SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2025 MarsdenLR 700

MAHKAMAH SESYEN PETALING JAYA
HO THAM MOI & SATU LAGI LWN. TAY YU YAA
[Writ Saman No: BB-A53CY-3-04/2022]



Petitioner Advocates:Tan Jun Sheng ,Respondent Advocate: Goh Chiau Wee,Aw Shi Qin

The court ruled that the statements made by the defendant did not constitute defamation as they did not lower the plaintiffs' reputation, failing to meet the necessary legal criteria.

Headnote:(A) Defamation Act 1957 - Elements of defamation - The court examined whether the statements made by the defendant on social media were defamatory towards the plaintiffs, who are the parents-in-law of the defendant. The court found that the statements did not meet the criteria for defamation as they did not lower the plaintiffs' reputation in the eyes of right-thinking members of society. (Paras 56-75)

(B) Burden of proof - The burden lies on the plaintiff to prove that the statements were defamatory, referred to them, and were published to a third party. The court found that the plaintiffs failed to prove these elements. (Paras 60-64)

(C) Qualified privilege and justification - The defendant successfully established defenses of qualified privilege and justification, demonstrating that the statements were true or substantially true and made in a context of familial relationship. (Paras 97-100)

Facts of the case:
The plaintiffs, who are prominent Amway distributors, claimed that the defendant, their daughter-in-law, published defamatory statements on Facebook that harmed their reputation. The statements included personal grievances and were made during a family dispute. (Paras 1-5)

Findings of Court:
The court concluded that the statements did not constitute defamation as they were expressions of personal feelings and did not lower the plaintiffs' reputation. The plaintiffs failed to prove that the statements referred to them or were published to a third party. (Paras 74-76)

Issues: The main issues were whether the statements were defamatory, whether they referred to the plaintiffs, and whether they were published to a third party. (Paras 60-64)

Ratio Decidendi: The court ruled that the statements were not defamatory as they did not lower the plaintiffs' reputation in the eyes of society. The court emphasized the importance of context and the subjective nature of the statements made by the defendant. (Paras 74-75)

Result: Plaintiffs' claims dismissed with costs of RM20,000.00 awarded to the defendant.

PENGHAKIMAN

Sazlina Safie HMS:

Latar Belakang Kes

[1] Ini adalah rayuan oleh Perayu Plaintif-Plaintif HO THAM MOI dan LEE HONG KEOW melalui Notis Rayuan di lampiran 58 yang mana Perayu-Perayu/Plaintif-Plaintif yang dinamakan di atas tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen, Puan Sazlina Binti Safie selepas perbicaraan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya yang diberi pada 10 haribulan Januari, 2025 merayu ke Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap keseluruhan keputusan tersebut yang memutuskan bahawa tuntutan-tuntutan Plaintif-Plaintif dalam Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 29 Mac 2022 ditolak dengan kos sebanyak RM20,000.00.

Tuntutan Plaintif

[2] Plaintif Kedua merupakan isteri kepada Plaintif Pertama.

[3] Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua pada setiap masa yang material:

3.1. merupakan pemilik perniagaan Amway (Amway Business Owner), iaitu seorang pengedar produk-produk Amway yang disahkan oleh Amway;

3.2. memegang jawatan sebagai rakan kongsi dalam PNS Enterprise Perkongsian Berhad yang ditubuhkan oleh Plaintif-Plaintif untuk menjalankan perniagaan sebagai pengedar produk-produk Amway; dan

3.3. perniagaan Plaintif Pertama merangkumi negara seperti Malaysia, China, Taiwan, United Kingdom dan Australia.

3.4. merupakan seorang pemilik perniagaan Amway yang bereputasi dan terkenal; dan

3.5. telah dianugerahkan dan/atau berkelayakan dan/atau diiktiraf oleh Amway sebagai pengedar bertahap "Diamond", iaitu sebagai seorang pemilik perniagaan Amway yang mencapai salah satu prestasi jualan terbaik dalam Amway.

[4] Defendan merupakan:

4.1 menantu perempuan Plaintif-Plaintif; dan

4.2 isteri kepada anak sulung Plaintif-Plaintif iaitu seorang lelaki yang bernama Ho Yee Hong ("Yee Hong") pada 23 Mac 2012.

4.3 pada setiap masa yang material, Defendan adalah pemilik kepada akaun Facebook yang bernama ("akaun Facebook Defendan").

[5] Pada dan/atau sekitar 30 Januari 2022, Defendan telah melalui akaun Facebook Defendan menerbitkan dan/atau menyebabkan penerbitan satu pos Facebook awam dalam bahasa Cina ("Pos Facebook tersebut") pada garis masa Facebook (Facebook Timeline) Defendan dan suapan berita (News Feed) kawan-kawan Facebook Defendan seperti berikut:

[Terjemahan dalam Bahasa Melayu]

Petikan 'Puan Lee' telah menyedarkan saya tentang keperitan yang saya alami sekian lama ini... (fitnah pertama)

Dua orang tua kata tak tahu kenapa saya berasa tidak puas terhadap mereka, jadi saya pun mengingatkan kembali dua orang tua kalian sedikit demi sedikit (emoji) (fitnah kedua)

Berkeputusan untuk berkahwin pada tahun 2012, jadi mulai mencari rumah. Masa itu sudah pilih lot hujung 18x25, penjual tawarkan 250 ribu, tapi ditolak oleh dua orang tua ini. Akhirnya dua orang tua ini berpakat dengan anak lelaki mereka (suami saya), kata beli rumah yang suami saya mampu membayar ansuran (akhirnya membeli rumah tengah), hakikatnya dua orang tua ini tak nak masukkan nama saya ke dalam geran rumah ini. (fitnah ketiga) Dua orang tua ini juga suruh saya berhentikan permohonan pinjaman perumahan kepada bank, tapi tidak menyatakan sebab, hanya kata mereka ada ejen untuk menguruskannya. Tak tahu apalah ejen dewa itu, pinjaman hanya meluluskan harga rumah tetapi tidak termasuk 4k+ punya MxTx, akhirnya 4k+ ini saya kena bayar dengan duit saya sendiri. (fitnah keempat)

Di sini saya ingin ingatkan dua orang tua ini, jangan ingat sudah bayar fi guaman SPA saja sudah boleh bercakap kuat kepada sedunia bahawa rumah itu kamu yang belikan, dan mahukan kami bersyukur kepada kalian. Minta dua orang tua kalian berfikir sebelum komen, rumah itu kalian keluarkan duit untuk belikan untuk suami saya, saya tidak ada kongsi, tapi akhirnya orang yang bayar fi pemprosesan itu saya. (fitnah kelima)

Malah bayaran terkemudian pun dua orang tua mengakui tidak pernah membayar belanja ini kepada bank, tapi sebaliknya mengejek saya kenapa tidak minta dengan mereka. Ya tuhan... kamu ingat kalian ini orang baik-baik kah? (fitnah keenam) (resit bayaran sudah hilang, sebab rumah dipecah masuk pada


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top