SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2003 MarsdenLR 255

MAHKAMAH TINGGI MALAYA PULAU PINANG
PP LWN. MAT SAAD MAT ISA & ORS & OTHER CASES
[Perbicaraan Jenayah No: 45-5-2002 & Perbicaraan Jenayah No: 45-6-2002]



PENGHAKIMAN

Mohd Noor Hj Abdullah H:

Pendahuluan

[1] Pada 11hb Oktober 2002 mayat Hasleza Ishak telah dijumpai 29.1 meter di bawah jambatan di km 63 Jalan Sumpitan di Grik. Hasleza ialah isteri kedua YTM Raja Di Hilir Perak yang berkahwin dengannya pada Februari 2002. 3 orang dituduh membunuhnya sementara 2 lagi dituduh bersubahat membunuhnya. Seorang dari mereka ialah pembantu kepada isteri pertama Raja Di Hilir.

[2] Kes ini menarik perhatian awam kerana ia melibatkan kerabat Raja Di Hilir Perak. Justru Hakim dari luar Negeri Perak telah ditugaskan untuk membicarakan kes ini yang bermula pada 21 Januari 2003 dan selesai pada 25 April 2003 dalam tempoh 53 hari perbicaraan. Semasa perbicaraan, setelah 33 orang saksi memberi keterangan, Pendakwa Raya mengemukan Pertuduhan Terpinda terhadap Mat Saad [Tertuduh 1] di mana di bawah Pertuduhan utama Mat Saad dituduh membunuh Hasleza atau di bawah Pertuduhan pilihan alternatif Mat Saad dituduh menyebabkan kematian Hasleza tanpa niat untuk membunuhnya di bawah seksyen 304(a) Kanun Kesiksaan. Mat Saad mengaku salah di atas pertuduhan alternatif itu dan beliau disabitkan dan dihukum penjara 14 tahun dari hukuman penjara maximum 20 tahun. Mat Saad kemudiannya menjadi saksi pendakwa yang utama dan terpenting.

[3] Pendakwa mengemukan 55 orang saksi ditambah 13 orang saksi lagi bagi perbicaraan dalam perbicaraan mengenai kesahihan Pengakuan-salah Sabaruddin Non (Tertuduh 2). Pendakwa mengemukakan keterangan oleh 4 orang saksi yang melihat pencolekan Hasleza, seorang Consultant Forensik Pathologist, seorang Ahli Kimia dan pakar analisa DNA, seorang Parasitology and Entomology dan beberapa orang saksi Polis. Pendakwa mengemukakan 152 eksibit dan Pembelaan mengemukakan 7 eksibit. Di penghujungan kes pendakwaan Mahkamah memutuskan untuk memanggil Tertuduh 2 dan Tertuduh 3 membela diri atas pertuduhan membunuh Hasleza dan Tertuduh 4 dan Tertuduh 5 atas pertuduhan bersubahat membunuh Hasleza. Mereka membela diri dan di penutupan kes ini mereka didapati tidak bersalah membunuh dan bersubahat membunuh tetapi Tertuduh 2 dan Tertuduh 3 didapati bersalah dan disabitkan kesalahan menyebabkan kematian Hasleza tanpa niat membunuhnya dan Tertuduh 4 dan Tertuduh 5 didapati bersalah dan disabitkan kesalahan bersubahat menyebabkan kematian Hasleza tanpa niat membunuh. Kesemua Tertuduh dikenakan hukuman penjara maxima 20 tahun masing-masing berkuatkuasa dari tarikh mereka ditangkap.

[4] Pendakwaan dijalankan oleh 4 orang Timbalan Pendakwa Raya dan Tertuduh-Tertuduh dibela oleh 6 orang Peguambela dan Pembantu.

Pertuduhan

[5] Dalam perbicaraan Jenayah Perak No 45-5-2002 antara Pendakwa Raya lawan (1) Mat Saad Mat Isa, (2) Sabaruddin Non, (3) Manimaran Jayabalan pertuduhan terhadap mereka bertarikh 21 Januari 2003 ialah:-

"Bahawa kamu bersama-sama dengan seorang lagi pada 6 Oktober 2002 di antara jam 6.00 petang hingga 11.00 malam bertempat di km 63, Jalan Sumpitan di dalam Daerah Larut Matang dan Selama di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan, dalam mencapai niat bersama, telah melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian ke atas HASLEZA ISHAK (K/P No: 761225-08-6674) dan dengan itu kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Kesiksaan dibaca bersama seksyen 34 Kanun yang sama."

[6] Dalam Perbicaraan Jenayah Perak No 45-6-2002 antara Pendakwa Raya lawan (1) Rahim Ismail, dan (2) Tengku Aristonsjah pertuduhan terhadap mereka bertarikh 21 Januari 2003 ialah:-

"Bahawa Mat Saad Mat Isa, Sabaruddin Non dan Manimaran Jayabalan pada 6 Oktober 2002 di antara jam 6.00 petang hingga 11.00 malam di km 63, Jalan Sumpitan, di dalam Daerah Larut Matang dan Selama, di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan, telah melakukan satu kesalahan bunuh ke atas HASLEZA ISHAK (K/P No: 761225-08-6674) dan bahawa kamu bersama-sama telah bersubahat dengan Mat Saad Mat Isa, Sabaruddin Non dan Manimaran Jayabalan di dalam melakukan kesalahan bunuh tersebut, yang mana kesalahan bunuh tersebut dilakukan akibat dari persubahatan


Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top