SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Headnote Court Copy Facts Arguments Court observation Judicial Analysis Case Map Category Hierarchy Table of Content
Listen Article Pause Article
judgment-img

2002 MarsdenLR 1131

HIGH COURT (KUALATERENGGANU)

DATO NIK HASHIM BIN NIK AB. RAHMAN, H (DATO BENTARA ISTANA) J.

BOND ELECTRICAL (KL) SDN. BHD.
versus
ABU BAKAR BIN CHIK

RAYUAN SIVIL NO. 16-06-2000

Decided On : 07-28-02

Advocates:
Chew Kok Liang (Chew & Lim) ... bagi pihak Perayu
Responden-responden Sendiri ... bagi pihak Responden-responden

PENGHAKIMAN

1. Ini adalah rayuan terhadap keputusan Pegawai Buruh Dungun bertarikh 05.06.2000 yang memerintah perayu di bawah seksyen 69 Akta Pekerjaan 1955 (Akta) membayar empat orang responden sebanyak RM1,600.00 setiap seorang (jumlah besar bagi 4 orang ialah RM6.400.00) bagi bayaran baki 20 hari gaji ganti notis berhenti kerja serta sebagai penyelesaian penuh dan muktamad bagi kes buruh Dungun Saman No. 48/2000 yang difailkan oleh responden-responden terhadap perayu. Pihak perayu atau [2] peguamnya tidak hadir pada hari perbicaraan pada 05.06.2000 meskipun tarikh tersebut telah ditetapkan dengan persetujuan kedua belah pihak pada 23.05.2000.

2. Dalam saman mereka, responden-responden telah mengadu bahawa mereka telah bekerja dengan perayu sebagai 'electrician' (Juru elektrik) dengan gaji RM10.00 sejam seorang. Mereka telah bekerja dengan perayu selama 4 hingga 5 bulan mulai Disember 1999. Sepanjang perkhidmatan, responden-responden tidak pernah diberi sebarang surat perjanjian perkhidmatan oleh perayu untuk ditandatangani oleh mereka. Pada 05.04.2000 keempat-empat responden telah menerima surat notis berhenti kerja masing-masing iaitu selama 4 hari notis di mana pemberhentian mereka berkuatkuasa pada 09.04.2000. Surat itu berbunyi:

" Kepada: Abu Bakar bin Chik/Azman Abdul Rahim/Mohd Nasir Jambol Badri Mamat

Oleh kerana kerja-kerja telah berkurangan dan akan tamat, anda telah diberitahu berhenti kerja mulai 9hb April 2000. Terima kasih kerana berkhidmat dengan syarikat kita walaupun dalam jangka masa yang pendek."

[3]

3. Perbicaraan yang telah ditetapkan pada 05.06.2000 telah diteruskan tanpa kehadiran pihak perayu. Selepas keempat-empat responden memberi keterangan masing-masing, Pegawai Buruh Dungun dalam alasan penghakimannya di m.s. 10 rekod antara lain telah memutuskan seperti berikut:

"(1) Didapati bahawa pengadu-pengadu (responden-responden) adalah pekerja di bawah tarifan Akta Pekerjaan 1955. Kesemua pekerja bekerja sebagai "manual labour".

(2) Kesemua pengadu (responden-responden) adalah bekerja sebagai electrician iaitu dibayar gaji sebanyak RM10.00 sejam atau RM80.00 sehari.

(3) Didapati bahawa kesemua pengadu (responden-responden) telah bekerja dengan defendan (perayu) di antara 4 hingga 5 bulan. Kesemua 4 orang pengadu (responden-responden) bekerja tanpa diberi apa-apa surat perjanjian perkhidmatan.

Pegawai Buruh juga memutuskan bahawa pihak perayu telah gagal mematuhi:

(i) Peraturan 8 (1) Peraturan-peraturan Pekerjaan 1955 yang mensyaratkan bahawa setiap majikan hendaklah memberikan satu salinan surat perjanjian perkhidmatan pekerjanya; dan

(ii) Peruntukan seksyen 12 (2) Akta yang mewajibkan majikan memberi 4 minggu [4] notis berhenti kerja jika pekerja telah bekerja selama kurang dari 2 tahun pada tarikh notis itu diberikan.

4. Peguamcara yang terpelajar bagi pihak perayu telah berhujah bahawa responden-responden adalah pekerja-pekerja kasual sahaja dan bukan pekerja-pekerja yang terlibat dalam kerja-kerja kasar (engaged in manual labour) atau pun mereka telah melepaskan beban pembuktian untuk menunjukkan bahawa 50% masa kerja-kerja mereka adalah dalam kerja-kerja kasar. Oleh itu, responden-responden tidak berhak kepada bayaran 20 hari gaji ganti notis berhenti kerja di bawah Akta, dan memetik kes Mahkamah Tinggi Colgate Palmolive (M) Sdn Bhd v Cheong Foo Weng & 12 Ors (and Another Appeal)(2002)2 AMR 2107 untuk menyokong hujahnya.

5. Selepas meneliti rekod rayuan dan autoriti yang dikemukakan, saya bersetuju dengan keputusan Pegawai Buruh. Keterangan yang ada yang tidak dicabar oleh Perayu semasa perbicaraan (kerana pihaknya tidak menghadiri perbicaraan) sudah mencukupi dan memadai untuk memutuskan [5] bahawa responden-responden adalah pekerja-pekerja di bawah Akta dan kesemua mereka sebagai pekerja-pekerja yang terlibat dalam kerja-kerja kasar (engaged in manual labour).

6. Istilah 'pekerja' (employee) di bawah Akta adalah ditakritkan sebagai seseorang yang termasuk dalam mana-mana kategori dalam Jadual Pert

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top