SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2011 MarsdenLR 2420

ROSLAN MAT NOR
JAYASEAYRAN VAGRAVELOO – Appellant
Versus
M S TIME EQUIPMENT RENTAL SDN BHD – Respondent



Dismissal without just cause requires an opportunity for the employee to be heard. Failure to provide such an opportunity undermines procedural fairness in employment relationships.

Headnote:(A) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 - Penyelesaian bagi kes pembuangan kerja - Mahkamah memutuskan bahawa pembuangan kerja pihak menuntut adalah tidak adil dan tanpa sebab yang munasabah, tidak mematuhi hak untuk didengar dan tidak memberikan peluang untuk memberikan penjelasan sepadan. (Paras 10, 21, 22)

(B) Tanggungjawab majikan untuk membuktikan adanya salah laku - Tindakan tanpa surat tunjuk sebab sebelum pembuangan berlaku adalah satu pelanggaran prinsip keadilan asasi. (Paras 18, 20)

(C) Kelayakan untuk bayaran gaji ke belakang dan pampasan - Mahkamah berpendapat remedi dalam kes ini adalah RM25,200.00. (Paras 23)

Facts of the case:
Pihak menuntut, yang bekerja sebagai operator kren, ditamatkan perkhidmatan tanpa memberikan peluang untuk memberikan penjelasan berkenaan insiden dan salah laku yang dituduh sebelum pembuangan. (Paras 2, 10)

Findings of Court:
Mahkamah mendapati bahawa pembuangan kerja adalah tidak adil serta tidak beralasan, tanpa justifikasi berdasarkan keterangan dan dokumentasi yang ada. (Paras 21, 22)

Issues: Adakah terdapat salah laku yang membenarkan pembuangan kerja dan adakah prosedur yang adil diikuti oleh majikan semasa pembuangan tersebut? (Paras 10, 11)

Ratio Decidendi: Tindakan pihak majikan membuang kerja tanpa memberi peluang kepada pihak menuntut untuk memberi penjelasan adalah tidak adil; pihak majikan bertanggungjawab untuk membuktikan ada salah laku yang cukup untuk pembuangan kerja. (Paras 21, 18)

Result: Mahkamah memutuskan pihak menuntut berhak menerima RM25,200.00 dalam bentuk pampasan. (Paras 22, 23)

Table of Content
1. background of employment and dismissal (Para 1 , 2)
2. testimonies regarding misconduct (Para 3 , 4 , 5 , 6)
3. arguments regarding the claimant's actions and employer's responses. (Para 7)
4. claimant's defense against misconduct (Para 8 , 9 , 12)
5. court's duty in evaluating dismissal (Para 10 , 11)
6. analysis of misconduct and fairness in termination. (Para 13 , 15)
7. assessment of fairness in dismissal (Para 14 , 16)
8. importance of providing the employee a chance to explain. (Para 18 , 19)
9. determination of remedies and compensation (Para 20 , 21)
10. conclusion and awarded compensation. (Para 22 , 23 , 24)
AWARD

1. Kes ini telah pertama kalinya didengar oleh Pengerusi yang telah bertukar dari Mahkamah ini pada 28.10.2008 dengan COW1 memberikan keterangan pada peringkat pemeriksaan balas. Pada 19.02.2009, kes ini telah dikendalikan pula Pengerusi yang mengambil alih jawatan dari Pengerusi yang lalu dengan mendengar sambungan pemeriksaan balas COW1 serta keterangan COW2, COW3 dan COW4. Saya mengambil alih kes ini pada peringkat keterangan COW5 dan keterangan Pihak Menuntut. Ini bermakna saya hanya berkesempatan untuk melihat saksi COW5 dan CLW1 memberikan keterangan di Mahkamah. Bagi COW1, COW2, COW3 dan COW4, hanya catatan dalam nota keterangan oleh Pengerusi-Pengerusi yang lalu dapat dirujuk oleh Mahkamah dalam menurunkan award.

Fakta Kes

2. Pihak Menuntut telah dilantik sebagai Operator Kren mulai 26.03.2004 dengan gaji RM1,800.00 sebulan. Ia dapat dilihat melalui surat pelantikan di dalam COB1 halaman 1. Pada 27.01.2006, Pihak Responden telah mengeluarkan surat penamatan kerja dan memberikan alasan bahawa Pihak Menuntut telah enggan mematuhi arahan yang diberikan kepadanya pada 26.01.2006 untuk menyerahkan kunci kren di bawah pengendalian Pihak Menuntut. Di samping itu, beliau juga telah gagal untuk melaporkan diri di pejabat syarikat pada 27.01.2006 untuk menerima arahan berpindah tempat kerja. Pihak Responden juga menyatakan bahawa Pihak Menuntut juga telah diberikan beberapa surat peringatan dan amaran namun Pihak Menuntut masih mengulangi salah laku. Surat penamatan kontrak perkhidmatan ini dapat dilihat di halaman 15 COB seperti berikut:

Kes Pihak Responden

3. COW1 di dalam keterangannya menyatakan bahawa Pihak Responden telah memberikan beberapa surat amaran kepada Pihak Menuntut. Ia dapat dilihat di halaman 9 COB dan telah diserahkan surat peringatan bertarikh 17.09.2005 seperti di halaman 11 COB. Namun demikian, COW1 mengesahkan bahawa tiada bukti penerimaan di dalam surat peringatan tersebut. COW1 juga mengesahkan bahawa surat penamatan perkhidmatan juga telah diserahkan kepada Pihak Menuntut.

COW1 telah diminta memberi penjelasan semasa pemeriksaan balas berkenaan dengan soalan 7 yang dinyatakan di dalam pernyataan saksinya di COWS-1 seperti berikut:

"Q7: In the issue of the Claimant being a man that able to inflict serious damages to property and human lives and to orchestrate an act of sabotage. Was there any other proof to support your contention?

Yes, kindly refers to Companys annexure at page 18 and 19. Police report made by our En. Zain (Operation Manager) and En. Mohd Effandie Ahmad (Managing Director) on claimants attempted assault to them. Personnels from the Company after the dismissal was being physically threatened and intimidated by the claimant and these police reports are as proof to what the claimant is able to do even after his termination."

COW1 menyatakan seperti berikut:

"Q: Please refer Question 4 of CLWS-1. Can you show proof to the Court that the Claimant inflicted serious dangers to human lives?

(Wakil Yang Menuntut rephrase question)

Can you explain to the Court what do you mean to orchestrate an act of sabotage?

A: An act of sabotage means capability of damaging of Companys crane. Based on the events prior to his termination?

Q: I put it to you that the word "to orchestrate an act of sabotage" is only your assumption?

A: I disagree.

Q: Can you tell the Court at any one

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top