2023 MarsdenLR 2188
MAHKAMAH TINGGI SYARIAH SHAH ALAM SELANGOR
SABRI HASAN LWN. GHORI MOHAMMED ABD MAJEED MUSTAFFA
[Kes Mal No: 10300-041-0358-2022]
Determinations made at the interlocutory stage should not resolve factual disputes requiring full trial; premature applications are dismissed, and costs may be awarded to the responding party.
Headnote:This case concerns an interlocutory application by the Applicant challenging the validity of specific paragraphs in the Plaintiff's Statement of Claim dated November 22, 2021. The Court, relating to the powers under Section 61(1) and 61(3)(b)(vi) of the Selangor Islamic Administration Enactment, found the application premature and lacking merit. The issues raised by the Applicant do not require determination at this interlocutory stage and should proceed to full trial where both parties can present evidence. Thus, the Court denied the Applicant's application and awarded costs of RM 2,000 to the Respondent per Section 222 of the ETMMS 2003 and relevant legal principles.
| Table of Content |
|---|
| 1. premature and defective claims are subject to rejection at an interlocutory stage. (Para 1 , 5 , 13 , 14 , 19) |
| 2. jurisdictional considerations govern the admissibility of claims in islamic law. (Para 2 , 4 , 7 , 8 , 9) |
| 3. costs may be awarded if interlocutory applications are deemed lacking in merit. (Para 20 , 21 , 22) |
Pendahuluan
[1] Kes ini mengenai bantahan yang dikemukakan oleh Pemohon melalui permohonan interlokutori dan disokong oleh afidavit Pemohon pada 27 Mei 2022 untuk mendapatkan suatu perintah bahawa;
(a) Mahkamah membatalkan para 4,5 dan 6 beserta lampiran GM-3 di dalam pernyataan tuntutan Plaintif bertarikh 22 November 2021 kes Saman No: 10300-044-0593-2021.
(b) Mahkamah memerintahkan kos tindakan ini diawardkan kepada Defendan oleh Plaintif sebanyak RM 10,000.00.
Fakta Kes
[2] Pada 22 November 2021, Responden telah memfailkan Permohonan Pengesahan Hibah melalui Saman No: 10300-044-0593-2021. Selain penyataan pada Perenggan 4,5 dan 6 dalam Pernyataan Tuntutan melalui Saman tersebut, Responden turut melampirkan dokumen bertanda GM-3 sebagai dokumen sokongan bahawa Responden adalah Penerima Hibah.
[3] Pemberi Hibah, Allahyarham AR a/l S @ H("Si Mati") telah meninggal dunia pada 14 Mei 2007 di Haroldsbach, Jerman dan disahkan melalui Surat Kedutaan Besar Malaysia di Jerman bertarikh 28 April 2014.
[4] Pemohon pula adalah merupakan abang dan satu-satunya waris kepada Si Mati.
[5] Pada 30 Mei 2022, Pemohon telah memfailkan bantahan awal yang disokong dengan afidavit Pemohon bertarikh 27 Ogos 2018 dalam kes tersebut atas alasan;
i. Terdapat kecacatan di dalam penyata tuntutan tersebut iaitu dokumen lampiran yang ditandakan adalah tidak relevan dengan permohona pengesahan hibah.
ii. Dokumen yang ditandakan dilampiran GM-3 adalah dokumen wasiat daripada AR A/L S@ H kepada Ghori Mohammad bin Abdul Majeed Mustaffa. Dokumen tersebut adalah tidak berkaitan dengan tuntutan pengesahan hibah yang dibuat beserta kausa tindakan yang berkaitan.
[6] Responden tidak bersetuju terhadap permohonan bantahan awal tersebut dan telah memfailkan Afidavit Jawapan bertarikh 12 Ogos 2018. Pemohon kemudian telah menfailkan Afidavit Balasan bertarikh 16 November 2022. Seterusnya Pemohon memfailkan Hujah pada 3 Februari 2023 manakala Responden telah pada 30 Januari 2023 dan seterusnya Mahkamah telah menetapkan 30 Mac 2023 untuk keputusan.
Bidangkuasa
[7] Secara umumnya, Mahkamah berpuashati bahawa Mahkamah ini berbidang kuasa untuk mendengar permohonan Interlokutori Bantahan Awal yang telah difailkan oleh Pemohon berikutan terdapat tuntutan yang difailkan oleh Responden di dalam kes berkaitan pengesahan hibah dengan berpandukan kepada peruntukan s 61(1) dan s 61(3)(b)(vi) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 memperuntukkan bahawa;
"Seksyen 61. Bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah
(1) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa di seluruh Negeri Selangor dan hendaklah diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.
(3) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah:
(a)...
(b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau prosiding itu adalah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu adalah berhubungan dengan:
(i)...
(ii)...
(iii)...
(iv)...
(v)...
(vi) alang semasa hidup, atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan yang memadai dengan wang atau nilaian wang, oleh seorang orang Islam;
[8] Permohonan Bantahan Awal yang difailkan oleh P merupakan permohonan interlokutori berdasarkan s 187 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 [ETMMS 2003], iaitu;
(1) Jika melalui Enakmen ini sesuatu permohonan semasa apa-apa prosiding, sama ada sebelum atau selepas penghakiman, dibenarkan dibuat kepada Mahkamah secara nyata atau secara tersirat, maka permohonan itu hendaklah dibuat dalam Borang MS 49 dan hendaklah, melainkan jika diarahkan selainnya oleh Mahkamah, didengar dalam Kamar di hadapan seorang Hakim.
(2) Tiap-tiap permohonan hendakla