SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2022 MarsdenLR 724

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH KUALA SELANGOR
PENDAKWA SYARIE LWN. NUR FATIN AZIDA ABD JALIL
[Kes Jenayah Bil: 10010-165-0131-2021 & 10010-147-0137-2021]



Pengakuan salah Tertuduh yang difahami secara sukarela sarat dengan asas sah; pertuduhan kedua dibatalkan kerana prinsip perbicaraan berulang.

Headnote:(A) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 – Seksyen 40(2) dan 134 – Tertuduh disabitkan atas kesalahan berkahwin tanpa kebenaran Pendaftar dan bersubahat dalam kesalahan tersebut – Pengakuan salah Tertuduh diterima dan beban pembuktian dipenuhi oleh Pendakwa – Mahkamah memutuskan pertuduhan kedua sebagai perbicaraan berulang (double jeopardy) dan dibatalkan. (Paras 1-2, 47-50)

(B) Pengakuan Salah – Tertuduh membuat pengakuan salah dengan memahami kesan pengakuan tersebut dan tanpa paksaan, yang dihormati mahkamah. (Paras 7, 47)

Facts of the case: Tertuduh didapati berkahwin tanpa kebenaran pendaftar pada 1 Jun 2020 dan mengaku salah atas pertuduhan ketika dibaca di mahkamah. (Paras 2, 3)

Findings of Court: Mahkamah mensabitkan kesalahan di bawah Seksyen 40(2) dan mempertahankan pertuduhan pertama, membatalkan yang kedua berdasarkan prinsip double jeopardy. (Paras 46-50)

Issues: Pertanyaan sama ada tuduhan kedua merupakan perbicaraan berulang berdasarkan kesalahan yang sama. (Paras 26, 30)

Ratio Decidendi: Mahkamah memutuskan bahawa kedua-dua pertuduhan adalah berdasarkan transaksi yang sama dan membatalkan pertuduhan bersubahat. (Paras 39-46)

Result: Pertuduhan pertama disabitkan dengan denda RM 800, pertuduhan kedua dibatalkan. (Paras 50)

PENGHAKIMAN

Mohd Nurulazhar Mohd Tohar:

Fakta Kes

[1] Tertuduh telah dipertuduhkan di bawah Seksyen, 134, 40(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 (EUUKIS 2003) dan Tertuduh tersebut telah membuat pengakuan salah atas pertuduhan masing-masing setelah Tertuduh tersebut memahami pertuduhan, faham kesan pengakuan salah dan pengakuan dibuat tanpa wujud paksaan daripada mana-mana pihak.

[2] Mahkamah telah mensabitkan Tertuduh tersebut atas kesalahan yang telah dipertuduhkan berdasarkan peruntukan Seksyen, 134, 40(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 (EUUKIS 2003).

[3] Kes ini adalah kes kesalahan matrimoni berkaitan dengan berkahwin tanpa kebenaran pendaftar dan bersubahat di bawah seksyen, 40(2) dan 134 EUUKIS 2003. Tertuduh dalam kes ini telah dituduh melakukan kesalahan tersebut pada 1 Jun 2020 jam lebih kurang 3.00 petang di No xx Jalan Selesa x, Taman Selesa, Kampung Api-Api, 45700 Bukit Rotan Selangor didapati telah berkahwin tanpa kebenaran Pendaftar dan bersubahat. Tertuduh dalam kes ini adalah Nur Fatin Azida binti Abd Jalil, No Kad Pengenalan: xxxxx.

[4] Pertama sekali, bidangkuasa adalah menjadi sandaran penting dalam apa jua tindakan di Mahkamah. Merujuk keseluruhan kes ini, Mahkamah berpuashati berkenaan dengan kedudukan bidangkuasa adalah selaras dengan peruntukan s 62(2) (a) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (selepas ini disebut EPAIS 2003) yang juga dibaca bersama dengan Seksyen, 134, 40(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 (EUUKIS 2003) sebagaimana berikut:

Seksyen 62(1) EPAIS 2003. Sesuatu Mahkamah Rendah Syariah hendaklah mempunyai bidangkuasa di seluruh Negeri Selangor dan hendaklah diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Rendah.

(2) Mahkamah Rendah Syariah hendaklah:

(a) dalam bidangkuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang Islam di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang baginya hukuman maksimum yang diperuntukan oleh Enakmen atau mana- mana undang-undang bertulis itu tidak melebihi riga ribu ringgit, atau pemenjaraan selama tempoh 2 tahun atau kedua-duanya, dan boleh mengenakan mana-mana hukuman yang diperuntukan bagi kesalahan itu.

Seksyen 134 EUUKIS 2003 dibawah tajuk 'Percubaan dan subahat'

Barangsiapa cuba melakukan, atau bersubahat melakukan, sesuatu kesalahan di bawah Enakmen ini adalah melakukan suatu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman sama seperti yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

Seksyen 40(2) EUUKIS 2003 dibawah tajuk 'Kesalahan-kesalahan berhubungan dengan akad nikah perkahwinan '

(2) Seseorang yang berkahwin atau berbuat sesuatu yang berupa sebagai akad nikah atau yang menjalani sesuatu cara akad nikah dengan sesiapa jua berlawanan dengan mana-mana peruntukan Bahagian II adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit ataupenjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

[5] Selanjutnya setelah Pendakwa dan Tertuduh bersedia, pertuduhan terhadapTertuduh telah dibacakan sebagaimana berikut:

A. Bagi kes Jenayah No: 10010-165-0131-2021, Tertuduh Nur Fatin Azida binti Abd Jalil, No Kad Pengenalan: xxxxx.

Bahawa kamu, Nur Fatin Azida binti Abd Jalil, No Kad Pengenalan: xxxxx, bahawa kamu pada 1 Jun 2020 jam lebih kurang 3.00 petang di No xx Jalan Selesa x, Taman Selesa, Kampung Api-Api, 45700 Bukit Rotan Selangor didapati telah berkahwin tanpa kebenaran Pendaftar dengan seorang lelaki bernama MFJ No Kad Pengenalan: xxxxx yang berlawanan bahagian II s 19(a) Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Maka dengan itu, kamu telah melakukan kesalahan di bawah s 40 (2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 dan hendaklah dihukum dengan denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya di bawah seksyen dan E


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top