2011 MarsdenLR 1615
MAHKAMAH RENDAH SYARIAH GOMBAK TIMUR
AZLINDA MOHD YATIM LWN. SYAMSUL ARIFFIN ABDULLAH
[Saman No: 10007-042-0680 Of 2009]
Pernikahan tanpa wali yang sah adalah tidak diiktiraf dan dianggap fasid mengikut Hukum Syarak dan undang-undang, mengharuskan farakh nikah.
Headnote:(A) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 - Seksyen 7(1) dan Seksyen 40(2) - Permohonan farakh nikah - Wali hakim - Mahkamah memutuskan bahawa pernikahan plaintif adalah batil kerana tiada izin wali yang sah; plaintif tidak mengetahui identiti bapa kandung dan tidak memohon kebenaran wali hakim terlebih dahulu - Wali untuk plaintif diiktiraf sebagai wali hakim menurut Hukum Syarak - Pernikahan diadakan tanpa wali yang sah adalah tidak diiktiraf dan boleh disabitkan sebagai pernikahan fasid. (Paras 1, 3, 9 dan 12)
(B) Kuasa wali - Di dalam Hukum Syarak, wali adalah individu yang diberi hak untuk melaksanakan pernikahan - Tiada pernikahan yang sah tanpa kehadiran wali dan saksi yang adil. (Paras 4, 10)
(C) Hukuman - Seksyen 40(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam memperuntukkan hukuman bagi kesalahan pernikahan tanpa mengikuti peruntukan undang-undang. (Paras 11)
| Table of Content |
|---|
| 1. procedure for marriage in absence of defendant. (Para 1 , 1 , 2) |
| 2. definition and requirements of wali in marriage. (Para 3 , 4 , 5 , 6) |
| 3. validity of marriage without proper wali. (Para 7 , 8) |
[1] Kes ini telah dibicarakan sebelah pihak kerana pihak defendan tidak dapat dikesan dan saman diserahkan melalui penyampaian ganti iklan. Mengikut s 121(1)Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 menyatakan; jika, apabila mana-mana tindakan dipanggil untuk pendengaran:
(b) defendan tidak hadir, Mahkamah boleh, tertakluk kepada bukti penyampaian wajar mendengar dan memutuskan tindakan itu tanpa kehadirannya;
[2] Berdasarkan tuntutan yang dibuat oleh pihak plaintif terdapat dua isu yang perlu diputuskan oleh mahkamah ini iaitu:
(a) siapakah sebenarnya yang berhak menjadi wali bagi pihak plaintif; dan
(b) adakah jurunikah yang menikahkan pasangan ini mempunyai kuasa pewalian sebagai wali hakim atau wali Raja yang telah dilantik oleh Sultan.
[3] Bagi menjawab isu pertama iaitu siapakah sebenarnya yang berhak menjadi wali bagi pihak plaintif? Semasa pernikahan plaintif seorang anak angkat dan tidak mengetahui siapakah bapa sebenar yang boleh menjadi wali pernikahan. Oleh kerana plaintif tidak mengenali siapakah bapa kandungnya yang sebenar maka wali bagi plaintif ialah wali hakim yang diiktiraf oleh Hukum Syarak dan undang-undang. Di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 memperuntukkan setiap akad nikah hendaklah mendapat keizinan wali perempuan terlebih dahulu.
Seksyen 7(1) Sesuatu perkahwinan di Negeri Selangor hendaklah mengikut peruntukan Enakmen ini dan hendaklah diakadnikahkan mengikut Hukum Syarak oleh:
(a) wali di hadapan Pendaftar;
(b) wakil wali di hadapan dan dengan kebenaran Pendaftar atau
(c) sebagai wakil wali.
Seksyen 7(2) Jika sesuatu perkahwinan itu melibatkan seorang perempuan yang tiada mempunyai wali dari nasab, mengikut Hukum Syarak, perkahwinan itu hendaklah diakadnikahkan hanya oleh wali Raja.
[4] Siapakah wali? Di dalam Kamus Istilah Undang-undang Keluarga Islam yang ditulis oleh Dr Zaleha Kamaruddin dan Raihanah Abdullah menjelaskan wali menurut Hukum Syarak bererti orang yang diberi hak wilayah. Wilayah dari segi bahasa bererti kasih sayang dan pertolongan dari Allah SWT. Dari segi Hukum Syarak pula ialah perlaksanaan kata-kata perintah, persetujuan dan seumpamanya ke atas diri orang lain demi menjaga hal ehwalnya. Dalam hal akad perkahwinan wali yang dimaksudkan ialah ke atas wanita di dalam sesuatu aqad perkahwinan, sama ada wali mujbir atau wali bukan mujbir atau Sultan (qadhi) bagi orang yang tidak berwali. Kewajipan wali di dalam akad pernikahan adalah wajib menurut Hukum Syarak. Dalilnya, firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah (2): 232:
Maksudnya: apabila kamu mentalakkan isteri-isterimu, lalu habis eddahnya maka janganlah kamu (para wali) menghalangi mereka berkahwin semula dengan (bekas) suami mereka, apabila mereka (lelaki dan perempuan itu) bersetuju sama sendiri dengan cara yang baik (yang dibenarkan oleh syarak).
[5] Susunan wali mengikut Hukum Syarak seperti berikut:
(a) bapa
(b) ayah kepada bapa (datuk)
(c) adik beradik lelaki seibu sebapa
(d) adik beradik lelaki sebapa
(e) anak saudara (anak kepada adik beradik lelaki seibu sebapa)
(f) anak saudara (anak kepada adik beradik lelaki sebapa)
(g) bapa saudara seibu sebapa (adik beradik lelaki kepada bapa yang seibu sebapa)
(h) bapa saudara sebapa (adik beradik lelaki kepada bapa yang sebapa)
(i) sepupu (anak lelaki kepada bapa saudara yang seibu sebapa)
(j) sepupu (anak lelaki kepada bapa saudara yang sebapa)
[6] Jika kesemua wali di atas tidak ada, walinya adalah wali Sultan sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sultan (pemerintah) menjadi wali bagi sesiapa yang tidak ada wali.
[7] Berdasarkan keterangan plaintif, saksi-saksi plaintif serta hujah yang dikemukakan, plaintif tidak memohon kebenaran bernikah secara wali hakim terlebih dahulu sebelum melangsungkan pernikahan dengan defendan sedangkan pla