2019 MarsdenLR 3443
MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH SELANGOR
MAA LWN. SZAA
[Kes Rayuan No: 10000-049-0079-2017]
The acknowledgment of debt between spouses during marriage is binding even without a formal contract if mutual agreements and usage for family benefit are established.
Headnote:This judgment addresses the appeal concerning a debt recognition post-divorce. The court analyzed section 17 of the Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Negeri Selangor, 2003, relating to acknowledgments, and concluded the Respondent had a valid claim for debt repayment by the Appellant based on mutual discussions during marriage. The primary issue was whether such acknowledgment suffices as evidence of debt without a clear contract. The court found in favor of the Respondent, maintaining the orders of the lower court.
| Table of Content |
|---|
| 1. introduction of the case and context of the appeal. (Para 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6) |
| 2. arguments presented regarding the existence of obligations. (Para 8 , 10 , 12) |
| 3. court observations on the joint financial responsibilities during marriage. (Para 13 , 14 , 15 , 16 , 17) |
| 4. legal reasoning concerning acknowledgment of debts among spouses under syariah law. (Para 18 , 19 , 20 , 21 , 26) |
| 5. court analysis on mutual financial obligations. (Para 22 , 24 , 25) |
| 6. facts supporting the existence of debt during marriage. (Para 23) |
| 7. final decision on the appeal. (Para 27) |
[1] Rayuan ini difailkan oleh Perayu terhadap sebahagian keputusan Mahkamah Tinggi Syariah (Rayuan) Selangor dalam Kes No: 10500-049-0014-2015 yang telah diputuskan pada 23 Jun 2016, bahawa:
1.1 Rayuan Perayu diterima.
1.2 Mahkamah memerintahkan Responden(Perayu) membayar hutang dalam tempoh perkahwinan kepada Perayu(Responden) sebanyak RM67,584.00.
[2] Responden tidak bersetuju dengan rayuan ini dan memohon rayuan Perayu ditolak dengan kos RM15,000.00.
[3] Perayu dan Responden telah berkahwin pada 28 Mei 2004 dan telah bercerai pada 13 September 2012. Hasil perkahwinan, Perayu dan Responden telah dikurniakan dengan dua (2) orang anak.
[4] Semasa pihak-pihak bercerai, tidak ada sebarang perintah yang dikeluarkan berkaitan hutang-hutang yang berbangkit daripada perkahwinan.
[5] Responden mendakwa bahawa pada bulan April 2011, Responden telah memohon pinjaman peribadi daripada Bank Rakyat sebanyak RM80,000.00, bertujuan untuk melangsaikan hutang-hutang peribadi Perayu seperti melangsaikan pinjaman kad kredit berjumlah RM4,500.00, pinjaman kereta Waja Perayu berjumlah RM23,000.00 dan menebus kembali barang kemas ibu Responden yang telah digadai oleh Perayu berjumlah RM14,213.83. Responden telah membuat pinjaman bagi tempoh bayaran selama 15 tahun dengan bayaran bulanan sebanyak RM768.00 sebulan.
[6] Pihak-pihak telah bersetuju membayar ansuran bulanan pinjaman tersebut dengan kadar sama banyak iaitu RM384.00 seorang dalam tempoh perkahwinan.
[7] Hakim Mahkamah Rendah Syariah pada 8 Mei 2015 telah memutuskan bahawa tuntutan Responden ditolak.
[8] Responden tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan memfailkan Notis Rayuan bertarikh 20 Mei 2015 untuk merayu terhadap keseluruhan keputusan. Responden telah memfailkan alasan rayuan bertarikh 10 Ogos 2015 dengan mengemukakan alasan rayuan seperti berikut:
8.1 YA Hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta kerana menolak tuntutan Responden.
8.2 YA Hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta kerana tidak mengiktiraf hutang yang berlaku atas alasan tiada kontrak yang jelas di antara pihak-pihak.
8.3 YA Hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta kerana gagal mengambil kira pengakuan Perayu di dalam kes ini.
8.4 YA Hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta kerana tidak mengiktiraf kewujudan dokumen yang telah ditandakan di Mahkamah sebelum ini.
[9] Mahkamah Tinggi Syariah (Rayuan) pada 23 Jun 2016 telah membuat keputusan seperti di Para 1 di atas.
[10] Perayu tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah (Rayuan) dan memfailkan permohonan kebenaran merayu ke Mahkamah Rayuan Syariah pada 30 Jun 2016 atas persoalan undang-undang berkepentingan awam sama ada Mahkamah boleh mengiktiraf hutang peribadi pihak-pihak walaupun tidak ada kontrak yang jelas.
[11] Perayu telah mendapatkan kebenaran merayu daripada Mahkamah Rayuan Syariah pada 25 Julai 2017 atas persoalan undang-undang berkepentingan awam iaitu sama ada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah (Rayuan) telah bertindak betul atau tidak apabila menjustifikasikan ikrar Pemohon di bawah s 17 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 berkenaan suatu qarinah dan mengaitkannya dengan fakta keberhutangan Pemohon terhadap Responden.
[12] Seterusnya Perayu telah memfailkan Notis Rayuan pada 27 Julai 2017 serta Alasan Rayuan pada 27 September 2017.
Penghakiman YAA Haji Saarani Bin Ismail (Pengerusi), YA Prof Adjung D