SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2022 MarsdenLR 419

MAHKAMAH SESYEN BESUT
MOHAMAD AIMAN MIZI & SATU LAGI LWN. NURUL HIDAYAH MAHYIDIN & SATU LAGI
[Perbicaraan Sivil No: TD-A53KJ-98-12/2020]



Petitioner Advocates:Nur Fadzilah Ab Rahim ,Respondent Advocate: Mohd Hasrol Anuar,Zainizam Mamat

The court establishes that damages in road traffic accident claims must be just, reasonable, and proven, emphasizing 100% liability and adherence to relevant legal precedents.

Headnote:(A) Road Traffic Accident Claims – Principles of Damages – The court determines that the defendant is 100% liable for damages due to a traffic accident on 2nd July 2018. The assessment of damages is guided by well-established legal principles regarding compensation for injuries suffered. (Paras 2-4)

(B) Quantum of Damages – General damages assessed are based on the nature and severity of injuries, medical reports, expert testimonies, and precedents referenced. Court assesses damages for specific injuries, including right femur fracture, multiple scars, ACL injury, and others, correlating to both established compensation ranges and case precedents. (Paras 5, 20, 29, 41)

(C) Special Damages – The court reiterates that special damages must be specifically pleaded and proven. Claims for special damages not supported by adequate evidence or documentation are dismissed. (Paras 41-49)

(D) Interest and Costs – Court allows interest on general and special damages at a rate of 2.5% per annum from the date of service of the writ to the date of judgment. (Paras 81-83)

Judgement Key Points

Key Points: - Damages in road traffic accident claims must be just, reasonable, and proven; defendant 100% liable. (!) (!) - General damages awarded for specific injuries (e.g., right femur fracture, ACL injury) based on medical evidence, precedents, and Revised Compendium 2018. (!) (!) (!) (!) - Special damages must be pleaded and proven; some claimed items denied for lack of evidence (e.g., polis documents, transport costs, RIMV, etc.). (!) (!) (!) (!) - Future pain and suffering and reconstruction surgery costs considered together; court allowed partial costs and future award (e.g., RM5,000 for future operation; RM5,000 for future pain and suffering). (!) (!) (!) - Loss of earnings and loss of earning capacity assessed with deductions and factual findings; certain claims on earning capacity denied. (!) (!) (!) - Court awards various specific sums for injuries, scars, knee injuries, concussion, abrasions, and witness costs; total amounts guided by medical evidence and case law. (!) (!) (!) (!) (!) (!) (!) (!) (!) (!) - Interest and costs: general and special damages at 2.5% per annum from service of writ to judgment; further 5% post-judgment; costs in scale. (!) (!) (!)

Question 1?

Question 2?

Question 3?


PENGHAKIMAN

Wan Azimah Yaacob HMS:

Pengenalan

[1] Tuntutan Plaintif adalah bagi gantirugi am dan khas terhadap Defendan ekoran berlaku suatu kemalangan jalan raya antara kedua-duanya pada 2 Julai 2018.

[2] Mahkamah ini setelah mendengar perbicaraan, telah memutuskan bahawa Defendan bertanggungan liabiliti 100%.

[3] Jumlah ganti rugi am dan khas telah diputuskan berdasarkan 100% liabiliti. Ini adalah alasan penghakiman Mahkamah ini pada keputusan kuantum ganti rugi.

Kuantum Atas Dasar Taksiran 100%

[4] Di dalam mempertimbangkan dan memutuskan jumlah ganti rugi, Mahkamah ini merujuk kepada prinsip undang-undang yang mantap bahawa pampasan adalah mengikut kecederaan dan kerugian yang dialami. (Rujuk kes Wong Li Fatt William (An Infant) v. Haidawati Bolhen & Anor, )

[5] Mahkamah juga mengikuti Prinsip undang-undang bahawa ganti rugi adalah untuk meletakkan pihak yang mengalami kecederaan/kerugian kepada keadaan sedia ada dengan pampasan yang wajar dan tidak berlebihan. Saya mengikut panduan kes Yang Salbiah & Anor v. Jamil Harun, yang diputuskan seperti berikut:

"It must be remembered that the purpose of damages is to try, so far humanly possible, to put the victim back to the position he would have been in but for the accident. The damages must be fair, adequate and not excessive. A reasoned judgment must therefore be given by the judge, following legal principles and precedents. Other awards in other cases should normally be prayed in aid, but consideration must be given where the circumstances differ."

[6] Di dalam memutuskan kuantum ganti rugi, Mahkamah mengikuti panduan kes Nam Thiam Siew v. Chuang Wai Lan , , bahawa penetapan ganti rugi adalah bukannya satu perkiraan matematik, tetapi satu penilaian. Thomson CJ dalam kes ini menyatakan:

"Here the amount of damages was preminently a matter of assessment and not a matter of mere caculation."

[7] Di dalam menentukan awad ganti rugi am dan khas, laporan-laporan perubatan dan pakar yang dikemukakan semasa perbicaraan adalah dirujuk termasuk dokumen-dokumen sokongan lain dan tidak ketinggalan keterangan-keterangan saksi. Peguam Plaintif dan Defendan berbeza pandangan bagi kuantum ganti rugi am bagi setiap kecederaan dan juga ke atas ganti rugi khas.

[8] Mahkamah ini telah membuat penilaian pada tahap imbangan kebarangkalian, di dalam mencapai keputusan kes ini.

Gantirugi Am

[9] Gantirugi Am yang dituntut oleh Plaintif dan diputuskan adalah seperti berikut.

(1) United Fracture Of Right Femur With Nail And 4 Screws In Situ

[10] Peguamcara Plaintif menghujahkan kecederaan ini RM45,000.00. Asas hujahan jumlah ini adalah kecederaan "close fracture, swollen of whole thigh" dan "pain over lower limb", dan rawatan adalah "interlocking nail" dan fisioterapi.

[11] Manakala Peguamcara Defendan menghujahkan kecederaan ini dengan merujuk bahawa kecederaan ini selepas 4 bulan telah sembuh dan bercantum. Tiada apa-apa komplikasi dan tiada kependekan. Defendan menghujahkan jumlah RM20,000.00.

[12] Mahkamah dapati bahawa SP5 di dalam laporan perubatan awal dari Hospital USM bertarikh 17 Oktober 2018 (P11) dan dalam laporan pakarnya (P13) melaporkan bahawa Plaintif 1 mengalami "closed fracture of right femur" dengan "interlocking nail". SP5 melaporkan tiada kependekan pada kaki dan "right thigh muscle was 2cm smaller in diameter". Plaintif 1 tidak mengalami apa-apa kecacatan lain dan boleh berjalan tanpa keilatan dan boleh mencangkong dan tip toe.

[13] Mahkamah ini merujuk kepada Revised Compendium of Personal Injury 2018, bahawa kecederaan femur adalah antara RM21,500.00 hingga RM48,500.00.

[14] Mahkamah ini berpendapat kes yang dirujuk oleh Plaintif Wan Darusalam Wan Aziz & Yang Lain lwn. Mohd Nazir Bakar & Satu Lagi; [2017] 1 PIR 44 yang mengawadkan RM50,000.00 adalah jumlah yang besar dan kes ini tiada perincian kepada kecederaan tersebut. Ia tidak sesuai untuk dibuat perbandingan dengan kecederaan Plaintif 1.

[15] Defendan merujuk dan berhujah dengan 2 kes yang memberi awad RM20,000.00 iaitu kes Manjula Supa


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top