MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA
PENDAKWA RAYA LWN. MOHD RAZIN RAZALI & SATU LAGI DAN LAIN-LAIN RAYUAN
[Rayuan Jenayah Nos: K-06A-12-08-2024 K-06A-13-08-2024 K-06A-14-10-2024 & K-06A-15-10-2024]
| Table of Content |
|---|
| 1. commencement and charges of smuggling. (Para 1 , 2) |
| 2. trial proceedings begin and prosecution stage. (Para 4 , 5) |
| 3. details of the incident and apprehension. (Para 18 , 19 , 20 , 21) |
| 4. respondents' objections to prosecution appeals. (Para 22 , 23 , 24) |
| 5. identity disclosure and witness protection issues. (Para 36 , 52) |
| 6. court's rulings on witness testimony. (Para 53) |
Mukadimah
[1] Pendakwaan terhadap kelima-lima responden bermula di Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah Darul Aman, terhadap pertuduhan-pertuduhan seperti yang berikut:
(A)Perbicaraan Jenayah No: KA-46SOM-3-12/2022
1. Mohd Razin bin Razali (R1)
2. Mohamad Faizal Bin Ahmad Zaki (R2)
Pertuduhan
"Bahawa kamu bersama-sama pada 24 Mei 2022 jam lebih kurang 9.30 malam di koordinat latitud 6 darjah 06.03 N, longitud 100 darjah 18.94 E dengan jarak lebih kurang 1.9 batu nautika dengan daratan di Kuala Kedah, di dalam daerah Kota Setar, di dalam Negeri Kedah, dalam mencapai niat bersama, sebagai pegawai awam dalam melaksanakan kewajipan awam kamu, telah melakukan penyeludupan terhadap 119 orang migran warganegara Myanmar sepertimana di Lampiran B. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan di bawah s 26B(d) Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670) dibaca bersama s 34 Kanun Keseksaan .
Hukuman:
Pemenjaraan seumur hidup atau dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun, dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat."
(B)Perbicaraan Jenayah No: KA-46SOM-4-12/2022
1. Anas Hafizin Bin Ahmad (R3)
2. Muhamad Aslam Bin Osman (R4)
3. Ibrahim Bin Dahamid (R5)
Pertuduhan
"Bahawa kamu bersama-sama pada 24 Mei 2022 jam lebih kurang 9.30malam di koordinat latitud 6 darjah 06.03 N, longitud 100 darjah 18.94 E dengan jarak lebih kurang 1.9 batu nautika dengan daratan di Kuala Kedah, di dalam daerah Kota Setar, di dalam Negeri Kedah, dalam mencapai niat bersama telah melakukan penyeludupan terhadap 119 orang migran warganegara Myanmar sepertimana di Lampiran B. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan di s 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670) dibaca bersama s 34 Kanun Keseksaan .
Hukuman:
Pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun, dan boleh juga dikenakan denda, atau kedua-duanya."
[2] Pada 17 Mei 2023, Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana telah memerintahkan kedua-dua pertuduhan (A+B) dibicarakan secara bersama di dalam satu perbicaraan selaras dengan peruntukan s 170 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593]:
(C) Perbicaraan Jenayah No: KA-46SOM-3-12/2022 &
(D) Perbicaraan Jenayah No: KA-46SOM-4-12/2022
1. Mohd Razin bin Razali (R1)
2. Mohamad Faizal Bin Ahmad Zaki (R2)
3. Anas Hafizin Bin Ahmad (R3)
4. Muhamad Aslam Bin Osman (R4)
5. Ibrahim Bin Dahamid (R5)
"Bahawa kamu bersama-sama pada 24 Mei 2022 jam lebih kurang 9.30 malam di koordinat latitud 6 darjah 06.03 N, longitud 100 darjah 18.94 E dengan jarak lebih kurang 1.9 batu nautika dengan daratan di Kuala Kedah, di dalam daerah Kota Setar, di dalam Negeri Kedah, dalam mencapai niat bersama, sebagai pegawai awam dalam melaksanakan kewajipan awam kamu, telah melakukan penyeludupan terhadap 119 orang migran warganegara Myanmar sepertimana di Lampiran B. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan di bawah s 26B(d) Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670) dibaca bersama s 34 Kanun Keseksaan .
Hukuman:
Pemenjaraan seumur hidup atau dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun, dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat."
[3] Pada 17 Mei 2023, Pesuruhjaya Kehakiman yang bijaksana telah memerintahkan kedua-dua pertuduhan (C&D) dibicarakan secara bersama di dalam satu perbicaraan selaras dengan peruntukan s 170 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].
[4] Prosiding perbicaraan bagi kedua-kedua kes jenayah tersebut telah mula berjalan pada 30 Oktober 2023.
Kronologi Kes
[5] Perbicaraan kes ini telah dimulakan pada 30 Oktober 2023 dan perbicaraan kes ini masih
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.