2023 MarsdenLR 1452
MAHKAMAH PERUSAHAAN KUALA LUMPUR
WONG YIK CHIN LWN. GETRONICS SDN BHD
Award No: 929 Tahun 2023 [Kes No: 2/4-1992/21]
Important Points
Subject
Employment Law - Unfair Dismissal
Act Referred
Headnote
| Table of Content |
|---|
| 1. proceedings initiated under the industrial relations act. (Para 1 , 2) |
| 2. employment continuity and salary claims amidst operational changes. (Para 3 , 20 , 25 , 26) |
| 3. employer's burden to prove the justification for dismissal. (Para 32 , 33 , 34) |
| 4. conditions required for establishing constructive dismissal. (Para 60 , 64) |
| 5. decision affirming the company’s position and employee’s voluntary exit. (Para 77) |
Rujukan
[1] Prosiding di hadapan Mahkamah ini adalah lanjutan daripada rujukan yang dibuat oleh YB Menteri Sumber Manusia, Malaysia di bawah s 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 , berhubung dengan pembuangan kerja Wong Yik Chin ("Yang Menuntut") oleh Getronics Sdn Bhd ("pihak Syarikat") pada 20 November 2020.
Perbicaraan
[2] Kes ini telah mula dibicarakan pada 1 Ogos 2022, dan seterunya disambung dan selesai pada 2 Ogos 2022 dan 3 Ogos 2022.
[3] Seramai dua (2) orang saksi pihak Syarikat dipanggil memberikan keterangan iaitu Hiew Bao Chong (COW1) dan Fou Kia Dong (COW2), manakala di pihak Yang Menuntut, satu-satunya saksi yang dipanggil adalah Yang Menuntut sendiri, Wong Yik Chin (CLW1).
Fakta Kes Kedua-Dua Pihak
[4] Pihak Syarikat, Getronics Sdn Bhd telah ditubuhkan dalam bulan Julai 1988 dan beralamat di 8A-1, Jalan Harimau, Taman Century, Johor Bahru, Johor.
[5] Geta Electronics (Dong Guan) Co Ltd berpengkalan di Dong Guan China. lanya dimiliki oleh Fou Kia Dong (COW2) yang juga pemegang saham (shareholder) di dalam Getronics Sdn Bhd (pihak Syarikat). Perkara ini diperakui oleh Yang Menuntut. Perniagaan Geta Electronics adalah mengeluarkan dan menjual 'terminal wires, parallel wires, isolation wires, multi-layer winding anti interference wires dan Disikexin coils.' Pihak Syarikat menegaskan bahawa 'nature of the business' pihak Syarikat adalah sama dengan Geta Electronics.
[6] Lifespot Trading Sdn Bhd telah ditubuhkan pada tahun 2016 dan beralamat di 8A-2, Jalan Harimau, Taman Century Johor Bahru, Johor.
[7] Berpandukan kepada 'Proof of Employment' di ms 1 dan 2 CLB1, Yang Menuntut menegaskan bahawa beliau telah dilantik sebagai 'Sales Executive' sejak tahun 2001 dan telah ditugaskan ke negera China untuk mengurus akaun dan perbelanjaan Syarikat.
[8] Hal ini diperjelaskan melalui jawapan yang diberikan oleh Yang Menuntut sewaktu disoal balas oleh peguam:
CHL: Ok can. So, I suggest to you, this is actually the arrangement between you and the company. So, you'll be based or stationed in China under Geta Electronics, which is a China company, and then you'll be in China, working for Geta Electronics, and then the salary and the payroll will be paid by Getronics Sdn Bhd Agreed or disagreed?
The answer is yes?
Wong: Yes
[9] Menurut Yang Menuntut, dalam tahun 2018, pihak Syarikat telah mengarahkan beliau untuk balik ke Malaysia untuk mengurus dan menyelaraskan produk jualan bagi pihak Lifespot Trading Sdn Bhd yang merupakan subsidiari pihak Syarikat. Namun, Pihak Syarikat menafikan Lifespot Trading Sdn Bhd sebagai subsidiari pihak Syarikat. Pihak Syarikat menegaskan bahawa meskipun Yang Menuntut diambil bekerja sebagai 'sale executive' untuk berpengkalan di negara China, namun, tanpa apa-apa kelulusan atau kebenaran yang diberikan, beliau telah kembali ke Malaysia.
[10] Lanjutan dari itu, Yang Menuntut telah bekerja di Malaysia dan berhubung/berkomunikasi dengan majikannya melalui kumpulan Whatsapp yang dikenali sebagai 'Malaysia Fennel' yang mana keahliannya terdiri daripada staff dan pengarah pihak Syarikat seperti Hiew Bao Chong (COW1), Pua Kah Wong dan Fou Tsai Wei yang juga pengarah pihak Syarikat bagi tujuan menyediakan pengemaskinian pemasaran (marketing updates) produk tersebut di atas platform 'shopee' Malaysia. (CLB1, ms 8-11) yang dirujuk oleh Yang Menuntut sebagai ahli kumpulan Whatsapp.
[11] Pada 18 Mac 2020, dalam keadaan yang tidak menentu akibat dari penularan Covid-19, kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang pertama. Walaupun perintah itu berk