2008 MarsdenLR 4256
HAPIPAH MONEL
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
PRIMA MODERN MACHINERY SDN BHD - Appellant
Versus
SU DO KIN MENG - Respondents
AWARD NO: 1815 TAHUN 2008 (KES NO: 19/4-2360/06)
Decided On : 10/23/2008
Tidak hadir
Bagi pihak Syarikat - Nur Suhaila Mat Nudin; T/n Ten & Colin
INI ADALAH satu rujukan yang dibuat di bawah subseksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang timbul daripada pembuangan kerja ENCIK SU DO KIN MENG (selepas ini disebut sebagai "Yang Menuntut") oleh PRIMA MODERN MACHINERY SDN. BHD (selepas ini disebut sebagai "Syarikat") pada 24 Februari 2005.
AWARD
RUJUKAN INI telah ditetapkan untuk perbicaraan pada hari ini 23 Oktober 2008. Cik Nur Suhaila binti Mat Nudin dari Tetuan Ten & Colin hadir mewakili pihak Syarikat dan juga menyebut bagi pihak Tetuan Lobo & Associates, yang mewakili pihak Yang Menuntut.
Mahkamah telah dimaklumkan bahawa rujukan ini telah berjaya diselesaikan secara persetujuan dengan muktamadnya di luar Mahkamah. Peguam bagi pihak Yang Menuntut telah menulis surat ke Mahkamah bertarikh 17 Oktober 2008 yang menyatakan bahawa rujukan ini telah berjaya diselesaikan di luar Mahkamah dengan muktamadnya dan Yang Menuntut menarik balik tuntutannya.
Dengan pengesahan oleh pihak-pihak kepada rujukan ini Mahkamah sewajarnya membatalkan rujukan ini.