SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

1993 MarsdenLR 1748

MAHKAMAH AGONG KUALA LUMPUR
SIAH BROTHERS PLANTATION SDN BHD LWN. PENTADBIR TANAH DAN DAERAH KUANTAN
[Rayuan Sivil No: 01-48-1991]



Petitioner Advocates:A Ramanathan ,Respondent Advocate: Abdul Rahim Uda

PENGHAKIMAN

Mohamed Dzaiddin Abdullah HMA:

[1] Di dalam rayuan ini, pihak perayu tidak berpuashati dengan penghakiman Hakim Dato' Lamin bertarikh 6 November 1991, (Alasan pehghakiman bertulis bertarikh 20 Januari 1993. Lihat [1993] 1 MLRH 684, [1993] 3 CLJ 13) di Mahkamah Tinggi Kuantan mengenai amaun pampasan dalam pengambilan balik sebahagian tanah seluas 18.58 ekar (7.5223 hektar) bagi Lot No 2685, CT 1048 Mukim Kuala Kuantan, Daerah Kuantan, Pahang, luas keseluruhannya ialah 498.7 ekar (201.923 hektar) (tanah dijadualkan).

[2] Adapun tanah dijadualkan merupakan satu daripada tiga lot tanah ladang yang bercantum dikenali sebagai Valentia Estet, yang terletak di kilometer 17 Jalan Kuantan/Gambang. Jumlah luas estet tersebut adalah 1040.63 ekar (421.306 hektar). Pada 20 Jun 1985, Kerajaan Negeri Pahang telah mengwartakan pengambilan balik tanah dijadualkan melalui Warta Kerajaan Negeri Pahang No 403. Maka mengikut Akta Pengambilan Balik Tanah 1960 (Akta tersebut), tarikh nilaian bagi menentukan nilai pasaran adalah pada 20 Jun 1985. Bahagian tanah dijadualkan yang diambilbalik merupakan satu "strip" atau batas selebar 2 rantai dan panjangnya 9.3 rantai yang melintasi tanah dijadualkan di bahagian barat laut untuk projek penggunaan gas Petronas. Rupabumi bahagian yang diambilbalik adalah rata dan beralun (undulating) serta ditanamkan dengan getah yang masih lagi ditoreh dan dijaga. Akibat pengambilan balik, maka tanah dijadualkan menjadi terputus dua (severed). Bagi kawasan sekitarnya pula, di sebelah barat laut ialah Rancangan FELDA Panching Selatan, di sebelah barat/barat daya ialah Kampung Mahkota, iaitu satu kawasan perkampungan. Manakala di sebelah timur, ialah tanah getah dan belukar. Bagaimanapun, lebih kurang 0.8 kilometer ke timur dan tenggara terletak kawasan Kem Tentera Udara (T.U.D.M.) dan Lapangan Terbang Kuantan serta projek Bandar Baru Jaya Gading. Perlu dinyatakan juga bahawa tanah dijadualkan dan kawasan sekitarnya merupakan tanah-tanah pertanian dan adalah di luar Kawasan Perancangan dan Pembangunan. Pada tarikh nilaian tidak ada sebarang permohonan diterima daripada tuan tanah untuk memajukan tanah dijadualkan dan ianya juga tertakluk kepada s 214A Kanun Tanah Negara.

[3] Amaun pampasan yang diberi oleh Pentadbir Tanah Kuantan, selepas satu siasatan di bawah Akta tersebut diadakan, adalah sebanyak RM8,900 seekar.

[4] Ekoran dari keputusan Pentadbir Tanah Kuantan, maka pihak perayu telah membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi Kuantan membantah mengenai amaun pampasan. Di dalam perbicaraan di hadapan Hakim Dato' Lamin, nilaian pasaran yang berpatutan yang dipohon oleh perayu bagi tanah dijadualkan ialah berasaskan RM25,000 seekar, manakala penilai responden (DW1) masih berpegang kepada nilaian asal mereka, iaitu RM8,100 seekar. Setelah mendengar keterangan dan meneliti penyata penilaian yang disiapkan oleh kedua-dua pihak, Hakim yang arif telah menolak asas-asas pengiraan yang telah dikemukakan oleh perayu dan sebaliknya beliau menerima asas penilaian pihak responden dan menentukan amaun pampasan sebanyak RM8,900 seekar seperti yang diputus oleh responden.

[5] Di dalam alasan penghakimannya, Hakim yang arif berpendapat bahawa ketiga-tiga lot tanah perbandingan yang digunakan oleh pihak perayu adalah tidak sesuai untuk perbandingan oleh kerana perbezaan saiz. Umpamanya, Lot 2696 mempunyai luas 49.75 ekar, pada hal luas tanah dijadualkan adalah 498.7 ekar. Tambah lagi, tanah djadualkan adalah sebahagian daripada kawasan sebuah estet luasnya lebih 1,000 ekar, yang mempunyai tiga lot yang tercantum. Memanglah sesuai jika perbandingan dibuat di antara satu tanah estet dengan estet yang lain. Dari segi lokasi pula, kedudukan lot-lot tersebut adalah terbaik kerana berhadapan jalan. Hakim yang arif telah menolak perkiraan yang berasaskan empat faktor digunakan oleh penilai perayu untuk membuat penyelarasan bagi tujuan mencapai nilaian pasaran yang adil. Faktor-faktor tersebut adalah keluasan atau saiz, masa (time), akib

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top