SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2021 MarsdenLR 3023

MAHKAMAH PERUSAHAAN KUALA LUMPUR
AMALIA YANTI ABD SAMAD LWN. KOPERASI BELIA NASIONAL BERHAD
Award No: 1205 Tahun 2021 [Kes No: 22/4-1376/20]



Petitioner Advocates:Mohd Iqbal Zainal Abidin ,Respondent Advocate: Idris Zaidel

Pemecatan secara konstruktif berlaku apabila majikan melanggar terma kontrak, menyebabkan pekerja dapat menganggap diri mereka dipecat jika tidak mengikuti prosedur adil.

Headnote:(A) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 – Seksyen 20(3) – Tindakan pemecatan secara konstruktif – Pihak Yang Menuntut dipecat secara konstruktif pada 24 Januari 2020 setelah digantung perkhidmatan tanpa gaji dan tiada temubual diadakan. Mahkamah memutuskan bahawa pemecatan adalah tidak adil dan melanggar terma kontrak. (Paras 59-66)

(B) Bukti kemungkiran kontrak – Pihak Yang Menuntut memenuhi syarat untuk menganggap dirinya dipecat secara konstruktif berdasarkan kes yang relevan. (Paras 41-44)

(C) Gaji kebelakangan dan pampasan – Mahkamah memutuskan jumlah pampasan sebanyak RM111,600 setelah mempertimbangkan gaji kebelakangan sebanyak 15 bulan dan pampasan untuk 9 tahun perkhidmatan. (Paras 77-76)

Fakta Kes: Pihak Yang Menuntut dipecat secara konstruktif oleh Koperasi Belia Nasional Berhad setelah dinyatakan tidak bekerja tanpa gaji. (Paras 20-24)

Temuan Mahkamah: Tindakan pemecatan tidak adil dan gagal mematuhi prosedur tatatertib. (Paras 66-67)

Isu: Sama ada telah berlaku pemecatan kerja secara konstruktif dan sama ada pemecatan itu dibuat atas sebab dan alasan yang adil. (Paras 40-40)

Ratio Decidendi: Pemecatan secara konstruktif boleh diputuskan jika majikan melanggar terma kontrak yang mendasar dan prosedur tatatertib tidak dipatuhi. (Paras 58-59)

Hasil: Pihak Syarikat diperintahkan membayar RM111,600 kepada Pihak Yang Menuntut.

AWARD

Paramalingam J Doraisamy:

Rujukan

[1] Ini adalah suatu rujukan yang dibuat di bawah s 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177) mengenai pemecatan kerja Amalia Yanti Binti Abd Samad (kemudian daripada ini dirujuk sebagai "Pihak Yang Menuntut") oleh Koperasi Belia Nasional Berhad (kemudian daripada ini dirujuk sebagai "Pihak Syarikat") pada 22 Januari 2020.

[2] Rujukan Y B Menteri Sumber Manusia di dalam kes ini memerlukan Mahkamah untuk mendengar dan menentukan aduan pemecatan kerja Pihak Yang Menuntut oleh Pihak Syarikat pada 22 Januari 2020.

I. Latarbelakang Prosedur

[3] Mahkamah Perusahaan telah menerima surat berkenaan rujukan Y B Menteri Sumber Manusia di bawah s 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 pada 6 Ogos 2020.

[4] Kes ini telah ditetapkan untuk sebutan pada 4 September 2020.

[5] Perbicaraan kes ini telah dijalankan pada 22 April 2021 dan 23 April 2021.

II. Fakta Latarbelakang

(i) Pihak Yang Menuntut

[6] Pihak Yang Menuntut telah mula bekerja dengan Pihak Syarikat pada 2 Februari 2010 sebagai Setiausaha Eksekutif. Taraf perkhidmatan adalah Eksekutif dan tetap dengan gaji sebanyak RM2,000.00 sebulan. Di dalam tempoh lantikan jawatan tersebut, Pihak Yang Menuntut telah berkhidmat secara langsung sebagai Setiausaha kepada Setiausaha Koperasi, YBhg. Dato' Mior Bin Abd Aziz dan Setiausaha yang seterusnya, iaitu YBhg. Dato' Hj Abdull Halim Bin Hamad.

[7] Pihak Yang Menuntut kemudiannya telah ditawarkan jawatan baru sebagai Pegawai Khas dan berkhidmat secara langsung kepada Pengerusi Eksekutif, iaitu YBhg. Dato' Hj Ibrahim Bin Hj Mat Din sekitar tahun 2010-2012.

[8] Pada Oktober 2011, Pihak yang Menuntut secara rasmi telah dilantik sebagai Pembantu Tadbir di Yayasan Kobena Berhad dengan bayaran Elaun Khas sebanyak RM500.00 setiap bulan. Perlantikan ini diputuskan oleh Anggota Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kobena Berhad dan disahkan di dalam Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kobena Berhad Kali Ke-40/2011. Pihak Yang Menuntut telah menjalankan segala tugas-tugas membantu pengurusan pentadbiran Yayasan Kobena Berhad dan menghadiri setiap Mesyuarat Anggota Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kobena Berhad sebagai Pencatit Minit.

[9] Pada sekitar tahun 2012, melalui penstrukturan semula bidang tugas, Pihak Yang Menuntut telah dinaikkan pangkat sebagai Eksekutif Kanan di Bahagian Sumber Manusia dengan kenaikan gaji pokok sebanyak RM150.00. Dan menerusi Skim Gaji 2014, pada bulan Julai 2018, Pihak Yang Menuntut telah menerima kenaikan gaji baru berjumlah RM3,350.00. Jumlah gaji termasuk elaun adalah berjumlah RM4,100.00.

[10] Pada tahun 2015, Pihak Yang Menuntut telah diberikan tugasan tambahan sebagai Setiausaha kepada Pengurus Besar Syarikat, En Shahrizal Bin Sabarudin (COW-1) dengan bayaran Elaun Memangku Setiausaha sebanyak RM850.00 sebulan. Pada masa yang sama, Pihak Yang Menuntut turut bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja sebagai Eksekutif Kanan di Bahagian Sumber Manusia.

[11] Pada bulan Jun 2019, Pihak Yang Menuntut telah menerima bidang tugas yang baru melalui Kemaskini Bidang Tugas yang diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kali Ke-22/2019 yang diadakan pada 11 Februari 2019. Pihak Yang Menuntut telah dipertanggungjawabkan untuk berkhidmat di Bahagian Korporat tanpa melibatkan sebarang perubahan tangga gaji dan pangkat. Pada masa yang sama, Pihak Yang Menuntut turut menjalankan tugas sebagai Eksekutif Kanan di Bahagian Sumber Manusia dan juga Setiausaha kepada Pengurus Besar Syarikat.

[12] Pada 26 Oktober 2019, Anggota Lembaga Kobena yang baru telah dilantik melalui Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke-31/2019. Pihak Yang Menuntut telah menerima arahan daripada pihak Pengurusan Syarikat untuk menjalankan kerja-kerja tambahan sebagai Setiausaha kepada Pengerusi Syarikat yang baru, iaitu En Md. Hilmi Bin Muhammad. Pihak Yang Menuntut juga ditugaskan untuk menjaga hal ehwal 12 Anggota Lembaga yang lain termasuklah menguruskan segala penyediaan tuntutan perbatuan dan sebagainya. Pada masa yang sam


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top