2011 MarsdenLR 5020
ROSLAN MAT NOR
LAFARGE ROOFING TILES SDN BHD – Appellant
Versus
CHAN CHEE LIM DAN YANG LAIN – Respondent
The court affirmed that termination for redundancy must be supported by concrete evidence and that fair procedural steps must be taken in compliance with the Code of Conduct for Industrial Harmony, underscoring employers' obligations.
Headnote:(A) Industrial Relations Act - Code of Conduct for Industrial Harmony - Termination of employment - Employees claimed they were unfairly terminated due to redundancy after the sale of the Pavers Division - Court emphasized the necessity for consultation before termination and the importance of proving redundancy - Court found employer acted reasonably, citing that the claimants' positions were genuinely redundant. (Paras 20-21)
(B) Redundancy - The burden of proof lies with the employer to demonstrate actual redundancy - Merely reorganizing without concrete proof is insufficient. (Paras 16-17)
(C) Last In First Out Principle - Not adhered to as positions were deemed genuinely redundant, and employer was not obliged to retain employees without suitable roles available. (Paras 19-20)
Facts of the case:
Claimants were terminated following the sale of the Pavers Division, claiming positions were not redundant, with evidence suggesting their roles ceased. Claimants argued for potential positions within the buying company.
Findings of Court:
Termination of employees deemed fair as the business operation persisted minimally, validating redundancy claims.
Issues: The fairness of termination based on redundancy claims and adherence to consultation procedures prior to layoffs.
Ratio Decidendi: The court established that evidence of redundancy was sufficient and highlighted the importance of procedural fairness in layoffs while determining business continuity.
Result: Claims by employees dismissed.
| Table of Content |
|---|
| 1. background and facts of the case. (Para 1 , 3 , 4 , 5 , 6) |
| 2. arguments and testimonies from parties. (Para 2 , 7 , 8 , 9 , 10 , 11 , 12 , 14 , 15 , 19 , 20) |
| 3. court's analysis and conclusion. (Para 16 , 17 , 18 , 21) |
Latar Belakang Kes
1. Kes ini telah mula dibicarakan di Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur pada 03.10.2006 oleh Pengerusi yang telah bertukar dari Mahkamah Perusahaan. Seramai seorang saksi Pihak Responden dan tiga orang saksi Pihak Menuntut telah pun memberikan keterangan. Saya telah meneruskan perbicaran kes ini dengan mendengar pemeriksaan balas saksi ketiga Pihak Menuntut pada 17.04.2009 dan keterangan saksi keempat. Perbicaraan berakhir pada 24.02.2010. Ini bermakna sebahagian besar keterangan saksi-saksi dalam kes ini telah didengar oleh Pengerusi yang telah membicarakan kes ini sebelum ini.
2. Oleh itu, semasa penyediaan award ini saya harus berhati-hati dalam membaca secara terperinci keterangan-keterangan yang diberikan sebelum ini, di samping meneliti eksibit-eksibit yang dikemukakan bersama-sama dengan hujahan kedua-dua belah pihak. Saya tidak berkesempatan atau mempunyai peluang untuk melihat tingkah laku saksi-saksi semasa memberikan keterangan melainkan CLW3 dan CLW4. Adalah mustahak untuk Mahkamah memastikan keterangan yang diberikan saksi-saksi sebelum ini dilihat dengan lebih berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kesilapan semasa menganalisa keterangan saksi-saksi tersebut. Ia juga bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan kepada pihak-pihak yang sepatutnya. Ini bersesuaian dengan maksud adil itu sendiri yang telah dinyatakan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat seperti berikut:
"adil 1. menyebelahi pihak yang benar (bkn sesuatu, seseorang, tindakan, undang-undang, keputusan dsb). 2. meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul (bkn sesuatu, seseorang, tindakan, undang-undang, keputusan dsb)."
Bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan oleh Mahkamah, ia adalah bergantung kepada kerjasama daripada peguam Pihak Menuntut dan peguam Pihak Responden. Ini terutamanya dalam memastikan perbicaraan dapat dijalankan pada tarikh yang ditetapkan. Di samping itu, pihak-pihak juga seharusnya memfailkan penghujahan mereka dalam tempoh yang ditetapkan oleh Mahkamah. Dalam erti kata lain, keadilan dapat ditegakkan dengan kerjasama semua pihak yang terlibat dalam perbicaraan ini. Ia termasuk juga Mahkamah dalam memastikan perbicaraan tidak ditangguhkan atau dipanjangkan tanpa alasan yang munasabah. Ini semua perlu dilakukan bagi memastikan kes yang difailkan di Mahkamah Perusahaan dapat diselesaikan dalam tempoh yang munasabah serta tidak menyebabkan Pihak Menuntut dan Pihak Responden menunggu begitu lama untuk mendapatkan keputusan untuk rujukan yang dikemukakan ke Mahkamah Perusahaan.
Fakta Kes
3. Di dalam kes ini terdapat tiga orang Pihak Menuntut yang selepas ini disebut Pihak Menuntut Pertama, Pihak Menuntut Kedua dan Pihak Menuntut Ketiga. Pihak Menuntut Pertama, Chan Chee Lim telah dilantik bekerja di syarikat mulai 12.11.1985 ke jawatan Sales Engineer of the Pavers Division. Jawatan akhir beliau di syarikat adalah General Manager Marketing of the Pavers Division. Tugas beliau adalah untuk bertanggungjawab bagi melihat dan menguruskan pengeluaran dan jualan pasaran operasi batu bata konkrit (pavers). Gaji akhir Pihak Menuntut Pertama ialah RM15,332.00 sebulan.
4. Pihak Menuntut Kedua pula Fong Yow Wah telah mula bekerja di syarikat pada 16.05.1990 sebagai Sales Coordinator. Tugas beliau ialah untuk menyelaraskan pemasangan percantuman batu-batu konkrit (installation of interlocking of concrete paving). Gaji akhir Pihak Menuntut Kedua ialah RM3,274.00 sebulan. Sementara itu Pihak Menuntut Ketiga, Yew Lam Hua mula bekerja di syarikat pada 02.10.1995. Beliau bertugas di penyelaras tapak dan berfungsi untuk menyelaras pemasangan batu-batu konkrit. Gaji akhir Pihak Menuntut ialah RM3,061.00 sebulan.
5. Di dalam pernyataan fakta yang dipersetujui di Lampiran 17 yang melibatkan Pihak Menuntut Ke