2024 MarsdenLR 479
MAHKAMAH MAJISTRET KANGAR
PENDAKWA RAYA LWN. ABU SEMAN AHMAD
[Kes Jenayah: RA-83RS-82-08/2024]
The court emphasized public interest and rehabilitation in sentencing, balancing the seriousness of the offense with the defendant's circumstances and guilty plea.
Headnote:(A) Kanun Keseksaan - Seksyen 379 - Kesalahan mencuri lembu - Tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan mencuri lima ekor lembu dan dijatuhi hukuman denda RM10,000 atau 12 bulan penjara - Mahkamah mempertimbangkan kepentingan awam dan faktor mitigasi seperti pengakuan salah dan tanggungan keluarga. (Paras 1, 3, 17, 23, 34)
(B) Prinsip Penghukuman - Mahkamah merujuk kes-kes terdahulu dalam menentukan hukuman yang sesuai, menekankan kepentingan awam dan rehabilitasi tertuduh. (Paras 17, 20, 30) Fakta Kes: Tertuduh dituduh mencuri lembu milik Kaisar Farm Sdn Bhd pada 10 Disember 2023 dan mengaku salah di mahkamah. (Paras 1-3)
Findings of Court:
Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM10,000 atau 12 bulan penjara, mengambil kira pengakuan salah dan latar belakang tertuduh. (Paras 23, 34)
Issues: Pertimbangan kepentingan awam dan faktor mitigasi dalam menjatuhkan hukuman. (Paras 17, 20)
Ratio Decidendi: Mahkamah mengutamakan kepentingan awam dan memberikan peluang pemulihan kepada tertuduh melalui hukuman yang wajar. (Paras 23, 34)
Result: Hukuman denda RM10,000 atau 12 bulan penjara dijatuhkan.
PENGHAKIMAN
Pendahuluan
[1] Tertuduh telah dituduh melakukan suatu kesalahan di bawah s 379 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama. Pertuduhan terhadap Tertuduh adalah seperti yang berikut:
"Bahawa kamu pada 10 Disember 2023 jam lebih kurang 1.00 pagi, bertempat di Ladang FGV Chuping, di dalam daerah Padang Besar di dalam negeri Perlis telah mencuri lima ekor lembu milik Nor Azlan bin Ibrahim KPT: 840729-02-5117 iaitu pemilik kepada Kaisar Farm Sdn Bhd dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dibawah s 379 Kanun Keseksaan ."
[2] Tertuduh telah dituduh buat kali pertama pada 8 Ogos 2024 dan setelah pertuduhan dibacakan Tertuduh faham akan pertuduhan, sifat dan akibat pengakuan, Tertuduh telah mengaku salah atas pertuduhan tersebut.
[3] Mahkamah telah menerima pengakuan salah Tertuduh, merekodkan pengakuan bersalah Tertuduh dan telah mensabitkan Tertuduh dengan kesalahan sebagaimana pertuduhan dan menjatuhkan hukuman denda RM10,000.00 gagal bayar 12 bulan penjara.
Fakta Kes
[4] Pihak Pendakwaan telah mengemukakan fakta kes ringkas sebagaimana yang telah ditandakan oleh mahkamah sebagai P1.
[5] Fakta kes menunjukkan bahawa pada 24 April 2024 semasa pengadu Shahanon bin Man berada di Ladang FGV Chuping, Padang Besar, Perlis beliau telah dihubungi oleh pemilik ladang bernama Nor Azlan bin Ibrahim memaklumkan bahawa terdapat iklan penjualan lembu-lembu yang menyerupai lembu milik Kaisar Farm Sdn Bhd di Pendang, Kedah.
[6] Pengadu telah pergi ke Pendang, Kedah untuk berjumpa dengan Tertuduh iaitu Abu Seman bin Ahmad (No Kad Pengenalan: 840729-02-5117) yang mengiklankan penjualan lembu-lembu tersebut dan pengadu telah membuat pemeriksaan terhadap lembu-lembu yang diiklankan dan mendapati terdapat tandaan parut pada lembu-lembu tersebut yang telah dibuat untuk menandakan lembu tersebut adalah milik Kaisar Farm Sdn Bhd.
[7] Pengadu telah memaklumkan hal ini kepada pemilik Kaisar Farm Sdn Bhd dan pemilik telah berbincang dengan Tertuduh berkenaan hal tersebut dan Tertuduh telah berjanji untuk memulangkan lembu-lembu tersebut, namun, Tertuduh kemudiannya telah menjual lembu-lembu tersebut setelah menandatangani perjanjian tersebut.
[8] Pengadu telah mengalami kerugian sebanyak RM35,000.00 dan telah membuat laporan polis sebagaimana Padang Besar Report: 3098/24 (P2).
[9] Siasatan telah dijalankan oleh Sarjan Thohiroh binti Mohd Aseri dan hasil siasatan mendapati bahawa terdapat saksi awam iaitu Mohamad Nor bin Aziz yang telah membantu Tertuduh untuk mengurung lembu-lembu tersebut di stor Ladang FGV Chuping sebelum Tertuduh datang dan mengambil kesemua lembu-lembu tersebut.
[10] Tangkapan terhadap Tertuduh telah dibuat pada 2 Ogos 2024 oleh Inspektor Mohd Aizat bin Zailan sebagaimana Sungai Tiang Report: 653/2024 (P3).
[11] Tertuduh kemudiannya telah dituduh di mahkamah dengan pertuduhan di bawah s 379 Kanun Keseksaan dihukum di bawah seksyen yang sama.
Rayuan Pihak-Pihak
[12] Pihak pembelaan telah mengemukakan rayuan mitigasi bagi meringankan hukuman dan telah menyatakan bahawa Tertuduh berumur 51 tahun.
[13] Tertuduh bekerja sebagai seorang peniaga dan mempunyai pendapatan tidak menentu selain menghidap penyakit darah tinggi.
[14] Tertuduh mempunyai tanggungan dua orang anak dan ibu mentua yang sakit jantung dan tinggal bersama.
[15] Pengakuan salah Tertuduh telah menjimatkan kos dan masa pihak-pihak dan Tertuduh telah memohon hukuman denda yang paling minima.
[16] Pihak Pendakwaan dalam kes ini memohon supaya mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal sebagai pengajaran kepada Tertuduh dengan mengambil kira kerugian yang dialami Tertuduh sebanyak RM35,000.00.
Prinsip Penghukuman
[17] Faktor pertama dan penting yang mesti diambil kira oleh mahkamah sebelum menjatuhkan hukuman ialah kepentingan awam dan perlindungan kepada masyarakat. Mahkamah merujuk kes R v. Kenneth John Ball [1951] 35 Cr App R 164.
[18] Hilbery J telah menyatakan dalam memutuskan hukuman yang sesuai mahkamah harus