SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2012 MarsdenLR 114

MAHKAMAH TINGGI SYARIAH KUALA LUMPUR
PENDAKWA SYARIE LWN. ZULKIFLI OTHMAN
[Criminal Case No 14100-143-0017-2007]



The court affirmed that a charge of khalwat is valid if it meets statutory requirements, with evidence proving both actus reus and mens rea in the context of Islamic criminal law.

Headnote:(A) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 - Seksyen 27(a) - Pertuduhan berkhalwat - Tertuduh dituduh berada dengan seorang wanita di hotel dalam keadaan mencurigakan - Mahkamah mendapati pertuduhan mematuhi peruntukan undang-undang yang ditetapkan - Elemen prima facie untuk mensabitkan tertuduh telah dibuktikan oleh pendakwa syarie - OKT telah disabitkan dengan kesalahan berkhalwat. (Paras 1-4, 19-25)

Facts of the case:
Tertuduh dituduh melakukan kesalahan berkhalwat pada 4 Ogos 2007 di Hotel Concorde dengan seorang wanita yang bukan isterinya. Tangkapan dilakukan berdasarkan laporan khalwat dan hasil pemeriksaan penguat kuasa agama. (Paras 1, 11-14)

Findings of Court:
Mahkamah berpuas hati bahawa pendakwa syarie telah membuktikan elemen-elemen kesalahan berkhalwat; keadaan mencurigakan wujud dan tiada hubungan mahram antara tertuduh dan wanita tersebut. (Paras 19-22)

Issues: Keberkesanan pertuduhan berkhalwat, prosedur tangkapan, dan pembuktian elemen actus reus dan mens rea. (Paras 25-34)

Ratio Decidendi: Penguasa boleh menjalankan operasi berdasarkan laporan jika terkait melakukan maksiat, dan standard pembuktian untuk ta'zir adalah melepasi sebarang keraguan munasabah. (Paras 24, 34)

Result: Tertuduh dikehendaki mengemukakan pembelaan.

Table of Content
1. charges of khalwat under syariah law. (Para 1 , 2)
2. procedural requirements for valid charges. (Para 3 , 4 , 5)
3. jurisdiction and elements of the offense. (Para 7 , 9 , 20)
4. requirements of trial procedure. (Para 10 , 11)
5. standards of proof and elements for conviction. (Para 19 , 21 , 24 , 34)
6. arguments challenging the prosecution's case. (Para 26 , 29)

[1] Dalam kes ini Zulkifli bin Othman K/P: 611019-01-5425 telah dituduh melakukan kesalahan berkhalwat dengan pasangannya Nurjuliati bt Juhar K/P: 801221-03-5080 pada 4 Ogos 2007 di dalam bilik No 401, Hotel Concorde, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur di bawah s 27(a)Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

[2] Pertuduhan yang dipertuduhkan adalah seperti berikut:

Bahawa kamu pada 4 Ogos 2007 lebih kurang jam 3.00 pagi, di dalam bilik No 401, Hotel Concorde, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur di dalam Wilayah Persekutuan telah didapati berada bersama dengan seorang perempuan iaitu Nurjuliati binti Juhar No K/P: 801221-03-5080 dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral yang mana bukan isteri atau mahram bagi kamu. Dengan itu, kamu dituduh melakukan suatu kesalahan di bawah s 27 (a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama.

[3] Mahkamah ini berpuas hati bahawa pertuduhan ini adalah bertepatan dengan peruntukan s 78(1) dan (2)Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, Akta 560 mengenai darihal pertuduhan iaitu:

78(1) Tiap-tiap pertuduhan di bawah Akta ini hendaklah menyatakan kesalahan yang atasnya tertuduh dipertuduhkan.

78(2) Jika undang-undang yang mewujudkan kesalahan itu memberinya apa-apa nama tertentu, kesalahan itu boleh diperihalkan dalam pertuduhan itu dengan nama itu sahaja.

[4] Seksyen 79 Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, Akta 560 pula menyebut:

79 Pertuduhan itu hendaklah mengandungi apa-apa butir tentang waktu dan tempat kesalahan yang dikatakan itu dan orang, jika ada, yang terhadapnya atau benda, jika ada, yang berkenaan dengannya kesalahan itu telah dilakukan sebagaimana yang semunasabahnya mencukupi supaya tertuduh maklum tentang perkara yang mengenainya dia dipertuduhkan.

[5] Oleh itu, mahkamah ini berpendapat pertuduhan yang dikemukakan oleh pendakwa syarie terhadap tertuduh telah memenuhi kehendak ss 78(1), (2) dan 79 Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, Akta 560 iaitu dengan menyebut nama kesalahan iaitu 'telah didapati berada bersama dengan seorang perempuan iaitu Nurjuliati binti Juhar No K/P: 801221-03-5080 dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral yang mana bukan isteri atau mahram bagi kamu.'

[6] Pada 29 Ogos 2007, Zulkifli bin Othman adalah orang kena tuduh ('OKT') hadir di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk didakwa atas kesalahan tersebut oleh pendakwa syarie, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ('JAWI'). Setelah pertuduhan dibacakan, OKT mengaku faham akan pertuduhan yang dibacakan, dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan serta mohon dibicarakan.

[7] Mahkamah ini mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes ini berdasarkan s 46(2)(a) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 seperti berikut:

Seksyen 46 Bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah

(2) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah:

(a) dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen atau Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan- kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang sedang berkuatkuasa, dan boleh mengenakan apa-apa hukuman yang diperuntukkan baginya;

[8] Dalam kes ini, OKT telah dituduh melakukan kesalahan di bawah s 27(a) Akta Kesalahan J

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top