2023 MarsdenLR 2784
MAHKAMAH MAJISTRET SUNGAI BESAR
YUGANES NAIDU SANNASEE NAIDU LWN. DORAI RAJOO DORAISAMY & SATU LAGI; ALLIANZE GENERAL INSURANCE CO (....
[Writ Saman No: BE-A73KJ-42-11/2022]
The court ruled that late applications to intervene must show substantial justification and credible evidence, with mere financial interest insufficient for intervention.
Headnote:(A) Road Transport Act 1987 - Section 96 - Application for intervention denied due to substantial delay and lack of prima facie case for fraud, as the applicant failed to provide credible evidence supporting their claims. The court emphasized that the applicant's interests were insufficient to warrant intervention. (Paras 1, 5, 16, 25)
(B) Procedural Compliance - The court ruled that the applicant's late filing of the application was unjustifiable and prejudicial to the plaintiff, highlighting the importance of adhering to procedural timelines. (Paras 8, 10, 11)
(C) Legal Interests - The court determined that while the applicant had a financial interest, it did not meet the threshold for legal standing to intervene, as the claims of fraud were found to be baseless. (Paras 22, 24)
| Table of Content |
|---|
| 1. factual background of the case (Para 1 , 2 , 3 , 4) |
| 2. arguments of the parties (Para 5 , 6) |
| 3. court's observations on procedural issues (Para 7 , 8 , 9 , 10 , 11 , 12 , 13 , 14 , 15) |
| 4. court's analysis on fraud allegations (Para 16 , 17 , 18 , 19 , 20 , 21) |
| 5. legal criteria for intervention (Para 22 , 23 , 24) |
Mukkadimah
[1] Ini adalah alasan penghakiman terhadap keputusan Mahkamah ini yang telah menolak permohonan lampiran 19 pada 21 Disember 2023 di mana Pemohon (pencelah yang dicadangkan) tidak berpuas hati dan merayu atas keseluruhan keputusan tersebut. Notis Rayuan telah difailkan pada 21 Disember 2023 oleh Pemohon pada hari yang sama keputusan diberikan.
Fakta Kes
[2] Pemohon membuat alegasi bahawa terdapat unsur penipuan dalam tuntutan Plaintif terhadap Defendan-defendan berkenaan suatu kemalangan pada 18 November 2021 yang melibatkan motosikal No VFL 8418 yang ditunggang Plaintif dengan motosikal No JTS 1804 yang ditunggang Defendan (1) yang dimiliki oleh Defendan (2). Pada setiap masa yang material, Defendan (2) telah mengambil polisi insurans dengan Pemohon.
[3] Pada awalnya, Plaintif telah mengeluarkan Notis s 96 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bertarikh 5 Januari 2022 terhadap Pemohon sebelum tindakan sivil difailkan Plaintif pada 1 November 2022 di Mahkamah ini. Seterusnya Tetuan Kanaga Suresh & Co telah dilantik mewakili Defendan-defendan dan penyataan pembelaan difailkan pada 11 Januari 2023.
[4] Bicara penuh kes ini pada kali pertama telah ditetapkan pada 20 Jun 2023 tetapi dilapangkan atas permohonan Defendan-Defendan atas alasan laporan penyelaras masih belum disiapkan. Kemudian bicara penuh pada 5 September 2023 dijalankan di mana 1 saksi iaitu Plaintif telah dipanggil memberikan keterangan dan tarikh sambung bicara adalah pada 21 Disember 2023. Walau bagaimanapun, Pemohon telah memfailkan permohonan lampiran 19 pada 12 Oktober 2023. Keputusan permohonan tersebut telah diberikan Mahkamah ini pada 21 Disember 2023 yang mana permohonan tersebut adalah ditolak dengan kos RM500.00.
Alasan Permohonan
[5] Alasan-alasan Pemohon secara ringkas adalah seperti berikut:
a. Berdasarkan siasatan penyelaras pemohon, versi cerita yang diberikan oleh Defendan (1) dengan versi cerita yang diberikan saksi yang berada di tempat kemalangan iaitu abang ipar Plaintif adalah berbeza melibatkan motosikal Plaintif pada 18 November 2021. Oleh itu, disyaki kemalangan tersebut tidak pernah berlaku seperti dalam laporan polis Plaintif dan Defendan (1).
b. Pemohon akan diprejudiskan kerana akan bertanggungan untuk membayar sebarang penghakiman yang diperolehi Plaintif dalam tindakan ini. Hal ini demikian, Pemohon mempunyai kepentingan undang-undang dan kepentingan kewangan dalam tindakan ini.
c. Kehadiran Pemohon akan dipelihara kerana penipuan disyaki dilakukan oleh Defendan (1) yang menunggang motosikal yang diinsuranskan oleh Pemohon, maka segala isu dan perkara yang timbul dalam tindakan ini dapat didengar dan diputuskan secara efektif dan sepenuhnya oleh Mahkamah.
[6] Plaintif membantah permohonan tersebut atas alasan-alasan berikut:
a. Permohonan difailkan berniat jahat (mala fide) dan suatu pemikiran semula (afterthought) untuk melepaskan dirinya sebagai penanggung insurans motosikal yang ditunggang Defendan (1). Permohonan telah dibuat sangat lewat tanpa alasan munasabah yang menyebabkan ketidakadilan teruk ke atas Plaintif.
b. Dakwaan terdapat unsur penipuan iaitu kewujudan saksi bebas yang berada di tempat kejadian semasa kemalangan dan versinya yang bercanggah dengan keterangan Defendan (1) adalah tidak berasas. Tiada apa-apa laporan polis dibuat oleh mana-mana saksi bebas.
c. Permohonan berkemungkinan mempunyai kepentingan kewangan sahaja tetapi tidak mempunyai kepentingan undang-undang, selaku penginsurans motosikal Defendan (2).
d. Pemohon telah melantik Tetuan Kanaga Suresh & Co untuk mewakili Defendan-defendan dan memfailkan pembelaan mereka, maka permohonan ini adalah membazirkan masa semua pihak di mana