MAHKAMAH TINGGI MALAYA, KUALA LUMPUR
ABDUL KADIR SULAIMAN H
CHOW HONG LIT
versus
YB MENTERI SUMBER MANUSIA MALAYSIA & SATU LAGI
NOTIS USUL PEMULA NO: R1-25-142-96
Decided On : 04-01-98
Abdul Kadir Sulaiman H:
Isu di dalam prosiding ini mempunyai sedikit sebanyak persamaan dengan isu yang dibangkitkan di dalam prosiding Notis Usul Pemula No. R1-25-160-96 yang menyentuh soal penyampaian salinan-salinan pernyataan dan afidavitafidavit yang menyokong permohonan minta kebenaran di bawah k. 1 A. 53 kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 (selepas ini disebut sebagai "KMT") dengan notis usul di bawah k. 2 Aturan yang sama. Tetapi perbezaannya di dalam kes ini jika dibandingkan dengan kes No. R1-25-160-96 akan dapat dilihat dari fakta dan hujah pihak-pihak bersabit dengannya nanti.
Dalam Notis Usul ini pemohon memohon suatu perintah certiorari untuk mengenepikan atau membatalkan keputusan responden pertama bertarikh 12 Oktober 1996 dan suatu perintah mandamus mengarahkan responden pertama supaya merujuk representasinya yang dibuat di bawah s. 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 kepada Mahkamah Perusahaan untuk satu awad. Kebenaran untuk pemohon memohon perintah-perintah tersebut telah diberi pada 13 Mei 1997 yang lalu. Berikutan dengan kebenaran yang diberi itu, pada 16 Mei 1997 pemohon telah memfailkan Notis Usul Pemula ini dan telah dijadualkan untuk pendengaran pada 18 November 1997. Pada 18 November 1997 pendengaran telah ditangguh kepada 25 Februari 1998 di atas permohonan peguam responden kedua. Sebelum itu melalui surat bertarikh 14 November 1997 peguam responden pertama telah memberi notis kepada peguam pemohon atas hasratnya untuk membangkitkan satu bantahan awal di hari pendengaran usul bahawa peruntukan-peruntukan di bawah A. 53 k. 2 (4) dan 3 (1) KMT telah tidak dipatuhi oleh pemohon. Pada 25 Februari 1998 mahkamah diberitahu oleh peguam responden pertama bahawa ia akan menggugurkan bantahan berhubung dengan k. 2(4) tetapi akan hanya menumpukan kepada k. 3(1) A. 53 KMT.
Melalui hujahnya, peguam responden pertama memberitahu mahkamah bahawa pada 20 Julai 1997 responden pertama telah disampaikan dengan Notis Usul pemula pemohon ini, tetapi malangnya pernyataan dan afidavit yang menyokong permohonan minta kebenaran di bawah k. 1 A. 53 telah langsung tidak disampaikan kepada responden pertama atau peguam yang mewakilinya hingga ke hari ini. Oleh yang demikian kehendak k. 3(1) A. 53 KMT telah tidak dipatuhi dan dengan yang demikian peguam memohon bahawa di atas alasan tersebut Notis Usul Pemula ini perlu ditolak dengan kos.
Bagi menjawab, peguam pemohon menafikan kenyataan peguam responden pertama itu bahawa pernyataan dan afidavit berkenaan telah tidak diserah kepada responden pertama. Sebaliknya ia menegaskan bahawa memang benar afidavit berkenaan telah tidak disampaikan bersekali dengan Notis Usul Pemula tetapi telah lebih awal diserahkan iaitu pada 7 Januari 1997 bersama dengan permohonan ex parte meminta kebenaran mahkamah untuk memohon perintahperintah yang tersebut di dalam Notis Usul Pemula ini. Ia merujuk kepada afidavit penyampaian berkenaan dengannya. Mengikut afidavit penyampaian yang berkenaan yang diikrarkan oleh Jagan a/l Ayappan, kerani yang bekerja dengan firma peguam pemohon pada 3 Mac 1997:
2. Saya dengan secara sendiri pada 7hb Januari, 1997 lebih kurang pada 9.50 pagi telah hadir di pejabat Jabatan Peguam Negara, Tingkat 5, Bangunan Bank Rakyat, Jalan Tangsi, 50512 Kuala Lumpur untuk menyerahkan salinan dokumen-dokumen Notis Usul Pemula Ex-parte yang bertarikh 19hb November, 1996, Pernyataan Menurut Aturan 53, Kaedah 1(2), Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 yang bertarikh 19hb November, 1996 dan Afidavit oleh Chow Hong Lit yang diikrarkan pada 19hb November, 1996 dan pihak Jabatan Peguam Negara telah mengakui penerimaannya dengan mengesahkan di atas sesalinan dengan hari, tarikh dan masa penerimaannya.
Sesalinan surat tersebut dilampirkan disini dan ditandakan sebagai Eksibit 'JA-1'.
Kandungan Eksibit "JA-1" berbunyi:
2464/11/96 6hb Januari 1997
Y.B. PEGUAM NEGARA Jabatan Peguam Negara Tingkat 5, 11-20 Bangunan Bank Rakyat Jalan Tangsi 50512 Kuala Lumpur SERAHAN TANGAN
Tuan
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.