SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2023 MarsdenLR 440

MAHKAMAH SESYEN BESUT
PENDAKWA RAYA LWN. AHMAD ZAKI ABDULLAH
[Perbicaraan Jenayah No: TD-62-7-09/2022]



Mandatory imprisonment under Sections 326 and 326A reflects the seriousness of inflicting harm within familial relationships.

Headnote:Peruntukan Seksyen 326 dan 326A Kanun Keseksaan memberikan hukuman maksimum penjara sehingga 40 tahun bagi kesalahan menyebabkan cedera parah. Kesalahan Tertuduh terbukti dengan bukti yang mencukupi, termasuk laporan polis dan keterangan perubatan. Mahkamah menetapkan hukuman penjara 12 tahun setelah mengambil kira pengakuan salah Tertuduh dan faktor mitigasi lain. Dalam mempertimbangkan hukuman, Mahkamah berpegang kepada kaedah kesetimpalan bagi memastikan rasa keadilan untuk masyarakat dan mematuhi niat legislasi.

Table of Content
1. overview of the case details and injuries sustained. (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6)
2. analysis of mandatory punishment under relevant law. (Para 9 , 10 , 11 , 12)
3. emphasis on public policy and expectation in sentencing. (Para 26 , 27 , 29)
4. final verdict determination and balance of interests. (Para 30)
Wan Azimah Yaacob H:

Pengenalan

[1] Mahkamah ini pada 1 Disember 2022 telah menjatuhkan hukuman ke atas Tertuduh selepas beliau mengaku salah ke atas pertuduhan yang dihadapkan ke atasnya. Pertuduhan ke atas Tertuduh adalah kesalahan dengan sengaja melakukan cedera parah ke atas bapanya Abdullah bin Mohd Saman dengan sebatang rotan, suatu kesalahan di bawah s 326 Kanun Keseksaan dibaca bersama s 326A kanun yang sama.

[2] Tertuduh telah dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara.

Pertuduhan

"Bahawa kamu pada 14 September 2022 jam lebih kurang 7.00 pagi bertempat di sebuah rumah tidak bernombor Kg Pengkalan Sentol, di dalam Daerah Besut, dalam negeri Terengganu, telah mendatangkan cedera parah kepada ayah kandung kamu iaitu Abdullah Bin Mohd Saman, KPT: 510225-11-5141 dengan menggunakan suatu alat yang digunakan sebagai senjata untuk melakukan kesalahan yang mungkin menyebabkan kematian iaitu (1) batang rotan. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s 326 Kanun Keseksaan dibaca bersama s 326A Kanun Keseksaan ."

Hukuman s 326 Kanun Keseksaan

Hendaklah dihukum dengan pemenjaraan yang boleh sampai dua puluh tahun dan hendaklah juga dikenakan denda atau sebat.

Hukuman s 326A Kanun Keseksaan

Penjara sehingga dua kali ganda tempoh maksimum bagi sabitan kesalahan mengikut seksyen.

Latar Belakang Fakta Kes

[3] Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR). Ringkasan fakta kes adalah Tertuduh telah memukul bapanya (mangsa) dengan rotan sehingga cedera parah hampir putus jari.

[4] Pengadu di dalam kes ini adalah anak mangsa sendiri yang juga merupakan adik kepada Tertuduh. Pada 14 September 2022, jam lebih kurang 7.30 pagi, semasa Pengadu berada di rumahnya telah didatangi oleh bapanya (mangsa) dalam keadaan berlumuran darah dan keadaan yang lemah. Bapanya memberitahu bahawa abang pengadu (Tertuduh) telah memukul beliau dengan menggunakan sebatang tongkat rotan di bahagian kepala, mata sebelah kiri dan tangan sebelah kanan. Pengadu kemudian meminta tolong jirannya telah menghantar bapanya yang cedera parah itu ke Hospital Besut untuk mendapat rawatan.

[5] Pada hari yang sama Pengadu telah membuat laporan polis sebagaimana Jerteh report 3504/22. Ekoran itu polis telah membuat tangkapan ke atas Tertuduh pada hari yang sama.

[6] Mangsa telah mendapat rawatan di Hospital Besut pada hari yang sama dan pegawai perubatan mengesahkan bahawa mangsa mengalami kecederaan parah yang mana mangsa mendapat kecederaan hampir putus ibu jari - 'near total amputation of the thumb with nail avulsed', luka dan pendarahan di kepala, luka pada bahagian berdekatan mata kanan. Mangsa juga telah dirakam gambar kecederaannya ketika berada di Hospital, sebagaimana gambar yang dikemukakan.

[7] Siasatan polis telah dilakukan dan mendapati bahawa Tertuduh telah mencederakan bapanya ini dengan cara melibas sebatang rotan ke atas bapanya beberapa kali sehingga menyebabkan bapanya cedera dan hampir putus ibu jarinya.

[8] Rotan yang digunakan untuk memukul mangsa telah dirampas oleh polis di rumah kediaman mangsa dan tertuduh. Rotan ini telah dikemukakan di Mahkamah sebagai eksibit P15. Gambar-gambar telah dirakam menunjukkan rotan yang digunakan untuk mendatangkan cedera ke atas mangsa. Rumah tempat kejadian dilawati dan gambar-gambar tempat kejadian dirakam.

Undang-Undang Seksyen 326 Dan Seksyen 326A Kanun Keseksaan

[9] Peruntukan s 326A adalah:

"326A. Punishment for causing hurt to spouse,

(1) Whoever causes hurt to his spouse or former spouse, a child, an incapacitated adult or other member of the family and commits an offence under s 323, 324, 325, 326, 334 or 335 shall be punished with imprisonment for a term

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top