MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA
RAMAN SHUNMUGHAM LWN. PENDAKWA RAYA
[Permohonan Jenayah No: B-05-307-06/2018]
| Table of Content |
|---|
| 1. request for bail based on health conditions. (Para 1 , 2 , 3) |
| 2. court examines merits of the bail application. (Para 4) |
| 3. arguments regarding the eligibility for bail. (Para 6) |
| 4. court's observations on discretion and jurisdiction. (Para 7 , 10 , 11 , 24) |
| 5. ratio decidendi for granting bail despite unbailable charges. (Para 20 , 21 , 22) |
[1] Melalui Notis Usul di Kandungan 4 bertarikh 22 Jun 2016, Pemohon, Raman Shunmugham membuat permohonan untuk mendapatkan perintah-perintah yang berikut:
(a) Beliau dilepaskan dengan jaminan di bawah ss 388 dan 389 Kanun Acara Jenayah ('KAJ') dan s 13 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (' SOSMA ').
(b) Lain-lain perintah atau arahan yang dianggap patut dan wajar.
[2] Alasan-alasan bagi permohonan itu dinyatakan dalam Afidavit Sokongan yang telah diikrarkan oleh isteri Pemohon, SL Komalatebi Lecmanan bertarikh 4 Jun 2018 (Kandungan 3) yang difailkan bersama dengan Notis Usul tersebut. Alasan utama permohonan Pemohon untuk mendapatkan perintah yang dipohon berdasarkan faktor kesihatan. Pemohon menghidap penyakit kencing manis yang teruk di samping menghadapi masalah penyakit darah tinggi dan beberapa masalah kesihatan yang lain. Sebelum ditangkap oleh pihak polis, Pemohon sedang menerima rawatan dari Hospital Tung Shin, Jalan Pudu, Kuala Lumpur. Akibat dari penyakit kencing manis, ibu jari kaki kiri Pemohon telah dipotong.
[3] Deponen seterusnya menyatakan bahawa Pemohon telah ditangkap oleh pihak polis pada 3 Mei 2017 jam lebih kurang 5.00 pagi oleh satu pasukan polis ketika sedang berada di rumah kediamannya di alamat No. 19, Jalan 25/10, Taman Koperasi Polis, Fasa 1, 68100 Batu Caves, Selangor. Turut ditangkap bersama, anak Pemohon, Kannan Raman. Pemohon dan anaknya telah kemudiannya dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas satu pertuduhan kerana menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng 360 Devan, di bawah s 130V(1) Kanun Keseksaan.
[4] Deponen turut menyatakan bahawa semasa Pemohon berada dalam tahanan reman di Penjara Sungai Buloh, keadaan penyakit kencing manis Pemohon menjadi semakin teruk. Akibatnya, kaki kiri Pemohon terpaksa dipotong. Pada mulanya dipotong pada paras atas pergelangan kaki (left transmetatarsal amputation) pada 9 Disember 2017 dan kemudiannya diikuti pemotongan pada paras bawah lutut (left below knee amputation) pada 19 Disember 2017. Pemohon tidak menyangkal ada mendapat rawatan perubatan ketika dalam tahanan reman, walau bagaimanapun rawatan yang diberi tidak setara dengan rawatan dari Hospital Tung Shin atau lain- lain hospital di luar penjara. Pemohon juga menyatakan keadaan dalam bilik tahanan penjara telah menyebabkan penyakitnya bertambah teruk. Pemohon telah mengemukakan kesemua laporan perubatan yang berkenaan seperti dilampirkan kepada Afidavit Sokongan sebagai Eksibit C, D, E dan F.
[5] Pemohon telah memohon di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi untuk dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu perbicaraan. Permohonan Pemohon bagaimanapun telah ditolak pada 24 Mei 2018. Pemohon kemudiannya telah memfailkan permohonan untuk diberikan jamin di hadapan kami.
[6] Pihak responden membantah permohonan Pemohon dan telah memfailkan Afidavit Jawapan Responden yang telah diikrarkan oleh ASP Mohd Zulhissam Zakaria, pegawai penyiasat kes. Asas bantahan pihak responden ialah bahawa pertuduhan yang dihadapi oleh Pemohon satu kesalahan yang tidak boleh diberi jamin (unbailable offence) di bawah s 13 SOSMA . Bantahan kedua dikatakan bahawa Pemohon tidak pernah membuat permohonan di bawah s 13(2)(c) . Bantahan ketiga responden menyatakan bahawa Pemohon telah gagal untuk membuktikan dia seorang yang terjumlah kepada 'sick or infirm person'.
[7] Kami telah mendengar permohonan Pemohon pada 13 Ogos 2018. Setelah meneliti kertas kausa yang difailkan, mendengar hujahan pihak- pihak dan meneliti peruntukan undang-undang serta nas-nas, kami dengan sebulat suara mendapati bahawa terdapat merit dalam permohonan Pemohon. Oleh itu kami telah
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.