SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2024 MarsdenLR 487

MAHKAMAH SESYEN PETALING JAYA
MARIAH GHAZALI LWN. MEDIA MULIA SDN BHD
[Writ Saman No: BB-B53CY-4-12/2022]



Petitioner Advocates:Raja Zulfarhan Aiman Raja Zaidi ,Respondent Advocate: Datuk M Reza Hassan,Riyah Hidayat,Aqilah Ab Rahman

In defamation cases, the plaintiff must prove the publication referred specifically to them and was defamatory; failure to do so results in dismissal of the claim.

Headnote:(A) Defamation Act 1957 - The plaintiff, a fish farming business owner, claimed defamation against the defendant, a newspaper publisher, for articles allegedly portraying him as an illegal immigrant and causing harm to his reputation. The court found that the publications did not specifically refer to the plaintiff and were based on true facts regarding the practices of Cambodian fish farmers. (Paras 64, 148)

(B) The court ruled that the plaintiff failed to prove the necessary elements of defamation, including identification and publication of defamatory words concerning the plaintiff. (Paras 67, 98)

(C) The defendant successfully established defenses of qualified privilege, fair comment, and justification, indicating responsible journalism in reporting public interest issues. (Paras 120, 136)

Facts of the case:
The plaintiff alleged that the defendant's articles, which discussed the practices of Cambodian fish farmers, defamed him by implying he was an illegal immigrant and engaged in unsanitary practices. The publications were widely accessible and included photographs of the plaintiff's fish farming setup. (Paras 1-5, 12-14)

Findings of Court:
The court found that the articles were factual and did not specifically identify the plaintiff. The claims of defamation were dismissed, and the plaintiff was ordered to pay costs. (Paras 148, 154)

Issues: Whether the publications were defamatory, whether they referred to the plaintiff, and whether the defendant's defenses were applicable. (Paras 66, 120)

Ratio Decidendi: The court ruled that the plaintiff failed to establish that the publications referred to him personally and were defamatory. The defendant's reporting was deemed responsible and in the public interest. (Paras 148, 150)

Result: Plaintiff's claim dismissed with costs awarded to the defendant.

PENGHAKIMAN

Sazlina Safie HMS:

(Keputusan Selepas Bicara Penuh Dengan Saksi)

Latarbelakang

[1] Ini adalah Rayuan yang difailkan oleh Perayu/Plaintif melalui Notis Rayuan di Lampiran 45 di mana Plaintif merayu terhadap keseluruhan keputusan HMS bertarikh 28 Jun 2024 yang menolak tuntutan Plaintif dengan kos dibenarkan RM20,000.00

Tuntutan Plaintif

[2] Plaintif ialah seorang pengusaha perniagaan ternakan ikan sungai dan juga merupakan pemilik tunggal bagi Marzamri Resources (No Pendaftaran: 202003019549) yang beralamat di Lot 8487, Kampung Bidara, Bukit Chupak, 32800 Parit, Perak.

[3] Defendan merupakan sebuah syarikat penerbitan akhbar yang mempunyai milikan terhadap akhbar Utusan Malaysia, akaun Facebook di bawah nama Utusan Online dan portal laman sesawang www.Utusan.com.my.

[4] Pada 25 Julai 2022, Plaintif mendapati daripada beberapa individu bahawa terdapat beberapa penyiaran dan/atau penerbitan yang mencemarkan dan/atau berbaur fitnah yang merujuk kepada Plaintif melalui bangsal dan sangkar ikannya.

[5] Pada 25 Julai 2022, Defendan telah menyebabkan satu penyiaran dan/atau penerbitan atas talian dibawah nama Utusan Online di aplikasi Facebook.

Penyiaran tersebut adalah seperti berikut:

"UTUSAN ONLINE

25 July at 7.21

Penggunaan perut ayam sebagai makanan ikan membolehkan mereka menjimatkan kos tetapi ini menyebabkan pencemaran sungai dan bau yang busuk.

http://www.utusan.com.my/nasional/2022/07/warga-kemboja-

kuasai-pasaranikan-airtawar/?fbclid=IwAR2hWRMZhUNWN8XTw

_www7crHWkIi909OpBWOsmteh9ViN_j48y6KmFL1Q

(gambar bangsal dan sangkar ikan Plaintif)

640 reactions 211 comments 51 shares"

[6] Pautan yang terkandung dalam penyiaran itu membawa kepada laman sesawang www.Utusan.com.my yang mana Defendan pada tarikh yang sama telah menyebabkan satu penyiaran dan/atau penerbitan satu artikel seperti berikut:

"WARGA KEMBOJA KUASAI PASARAN IKAN AIR TAWAR

(Gambar sangkar ikan milik Plaintif)

SANGKAR ternakan ikan patin yang diusahakan warga Kemboja di Sungai Perak ketika tinjauan di Parit, baru-baru ini. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN

Oleh SAYED HISHAM IDERIS, 25 Julai 2021, 7.21am

"PARIT: Penternak ikan dalam sangkar Sungai Perak sekitar daerah Perak Tengah terutama di Parit, tertekan dengan kehadiran semakin ramai warga asing dari Kemboja yang menternak dan menguasai pasaran ikan air tawar daerah ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang penternak ikan yang enggan namanya disiarkan berkata, warga Kemboja yang tinggal menyewa rumah penduduk di beberapa buah kampung di sini, mengusahakan ternakan ikan sangkar seperti patin, tilapia dan baung.

Katanya, kegiatan itu sebenarnya sudah lama bermula namun penguasaan mereka semakin ketara sejak kebelakangan ini apabila semakin ramai warga Kemboja tinggal di situ.

Guna perut ayam sebagai makanan ikan.

Katanya, penternak warga Kemboja berupaya menawarkan harga ikan lebih rendah kerana dapat menjimatkan kos disebabkan operasi yang tidak mengikut syarat ditetapkan dengan cara memberi ikan makan perut ayam berbanding penternak tempatan yang menggunakan pallet.

"Penggunaan perut ayam sebagai makanan ikan membolehkan mereka menjimatkan kos berbanding menggunakan pallet sepertimana penternak tempatan tetapi ini menyebabkan pencemaran sungai dan bau yang busuk."

"Dengan cara itu, mereka boleh menjual ikan pada harga rendah contohnya ikan patin RM15.00 sekilogram oleh penternak tempatan tapi mereka jual serendah RM11.00 sekilogram. "Malah mereka pernah 'pancung' pelanggan saya dari Temerloh kerana menawarkan harga ikan yang lebih rendah berbanding yang saya tawarkan.""

"Saya hanya sempat menjual kepada pembeli dari Temerloh itu selama dua bulan, selepas itu pelanggan saya itu membeli pada penternak Kemboja yang menawarkan harga lebih murah," katanya.

Menurutnya, warga Kemboja tinggal di beberapa buah kampung di sini dan menjalankan ternakan ikan sangkar antaranya di Kampung Bidara, Bukit Chupak, Padang Kangar, Tanjung Dedalu, Sadang, Kampung Selboh, Kampung Tengah malah hingga di Kampung Mandah di Daerah Kuala Kangsar.

Semakin hari sema


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top