2009 MarsdenLR 2585
MAHKAMAH PERUSAHAAN (KUALA LUMPUR)
ROSLAN MAT NOR
KOLEJ TUNKU ABDUL RAHMAN
Versus
LIM KIAN TECK
AWARD NO: 1326 TAHUN 2009 (KES NO: 28(3)(20)(28)/4-1077/05)
Decided On : 11 NOVEMBER 2009
1. Pihak Menuntut telah dilantik oleh Pihak Syarikat sebagai Pensyarah dengan gaji sebanyak RM2,155.00 melalui surat tawaran bertarikh 18hb. September 2000. Pihak Menuntut melapor diri pada 03hb. Oktober, 2000. Tempoh percubaan Pihak Menuntut ialah 2 tahun
2. Didalam surat tawaran tersebut terdapat terma yang memperuntukan bahawa ia adalah tertakluk kepada persetujuan Pihak Menuntut terhadap syarat-syarat dan keadaan perkhidmatan pekerjaan seperti yang terkandung didalam Perjanjian Bersama diantara Kolej dengan Kesatuan Kakitangan Akademik. Perjanjian Bersama tersebut adalah berkuatkuasa Jun 1998 sehingga Mei 2001 yang terdapat didalam Ikatan Dokumen Pihak Menuntut (CLB).
3. Pada 03hb. September, 2002, Pihak Syarikat telah menulis surat bagi memaklumkan kepada Pihak Menuntut bahawa beliau tidak disahkan dalam jawatan. Surat tersebut adalah seperti berikut:
KOLEJ TUNKU ABDUL RAHMAN
JABATAN PENDAFTAR
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
Kampus: Jalan Genting Kelang, Setapak, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
Alamat Pos: Peti Surat 10979, 50932 Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon: (603) 41450123 Faks: (603) 41423166
http://www.tarc.edu.my email: humanresource@mail.tarc.edu.my
RG/A/LKT-SAS
3hb September 2002
Encik Lim Kian Teck
d/a Sekolah Sastera dan Sains
Kolej Tunku Abdul Rahman
Tuan,
Per: Tidak disahkan dalam jawatan
Dengan dukacitanya dimaklumkan bahawa tuan tidak akan disahkan dalam jawatan tuan sebagai Pensyarah pada akhir tempoh percubaan iaitu pada 3hb Oktober 2002. Dengan ini pihak Kolej memberi tuan satu bulan notis dari tarikh surat ini. Oleh yang demikian, hari terakhir perkhidmatan tuan dengan Kolej adalah 2hb Oktober 2002.
Tuan dikehendaki mengembalikan kepada Kolej barang-barang berikut yang masih berada didalam simpanan tuan pada atau sebelum hari terakhir perkhidmatan tuan:
(a) Kad Kakitangan.
(b) Kad Perkhidmatan Perubatan.
(c) Sebarang buku atau majalah yang dipinjam dari Perpustakaan.
(d) Lain-Lain barang kepunyaan Sekolah/Jabatan.
Yang benar
t/t
(CHAN NG MOI)
Pendaftar
s.k. Ketua
Sekolah Sastera dan Sains"
4. Pihak Syarikat telah memanggil 5 orang saksi didalam kes ini. COW1 menyatakan bahawa Pihak Menuntut adalah pensyarah bagi mata pelajaran "Fundamental of Atomic and Quantum Physics dan Micropower Teaching Tab Practical". COW1 telah memberikan penilaian kepada pengajaran Pihak Menuntut dengan menyatakan bahawa COW1 tidak dapat memahami apa yang diajar oleh Pihak Menuntut. Disamping itu, menurut COW1 Pihak Menuntut mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah. COW1 juga nyatakan bahawa Pihak Menuntut sering meminta para pelajar merujuk kepada buku apabila dikemukakan soalan dan mengugut para pelajar akan menggagalkan mereka didalam peperiksaan.
5. COW1 telah mengemukakan masalah itu kepada Wakil Pelajar dan Ketua Jabatan Microelektronik dan Fizik Sekolah Seni dan Sains. COW1 menyatakan beliau telah memperolehi gred "C" didalam mata pelajaran yang diajar oleh Pihak Menuntut.
6. Sementara itu, COW2 yang merupakan Ketua Jabatan Sekolah Seni dan Sains pada masa Pihak Menuntut bekerja dengan Responden menyatakan bahawa Pihak Menuntut telah tidak disahkan jawatannya kerana pencapaiannya yang tidak memuaskan Responden. Ia adalah berkisar kepada penguasaan Bahasa Inggeris yang tidak memuaskan. Kegagalan menghadiri kursus peningkatan Bahasa Inggeris dikalangan para pendidik serta kegagalan menghadiri konvokesyen.
7. COW2 telah meneliti laporan pencapaian Pihak Menuntut yang disediakan oleh COW5 dan tidak memperakui kepada Lembaga Pengesahan dan Kenaikan Pangkat (Tenaga Pengajar dan Kakitangan Pentadbiran) pengesahan jawatan Pihak Menuntut pada 15.8.2002. COW2 nyatakan bahawa seramai 24 orang kakitangan telah dipertimbangkan oleh Lembaga Pengesahan dan Kenaikan Pangkat. Hanya Pihak Menuntut seorang sahaja yang tidak disahkan jawatan oleh Lembaga tersebut. Disamping itu, COW2 menyatakan bahawa peratusan kelulusan pelajar Pihak Menuntut juga tidak memuaskan.
8. COW4, pada masa itu adalah merupakan pengajar (tutor) bagi Diploma L