SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2024 MarsdenLR 1261

MAHKAMAH TINGGI MALAYA JOHOR BAHRU
MUHAMAD SHAHRUL MUIZ RAHADI LWN. LEMBAGA TATATERTIB KUMPULAN SOKONGAN (NO 1) JABATAN KASTAM DIRAJA ....
[Permohonan Semakan Kehakiman No: JA-25-5-04-2023]



Petitioner Advocates:Danial Firdaus Derin ,Respondent Advocate: Zahilah Mohammad Yusoff

Pertuduhan tatatertib terhadap Pemohon tidak mempunyai fakta mencukupi untuk menyokong kesalahan dan hukuman yang dijatuhkan tidak sah.

Headnote:(A) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 - Peraturan 4(2)(i) dan 4(2)(j) - Semakan kehakiman - Pemohon didapati bersalah atas dua pertuduhan tatatertib tanpa fakta yang mencukupi untuk menyokong kesalahan - Mahkamah membenarkan semakan kerana pertuduhan tidak menyatakan laluan merah dan tidak ada bukti mencukupi bagi kesalahan tersebut. (Paras 36, 46)

(B) Prinsip Semakan Kehakiman - Keputusan Lembaga Tatatertib boleh disemak untuk menentukan jika terdapat 'illegality', 'irrationality', dan 'procedural impropriety'. (Paras 38, 41)

Facts of the case:
Pemohon, seorang Pembantu Penguasa Kastam, dikenakan hukuman turun gaji selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan berkaitan kecuaian dalam melaksanakan tugas. Mahkamah mendapati hukuman tersebut tidak menyatakan secara jelas jika ia berjalan serentak. (Paras 1, 3, 36)

Findings of Court:
Mahkamah memutuskan bahawa tiada fakta mencukupi untuk menyokong pertuduhan dan hukuman yang dijatuhkan adalah tidak sah. (Paras 36, 46)

Issues: Adakah pertuduhan cuai terhadap Pemohon berasas dan adakah hukuman yang dijatuhkan adalah sah? (Paras 36, 46)

Ratio Decidendi: Mahkamah memutuskan bahawa pertuduhan tidak mengandungi fakta yang mencukupi dan keputusan Lembaga Tatatertib tidak mengikut prosedur yang betul. (Paras 36, 46)

Result: Semakan kehakiman dibenarkan, keputusan oleh Responden diketepikan.

PENGHAKIMAN

Nurulhuda Nur'aini Mohamad Nor H:

[1] Permohonan untuk semakan kehakiman atas keputusan Responden 1 mendapati Pemohon bersalah atas 2 pertuduhan yang disahkan oleh Responden 2 sebagaimana hukuman di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [PU(A) 395/1993] (selepas ini dirujuk sebagai "Peraturan berkaitan") seperti berikut:

"a. Pertuduhan pertama: Hukuman turun gaji sebanyak tiga (3) pergerakan bagi tempoh 36 bulan mengikut Peraturan 38(e) [PU(A) 395/1993];

b. Pertuduhan kedua: Hukuman turun gaji sebanyak tiga (3) pergerakan bagi tempoh 36 bulan mengikut Peraturan 38(e) [PU(A) 395/1993]."

[2] Hukuman tersebut ialah terhadap 2 pertuduhan ke atas Pemohon di bawah Peraturan 4(2)(j) dan Peraturan 4(2)(i) Peraturan berkaitan seperti berikut:

"Pertuduhan pertama:

Bahawa tuan, Muhamad Shahrul Mu'iz bin Rahadi, No K/P: 940524-03-6419, Pembantu Penguasa Kastam, Gred WK19, semasa bertugas di Lorong Nombor 10, Laluan Masuk ke Malaysia, Cawangan pemeriksaan Penumpang Bangunan Sultan Iskandar, Bahagian Perkastaman, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Johor pada 25 Januari 2018 jam lebih kurang 1330H telah dengan cuainya melepaskan daripada kawalan kastam sebuah van Nissan Urvan berwarna putih dengan nombor pendaftaran WWY 6267 yang membawa barang larangan berupa 846 botol minuman keras pelbagai jenama berjumlah 687 liter yang mana dagangan tersebut merupakan larangan import di bawah Butiran 3, Bahagian II, Jadual Ketiga, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017. Perbuatan tuan ini boleh diertikan sebagai cuai dalam melaksanakan tugas-tugasnya dan seterusnya boleh menyebabkan tuan dikenakan tindakan tatatertib selaras dengan Peraturan 4(2)(j) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [PU(A) 395/1993].

Pertuduhan kedua:

Bahawa tuan, Muhamad Shahrul Mu'iz bin Rahadi, No K/P: 940524-03-6419, Pembantu Penguasa Kastam, Gred WK19, semasa bertugas di Lorong Nombor 10, Laluan Masuk ke Malaysia, Cawangan pemeriksaan Penumpang Bangunan Sultan Iskandar, Bahagian Perkastaman, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Johor pada 25 Januari 2018 jam lebih kurang 1330H telah dengan cuainya melepaskan daripada kawalan kastam sebuah van berwarna putih dengan nombor pendaftaran PEX 9532. Perbuatan tuan ini telah melanggar Proses Kerja (3) Aktiviti 2 Mengendalikan Pemeriksaan Kereta Penumpang dan boleh diertikan sebagai ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah dan seterusnya boleh menyebabkan tuan dikenakan tindakan tatatertib selaras dengan Peraturan 4(2)(i) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [PU(A) 395/1993]."

Alasan Ringkas Mahkamah Membenarkan Semakan Kehakiman

[3] Mahkamah telah membenarkan permohonan semakan ini kerana hukuman yang dijatuhkan ke atas Pemohon tidak menyebut secara nyata jika potongan gaji ini akan berjalan secara serentak, iaitu hanya sekali bagi kedua-dua pertuduhan atau secara berasingan melibatkan potongan masing-masing ke atas kedua-dua pertuduhan. Surat keputusan tindakan tatatertib kepada Pemohon bertarikh 3 Ogos 2021 (lihat: lampiran 2 Afidavit Sokongan Pemohon eks "MSMR-8" atau eks "AL-3" lampiran 10 afidavit Responden 1) juga tidak menyatakan bila potongan akan bermula (lihat: para [1] Alasan Penghakiman ini).

[4] Penjelasan di atas kedua-dua isu ini hanya diketahui Pemohon apabila menerima surat Keputusan Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam bertarikh 31 Januari 2023 yang memutuskan hukuman bermula pada 16 Julai 2021 (lihat: lampiran 10 eks "AL-5"), selain dijelaskan dalam afidavit Responden 1 yang difailkan setelah semakan Kehakiman ini dimulakan (lihat: lampiran 10 para 9.13).

[5] Bagi isu jika berjalan secara serentak atau berasingan, ia hanya terkandung di dalam afidavit Responden 1 dan Responden 2 setelah permohonan semakan ini difailkan (lihat: lampiran 10 para 29.2 dan lampiran 14 para 11.5(iii) dan para 17.2) dan ulasan Mahkamah ini di para 37 alasan penghakiman ini.

[


Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top