1990 MarsdenLR 91
MAHKAMAH KADI BESAR KELANTAN
MAT HUSSAIN DAUD LWN. ZAWIAH HAMAT
[Kes Mal Bil: 9/1987]
PENGHAKIMAN
Keputusan Pada 23 Ogos 1990
[1] Setelah mahkamah dengar perbicaraan kes ini segala keterangan dan kenyataan tuntutan daripada yang menuntut dan keterangan 3 orang saksi baginya dengan berhadapan kedua-dua pihak, di mana yang menuntut dibela oleh Peguambela & Peguamcara En Sukri Hj Mohamed manakala yang kena tuntut dibela oleh Peguambela & Peguamcara En Johan bin Abdullah dan mengkaji serta meneliti semua dokumen berkaitan yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak maka didapati bahawa:
1. Yang menuntut telah menuntut harta sepencarian dua bidang tanah Lot No 3154 dan 3153 Mukim Gunung Bachok, iaitu setengah bahagian atas nama yang kena tuntut Zawiah binti Hamat, rumah kedai runcit atas tanah raja di Mukim Gunung Bachok dan banglo yang didirikan atas tanah lot 3154 Mukim Gunung Bachok dan memohon mahkamah supaya dibahagi dua nilai harta-harta tersebut atas dasar sepencarian di antaranya dengan yang kena tuntut.
2. Kedua-dua pihak sebelum ini adalah suami isteri di mana mereka berdua telah berkahwin pada 14/9/72 dan bercerai pada 23 Ogos 1987. Kedua-duanya hidup bersama sebagai suami isteri selama lebih kurang 15 tahun, tuntutan ini mula didaftarkan di mahkamah ini pada 15.12.87.
3. Yang kena tuntut adalah sebagai isteri kedua di mana masa mereka berkahwin pada 14.9.72 yang menuntut mempunyai isteri dan sehingga kedua-duanya bercerai pada 23.8.87 isteri pertama masih bersama yang menuntut.
4. Kedua-dua pihak tidak tinggal bersama sepenuh masa kerana yang menuntut terpaksa membuat giliran dengan isteri pertama iaitu sehari di rumah isteri pertama dan sehari di rumah isteri kedua secara bergilir-gilir
5. Yang menuntut menyatakan bahawa sepanjang perkahwinan tersebut beliau Sama-sama bekerja dengan yang kena tuntut dan hasil daripada kerja-kerja tersebut dapat sama-sama membeli harta-harta yang dituntut.
6. Harta-harta yang dituntut itu semasa di masukkan tuntutan ke mahkamah ini semuanya berada di dalam milik dan diperintah oleh yang kena tuntut.
7. Yang menuntut telah mengemukakan 3 orang saksi berserta dokumen-dokumen yang berkaitan bagi menyokong tuntutannya.
8. Yang kena tuntut dalam jawapannya tidak setuju di atas tuntutan yang menuntut dan menafikan bahawa harta-harta yang dituntut itu ada termasuk wang yang menuntut.
9. Yang kena tuntut menegaskan bahawa tanah-tanah dan rumah banglo juga rumah kedai adalah kepunyaannya seorang yang dibeli dengan wangnya seorang dan wang anaknya Norihan yang diperolehi melalui Pemegang Amanah Raya Perlis dari wang pesaka ayah Norihan, Nawas Khan.
10. Yang kena tuntut telah mengemukakan kepada mahkamah 7 orang saksi bagi menyokong pembelaannya berserta dengan dokumen-dokumen yang berkaitan.
11. Dua lot tanah No 3153 dan 3154 pada mula-mula dibeli telah dibahagi di antara keduanya masing-masing satu lot seorang, tarikh pembelian kedua-dua lot ini ialah pada 19.12.78.
12. Pada 26.5.81 yang menuntut telah memberi kepada isterinya Zawiah Lot No 3154 kerana balasan kasih sayang.
[2] Dan dari apa yang dikemukakan oleh yang menuntut dalam tuntutannya adalah mencukupi syarat-syarat mengikut Hukum Syara'.
[3] Sebab itulah mahkamah memanggil yang kena tuntut untuk menjawab di atas tuntutan itu. Sungguhpun demikian yang menuntut dalam hubungan suami isteri bahawa ia ada memberi sumbangan sama ada berupa wang dan sebagainya bagi memperolehi harta-harta tersebut. Dari keterangan saksi-saksi yang menuntut seramai 3 orang terdapat salah seorangnya iaitu saksi kedua adalah anak yang menuntut sendiri (anak kandung) dan saksi pertama tidak ada sokongan dari saksi-saksi lain kerana keterangan saksi anak bagi bapanya tidak boleh diterima mengikut Hukum Syara' (Kitab Fekah Al-Um juzu ketujuh cetakan Darul Fikri Beirut 1983 ms 49)
[4] Manakala saksi ketiga tidak menyokong atas tuntutan yang menuntut serta tidak terang dan tak boleh diterima oleh Mahkamah mengikut Hukum Syara' Kitab Fekah lanah Aal-Talibin juzu' 4 cetakan Mustapha al-Halibi Mesir tahun 1938 ms 273 di bawah asselun Fisyahadat tidak tahu bersabit