SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2023 MarsdenLR 2435

MAHKAMAH SESYEN PERAK
WONG KAH HEE LWN. THINESH RAO MUNIANDY (LAMP 50)
[Guaman Sivil No: AC-A53KJ-117-12/2021]



Petitioner Advocates:Dato' Amarjit Singh Gill,Dato' Manjit Singh ,Respondent Advocate: Subashini,Blajeet

This judgment clarifies the rules for presenting expert witness testimony and establishes liability as shared equally due to contributory negligence from both parties.

Headnote:Peruntukan di bawah A 40A k 3(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 mengatur pengemukaan keterangan saksi pakar. Kes Defendan mengenai Dr Choong sebagai saksi ketidakpatuhan dibincangkan dalam konteks keperluan bagi rebuttal. Pertikaian ke atas liabiliti dan kadar syarikat dinyatakan, dengan keputusan bahawa kedua-dua pihak bertanggungjawab 50-50. Dari aspek kuantum, ganti rugi am dan khas dihitung selepas mempertimbangkan bukti pakar yang dikemukakan.

Table of Content
1. overview of the appeals filed by both parties. (Para 1 , 2 , 3)
2. discussion regarding the procedural application for reopening the case. (Para 4 , 5 , 7 , 10)
3. clarification of the expert witness obligations and evidence. (Para 12 , 18 , 31)
4. determination of liability and contributory negligence. (Para 23 , 28 , 30 , 39)
5. assessment of damages and compensation calculation. (Para 44 , 45)
Gan Peng Kun HMS:

(A) Pendahuluan

[1] Kedua-dua pihak Plaintif dan Defendan telah memfailkan rayuan terhadap keputusan saya yang diberikan pada 4 Ogos 2023.

[2] Plaintif merayu terhadap liabiliti sahaja, manakala Defendan merayu silang terhadap liabiliti dan kuantum.

[3] Selain itu, Defendan juga memfailkan rayuan terhadap keputusan saya ke atas Lampiran 50 iaitu permohonan untuk membuka semula kes Defendan dan dibenarkan memanggil Dr Choong Kim Fen untuk memberikan keterangan pakar bagi pihak Defendan.

(B) Lampiran 50

[4] Defendan telah memfailkan satu notis permohonan bertarikh 1 Jun 2023 (Lamp 50) untuk membuka semula kes Defendan dan dibenarkan memanggil Dr Choong Kim Fen untuk memberikan keterangan pakar bagi pihak Defendan.

[5] Permohonan ini difailkan selepas pihak-pihak menutup kes dan saya memberikan arahan untuk pihak-pihak memfailkan hujahan bertulis.

[6] Keputusan untuk tindakan utama ditetapkan pada asalnya pada 26 Julai 2023. Tarikh keputusan ini kemudian diubah ke 4 Ogos 2023 untuk memberikan peluang kepada pihak-pihak memuktamadkan afidavit dan memfailkan hujahan untuk Lamp 50.

[7] Tarikh 4 Ogos 2023 ini sama dengan tarikh keputusan untuk Lamp 50.

[8] Walaupun saya menetapkan tarikh yang sama untuk keputusan bagi Lamp 50 dan tindakan utama, tetapi lebih wajar untuk saya melupuskan Lamp 50 terlebih dahulu.

[9] Seperti yang telah dideposkan dalam Afidavit Jawapan Plaintif, Defendan telah memfailkan satu Notis Rayuan terhadap keputusan saya untuk tidak membenarkan Dr Choong memberikan keterangan pada 11 April 2023.

[10] Saya juga telah menyediakan alasan penghakiman ekoran rayuan Defendan tersebut (sila rujuk ekshibit "ASG-3" dalam Afidavit Jawapan Plaintif).

[11] Dalam Lamp 50, terdapat isu baharu yang ditimbulkan oleh Defendan yang tidak disentuh oleh saya dalam "ASG-3", iaitu pertama, saksi pakar Plaintif, Dr Elaijah Sasitharan Rajehgopal (SP2) dibenarkan untuk hadir semula pada 9 November 2022 selepas Defendan membantah penerimaan penyata saksi Dr Elaijah hanya pada tarikh bicara 6 September 2022, dan kedua Dr Choong ialah saksi sapina.

[12] Perlu diberikan perhatian bahawa Dr Elaijah ialah saksi pakar yang sememangnya diketahui peranannya oleh Defendan di mana laporan pakar disediakan olehnya (P8). Dan penyata saksi (WSSP2) disediakan oleh Plaintif, cuma diserahkan kepada peguam Defendan pada hari bicara sahaja pada 6 September 2022.

[13] Ini berbeza dengan situasi Dr Choong. Peranan Dr Choong tidak diketahui oleh Plaintif. Tiada laporan pakar disediakan oleh Dr Choong. Dan penyata saksi langsung tidak disediakan oleh Defendan untuk diserahkan pada hari sambung bicara (11 April 2023).

[14] Fakta ini membawa kepada Defendan membangkitkan isu kedua iaitu Dr Choong ialah saksi sapina, dan oleh itu, penyata saksi tidak perlu disediakan lebih awal.

[15] Saya berpendapat Dr Choong ialah saksi pakar. Ini jelas dapat dilihat dalam para 7 Afidavit Sokongan (Lamp 51) dan diulangi dalam para 17 Hujahan Bertulis Defendan.

[16] Tujuan Dr Choong dipanggil ialah untuk mengemukakan sangkalan (rebuttal) kepada keterangan Dr Elaijah. Dr Elaijah ialah saksi pakar. Tentu sekali seorang saksi pakar perlu dikemukakan untuk menyangkal keterangan saksi pakar yang lain.

[17] Oleh itu, Dr Choong bukan setakat saksi sapina sahaja. Beliau ialah, first and foremost, saksi pakar. Pengemukaan keterangan saksi pakar diperuntukkan di bawah A 40A k 3(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 ("KKM").

[18] Sekiranya Defendan berhasrat memanggil Dr Choong sebagai saksi menyangkal (rebuttal witness) keterangan Dr Elaijah, Defendan mempunyai banyak masa untuk menyediak

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top