmen ini atau mana-mana kaedah yang di buat di bawahnya tidaklah membatalkan mana-mana prosiding melainkan jika mahkamah memerintahkan sedemikian, tetapi mahkamah boleh, atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak, mengetepikan mana-mana prosiding keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai tidak teratur, atau memerintahkan supaya apa-apa pindaan dibuat atas apa-apa terma yang difikirkannya adil; dan

Apa-apa permohonan untuk mengetepikan apa-apa prosiding, langkah yang diambil dalam apa-apa prosiding atau apa-apa dokumen, penghakiman atau perintah dalamnya kerana tidak teratur tidaklah boleh dibenarkan melainkan jika permohonan itu dibuat dalam masa yang munasabah dan sebelum pihak yang memohon itu telah mengambil apa-apa langkah baru selepas menyedari tentang ketidakteraturan itu."

[8] Mahkamah dapati bahawa peruntukan yang disandarkan oleh Responden ini adalah terlalu umum dan tidak mampu


Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top