SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2011 MarsdenLR 4691

MAHKAMAH SESYEN TAIPING
DAVID SINGARAYAN EDWARD JAMES LWN. MOHAMED ZABI MAAN & SATU LAGI; MOGANATHAN MANEAM & ANOR
[Saman No: 53-246-2007]



The court found the bus driver liable for damages due to negligence, attributing 100% fault for the road accident and awarding substantial compensation for injuries sustained by the plaintiff.

Headnote:(A) Akta Pengangkutan Jalan - Seksyen 41(1) dan 43(1) - Kemalangan jalan raya - Liabiliti pemandu bas dalam kemalangan dengan motorlori - Mahkamah mendapati pemandu tidak mengambil langkah berhati-hati dan akibatnya menyebabkan kecederaan kepada penumpang motorlori - Gantirugi am sebanyak RM70,000.00 dan gantirugi khas RM150,000.00 diizinkan kepada plaintif. (Paras 16, 17, 20, 25)

(B) Kesalahan dan Kecuaian - Mahkamah memutuskan pemandu bas bertanggungjawab 100% atas kemalangan tersebut demi ketidak berhati-hatian di jalan raya. (Paras 18, 19)

(C) Kuantum Gantirugi - Pembayaran bagi kehilangan pendapatan dan kos prosthesis yang dibenarkan berdasarkan bukti yang ada. (Paras 20, 23, 24)

Table of Content
1. plaintiff awarded damages and defendants appealed the decision. (Para 1 , 2)
2. accident details and participant roles outlined. (Para 3 , 4 , 5)
3. witness accounts detailing accident circumstances. (Para 6 , 8 , 10 , 12 , 13 , 14)
4. witness testimonies detail accident circumstances. (Para 15)
5. court's reasoning on driver's negligence. (Para 16 , 17 , 18)
6. court establishes quantum of damages. (Para 19)
7. plaintiff's loss of earnings and compensation factors. (Para 20 , 21 , 22 , 23)

[1] Dalam kes ini plaintif selaku penumpang dalam motorlori No NBG 998 telah menuntut gantirugi am dan khas dari defendan-defendan atas kecederaan yang beliau alami akibat kemalangan jalanraya melibatkan motorlori yang dinaiki plaintif dengan motorbas pihak defendan No PGR 6966. Setelah mendengar keterangan kesemua pihak, mahkamah ini membuat keputusan membenarkan tuntutan plaintif dengan kos dan menolak tuntutan defendan terhadap pihak ketiga dengan kos. Tertakluk kepada keputusan liabiliti, mahkamah membenarkan gantirugi am sebanyak RM70,000.00 dan gantirugi khas RM418,000.00 dengan kos dan faedah 8% setahun atas gantirugi am dari tarikh pemfailan saman ke tarikh penghakiman dan 4% setahun atas gantirugi khas dari tarikh kemalangan ke tarikh penghakiman, dan selepas itu 8% setahun atas jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman ke tarikh penyelesaian penuh.

[2] Pihak defendan tidak berpuashati dengan keputusan mahkamah di atas kini merayu terhadap keputusan mahkamah atas kedua-dua liabiliti dan kuantum, manakala pihak ketiga pula merayu terhadap kuantum sahaja jika keputusan mahkamah atas liabiliti di atas diketepikan oleh Mahkamah Tinggi dalam rayuan nanti.

Fakta Yang Tidak Dipertikaikan

[3] Pada 13 Januari 2007 jam lebih kurang 6.30 pagi satu kemalangan jalan raya berlaku di KM 214 Lebuh Raya Utara-Selatan antara motorlori No NBG 998 dan motorbas No PGR 6966.

[4] Plaintif adalah pemandu bersama (co-driver) kepada motorlori No NBG 998 dan beliau berada di dalam motorlori No NBG 998 sebagai penumpang pada masa kemalangan berlaku. Defendan pertama adalah pemandu motorbas No PGR 6966 manakala defendan kedua adalah pemilik berdaftar motorbas yang sama. Pihak defendan telah membawa masuk pemandu motorlori No NBG 998 pada masa kejadian sebagai pihak ketiga pertama dan pemilik berdaftar motorlori yang sama sebagai pihak ketiga kedua.

[5] Kedua-dua kenderaan sedang menghala ke arah yang sama iaitu ke arah utara Lebuhraya Utara-Selatan pada masa material.

Keterangan Pegawai Penyiasat Inspektor I/16143 Pugalendhi A/L Thulukanun

[6] Saksi ini sampai tempat kejadian pada 7.00 pagi.

[7] Semasa sampai, kedudukan kedua-dua kenderaan adalah seperti dalam rajah kasar exh P1.

[8] Merujuk kepada rajah kasar, saksi ini berkata kesan "E" di belakang motorbas adalah kesan brek, kesan "F" di belakang motorbas adalah kesan calar, dan kesan "D" adalah kesan serpihan atas jalan. Pegawai ini juga menjelaskan bahawa badan motorbas defendan telah merempuh masuk ke bahagian ekor motorlori.

[9] Menurut saksi ini kemalangan berlaku di lorong "A1-A2".

[10] Hasil siasatan didapati motorbas yang datang dari belakang motorlori telah hilang kawalan dan melanggar motorlori dari belakang. Ketika kemalangan motorlori masih dalam keadaan bergerak dan bukannya dalam keadaan berhenti. Saksi ini berkata kepala motorlori adalah jenis yang boleh diasingkan, dan kedudukan kepala motorlori yang menyerong ke kanan seperti kelihatan dalam rajah kasar adalah akibat perlanggaran. Saksi tidak setuju motorlori dalam keadaan berhenti menyebabkan kepala motorlori menyerong ke kanan selepas impact perlanggaran.

[11] Pemandu bas iaitu defendan pertama telah dituduh di bawah s 41(1) Akta Pengangkutan Jalan .

Keterangan Plaintif

[12] Pada tarikh kejadian plaintif duduk di dalam motorlori No NBG 998 yang dipandu oleh pihak ketiga pertama. Menurut plaintif beliau tidak tahu bagaimana kemalangan berlaku kerana pada masa kejadian beliau sedang tidur.

[13] Menurut keterangan pihak ketiga pertama Mogana

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top