SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2011 MarsdenLR 3783

ZALEHA ZAHARI, SULAIMAN DAUD, BALIA YUSOF WAHI
PP – Appellant
Versus
SUI HMONG LIAN – Respondent



Sentencing for serious offenses must reflect the gravity of the crime, ensuring deterrence and public safety, despite mitigating factors such as guilty pleas.

Headnote:(A) Penal Code - Section 302 - Section 304(a) - Respondent faced charges of murder under Section 302 but pleaded guilty to lesser charges under Section 304(a). The respondent admitted the case facts and was initially sentenced to 15 years for each count. The appeal focused on the severity of the sentence and whether the terms should run consecutively or concurrently. The court acknowledged the heinous nature of the crimes committed with premeditated intent and recognized that mitigating circumstances did not warrant a light sentence. (Paras 1-19)

(B) Sentencing principles - The court emphasized the need for deterrence given the serious nature of the offense and public interest, indicating that leniency in sentencing was not appropriate regardless of the respondent's guilty plea. Victims were attacked when incapacitated, and prior provocation did not justify the extreme response. (Paras 13-17)

(C) Concurrent versus consecutive sentences - The court held that, considering the circumstances of the case, the imposition of concurrent sentences was appropriate under the principles of joint criminality as codified. The appeal was partially allowed, and the sentences were increased to 20 years each, running concurrently. (Paras 18-19)

Table of Content
1. charges against respondent under s. 304(a) (Para 1)
2. accused faced charges under s. 304(a) penal code. (Para 2)
3. prosecution's appeal on sentence severity (Para 3 , 13 , 14)
4. factual background of the incident (Para 4 , 5 , 6 , 7 , 8 , 9 , 10 , 11)
5. court's reasoning on sentence importance (Para 12 , 15 , 16 , 17 , 18)

PENGHAKIMAN

Zaleha Zahari HMR:

(1) Responden di dalam kes pada mulanya telah dihadapkan dengan tiga pertuduhan membunuh di bawah s. 302 Kanun Keseksaan terhadap orang yang dinamakan dalam pertuduhan. Pada 30 Oktober 2009 Pendakwa Raya telah mengemukakan tiga tuduhan pilihan terhadap responden di bawah s. 304(a) Kanun Keseksaan seperti berikut:

Pilihan Pertama

Bahawa kamu pada 30.5.2008 jam lebih kurang 5.30 petang hingga 1.6.2008 jam lebih kurang 2.45 petang, di dalam sebuah rumah kongsi Kampung Bukit Ulu Jelebu, Kuala Klawang, di dalam daerah Jelebu, di dalam Negeri Sembilan Darul Khusus, telah mematikan orang yang tidak tergolong kepada kesalahan membunuh ke atas ZAM RHE. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah s. 304(a) Kanun Keseksaan .

Pilihan Kedua

Bahawa kamu pada 30.5.2008 jam lebih kurang 5.30 petang hingga 1.6.2008 jam lebih kurang 2.45 petang, di dalam sebuah rumah kongsi Kampung Bukit Ulu Jelebu, Kuala Klawang, di dalam daerah Jelebu, di dalam Negeri Sembilan Darul Khusus, telah mematikan orang yang tidak tergolong kepada kesalahan membunuh ke atas VAN KAM. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah s. 304(a) Kanun Keseksaan .

Pilihan Ketiga

Bahawa kamu pada 30.5.2008 jam lebih kurang 5.30 petang hingga 1.6.2008 jam lebih kurang 2.45 petang, di dalam sebuah rumah kongsi Kampung Bukit Ulu Jelebu, Kuala Klawang, di dalam daerah Jelebu, di dalam Negeri Sembilan Darul Khusus, telah mematikan orang yang tidak tergolong kepada kesalahan membunuh ke atas BU LIAN. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah s. 304(a) Kanun Keseksaan .

(2) Responden telah mengaku salah terhadap ketiga-tiga pertuduhan pilihan yang telah dikemukakan. Kemudiannya, responden telah juga mengakui fakta kes yang telah dibentangkan oleh pihak pendakwaan. Hakim Mahkamah Tinggi Seremban pada 25 November 2009, mendapati responden bersalah di bawah tiga pertuduhan pilihan yang telah dikemukakan. Setelah disabitkan dan setelah mendengar hujahan mitigasi dan hujahan balas Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun bagi setiap pertuduhan pilihan dan hukuman penjara yang dijatuhkan bagi ketiga-tiga kesalahan hendaklah berjalan serentak dari tarikh tangkap.

(3) TPR merayu terhadap hukuman yang telah dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Seremban terhadap responden.

Fakta Kes

(4) Pada 29 Mei 2008 jam lebih kurang 4.30 petang Zam Rhe ("si mati 1"), Van Kam ("si mati 2"), Bu Lian ("si mati 3") dan Sui Hmong Lian (iaitu responden) sedang berehat di sebuah rumah kongsi di Kampung Bukit Ulu Jelebu, Kuala Klawang selepas selesai bekerja di ladang. Si mati 1, si mati 2 dan si mati 3 telah mengarahkan responden dengan nada yang kasar untuk masak untuk mereka. Setelah responden menyediakan makanan, simati 2 marah responden kerana telur yang digoreng olehnya masin. Berlaku pertengkaran antara responden dan si mati 2 yang dapat dileraikan oleh si mati 1 dan si mati 3.

(5) Pada keesokan harinya, 30 Mei 2008, jam 3.30 petang, ketiga-tiga si mati dan responden telah menerima wang perbelanjaan dari Pengurus Ladang, Encik Zulkifli Lubis bin Alimuddin.

(6) Seterusnya pada jam 4.30 petang, si mati 1, si mati 2 dan si mati 3 telah pergi ke pekan untuk membeli minuman keras. Tiga puluh (30) minit kemudian ketiga-tiga si mati balik ke rumah kongsi dengan beberapa botol minuman keras dan telah minum minuman keras tersebut sehingga mabuk. Ketiga-tiga simati dalam keadaan mabuk telah bertindak agresif ke atas responden, memukul dan menolak-nolak serta mengejek-ejek responden tentang masakannya yang tidak sedap. Timbullah perasaan marah responden terh

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top