SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2003 MarsdenLR 2220

HIGH COURT (IPOH)

VT SINGHAM, J


MOHD SALLEHUDDIN MOHD YUSOF
versus
PENDAKWA RAYA

RAYUAN JENAYAH NO: 42A-3-2001

Decided On : 11-20-03

Advocates:
Counsel
Bagi Perayu - Encik Abdul Roni Abd Rahman; Tetuan Jauhari & Associates
Bagi Responden - Puan Azliza Ali; Timbalan Pendakwa Raya

ALASAN-ALASAN PENGHAKIMAN

A. Dalam rayuan ini, perayu telah dituduh pada 5.6.2000 di Mahkamah Sesyen Ipoh seperti berikut:-

"Bahawa kamu pada 8/12/98, lebih kurang jam 9.58 pagi di Restoran Bunga Ceri, No. 14, Jalan Tun Abd. Razak, Ipoh di dalam Daerah Kinta, di dalam Negeri Perak, sebagai seorang ejen Kerajaan iaitu Renjer Hidupan Liar, yang bertugas di Unit Penguatkuasa, Jabatan Perhilitan Perak, secara rasuah menyetuju terima untuk diri kamu suatu suapan iaitu wang tunai RM500.00 daripada Hu Hoong Choy sebagai dorongan kepada kamu untuk tidak melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu, iaitu tidak mengambil tindakan terhadap pemandu Hu Hoong Choy, iaitu Kang Guan Sing yang telah melakukan kesalahan membawa keluar daging babi hutan tanpa Surat Pengesahan dan Kebenaran membawa keluar daging babi hutan dari Perak serta Lesen Meniaga babi hutan dari Jabatan Perhilitan Perak, dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 11(a), Akta Pencegahan Rasuah [1997] (Undang-Undang Malaysia Akta 575) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16(a) dan (b) Akta yang sama." (emphasis oleh Mahkamah ini)

BPR Ipoh No: 60/98

A. Pada 25.9.2000, selepas 6 orang saksi memberi keterangan dan pada akhir kes pendakwaan iaitu, sebelum menutup kes, pendakwaan mengemukakan pertuduhan pindaan terhadap tertuduh. Pertuduhan pindaan adalah seperti berikut:-

"Bahawa kamu pada 8/12/98 pada jam lebih kurang 9.58 pagi di Restoran Bunga Ceri, No. 14, Jalan Tun Abdul Razak, Ipoh di dalam Daerah Kinta, di dalam Negeri Perak, sebagai ejen Kerajaan Malaysia, iaitu Renjer Hidupan Liar di Unit Penguatkuasa, Jabatan Perhilitan Perak, telah secara rasuah memperolehi bagi diri kamu suatu suapan iaitu wang RM500.00 daripada Hu Hoong Choy sebagai dorongan kepada kamu untuk melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu, iaitu untuk tidak mengambil tindakan terhadap pemandu Hu Hoong Choy yang tidak mempunyai Surat Kebenaran daripada Jabatan Perhilitan Perak untuk membawa keluar daging babi hutan di luar daripada Negeri Perak, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah [1997] (Undang-Undang Malaysia Akta 575) yang mana boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta yang sama." (emphasis oleh Mahkamah ini)

B. Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah [1997] adalah seperti berikut:-

"Kesalahan memberikan atau menyetuju-terima suapan oleh ejen, jika-

(a) mana-mana ejen secara rasuah menyetuju-terima atau memperoleh, atau bersetuju untuk menyetuju-terima atau cuba untuk memperoleh, daripada mana-mana orang, untuk dirinya sendiri atau untuk mana-mana orang lain, apa-apa suapan sebagai suatu dorongan atau upah bagi melakukan atau tidak melakukan, atau kerana telah melakukan atau tidak melakukan, apa-apa perbuatan berhubungan dengan hal-ehwal atau perniagaan prinsipalnya, atau kerana memberikan atau tidak memberikan sokongan atau tentangan kepada mana-mana orang berhubungan dengan hal-ehwal atau perniagaan prinsipalnya;"

A. Seksyen 42(1) Akta Pencegahan Rasuah [1997] adalah seperti berikut:-

"Anggapan dalam kesalahan tertentu.

(1) Jika dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang atas sesuatu kesalahan di bawah seksyen 10, 11, 13, 14 atau 15 adalah dibuktikan bahawa apa-apa suapan telah disetuju-terima atau dipersetujui untuk disetuju-terima, diperoleh atau cuba diperoleh, diminta, diberikan atau dipersetujui untuk diberikan, dijanjikan, atau ditawarkan oleh atau kepada tertuduh, suapan itu hendaklah dianggap telah disetuju-terima atau dipersetujui untuk disetuju-terima, diperoleh atau cuba diperoleh, diminta, diberikan atau dipersetujui untuk diberikan, dijanjikan atau ditawarkan secara rasuah sebagai dorongan atau upah bagi atau kerana perkara-perkara yang dinyatakan dalam butir-butir kesalahan itu, melainkan jika akasnya dibuktikan."

B. Pada 23.10.2000,perayu diperintahkan untuk membela diri di mana Hakim Mahkamah Sesyen mendapati bahawa pihak pendakwa telah berjaya membukti

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top