SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2009 MarsdenLR 2152

MAHKAMAH TINGGI MALAYA JOHOR BAHRU
AMFINANCE BHD LWN. PP
[Rayuan Jenayah No: MT 3(2)-42-18-2005]



PENGHAKIMAN

Mohd Zawawi Salleh H:

Rayuan

[1] Ini adalah suatu rayuan oleh Amfinance Berhad ('perayu') yang terkilan dengan keputusan Tuan Hakim Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 20 Julai 2005 yang memerintahkan supaya sebuah kereta jenis Peugeot 307 XS 1.6 bernombor pendaftaran JGU 9096 (kereta tersebut) dilucuthakan kepada Kerajaan Malaysia menurut s. 32(3) Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 ('Akta').

Fakta Ringkas Kes

[2] Bagi memahami isu undang-undang yang terlibat dalam kes ini, adalah perlu fakta ringkas kes dinyatakan seperti berikut:

(a) Berdasarkan satu perjanjian sewa beli bertarikh 27 Januari 2003 ('perjanjian sewa beli tersebut'), perayu telah memberikan kepada Thang Weng Ho @ Tommy ('penyewa') satu kemudahan sewa beli dimana perayu bersetuju untuk menyewa kereta tersebut kepada penyewa, tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam perjanjian sewa beli tersebut (lihat perjanjian sewa beli tersebut di lampiran tambahan 'A'). perjanjian sewa beli tersebut telah dijamin oleh Cham Lai Fong (SP2).

(b) Pada 30 Julai 2004, penyewa telah ditangkap dibawah s. 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 bersabit Gelang Patah Repot 295/2004. Ekoran dari tangkapan tersebut, siasatan lanjut telah dijalankan dibawah Akta.

(c) Pada 30 Julai 2004, kereta tersebut telah disita seperti yang dilaporkan dalam Gelang Patah Repot 2953/2004.

(d) Pada 9 dan 11 Ogos 2004, notis-notis penyitaan di bawah s. 25(2) Akta telah diserahkan kepada penyewa dan perayu. Pada 12 Ogos 2004, pihak polis telah menerima surat tuntutan bertarikh 11 Ogos 2004 daripada pengurus perayu yang menuntut kereta tersebut dilepaskan kepada mereka.

(e) Pada 14 September 2004, pihak polis telah menerima surta-surat tuntutan bertarikh 7 September 2004 daripada Cindy Thang Bee Ling yang mewakili Penyewa dan Cham Lai Fong (SP2), menuntut kereta tersebut dilepaskan kepada mereka.

(f) Penyewa telah dikenakan perintah tahanan dibawah s. 6(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Percegahan Khas) 1985 di Pusat Pemulihan Akhlak Muar Johor selama dua tahun, mulai 27 September 2004. Oleh itu penyewa ialah "orang kenaan" ('liable person').

(g) Oleh kerana tiada dibuat apa-apa pendakwaan atau prosiding dibawah s. 32(1)(a) dan (b) Akta dalam tempoh tiga bulan dari tarikh penyitaan dan oleh kerana terdapat tuntutan dibawah s. 32(2) Akta dalam tempoh tersebut, Pendakwaraya telah merujuk tuntutan tersebut kepada Mahkamah Sesyen untuk keputusan.

(h) Selepas mendengar tiga orang saksi, pada 2 Julai 2005, hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana telah menolak tuntutan dan memerintahkan kereta tersebut dilucuthakan kepada Kerajaan Malaysia.

(i) Perayu tidak berpuashati dengan perintah tersebut dan merayu ke Mahkamah Tinggi. Walaubagaimanapun, rayuan tidak dapat didengar dengan segera kerana Tuan Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana hanya menyediakan Alasan Keputusan pada 13 November 2008.

Petisyen Rayuan

[3] Walaupun petisyen rayuan mengandungi 14 alasan, namun pada intipatinya alasan utama perayu ialah bahawa hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila beliau memutuskan kereta tersebut dilucuthakan kepada Kerajaan Malaysia atas alasan pihak yang sepatutnya membuat tuntutan dan memberi keterangan bahawa kereta tersebut bukan harta yang menyalahi undang-undang. ("illegal property") ialah penyewa dan bukannya perayu. Penyewa adalah "orang kenaan" ('liable person').

[4] Peguambela terpelajar perayu berhujah bahawa walaupun kereta tersebut didaftarkan atas nama penyewa, namun pemilik sebenar kereta tersebut ialah perayu. Kad Pendaftaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bukanlah dokumen hakmilik. Ia hanya menunjukkan bukti pendaftaran kereta tersebut sahaja dan tidak semestinya menunjukkan pemilik yang sebenar di segi undang-undang ('legal owner').

[5] Dalam kes ini, penyewa atau penjamin telah mendepositkan sejumlah RM17,950 kepada peniaga, iaitu, Nasim Sdn Bhd. Penyewa tidak mempun

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top