SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2016 MarsdenLR 114

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH KUALA TERENGGANU
KETUA PENDAKWA SYARIE JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH NEGERI TERENGGANU LWN. XYZ
[Kes Jenayah No : 11005-159-XXXX-2014]



The court established that cross-dressing for immoral purposes constitutes a serious legal offense under Islamic law.

Headnote:This judgment concerns the accusation against the accused, XYZ, under section 33 of the Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 for impersonating a woman. The court asserted that such actions are prohibited in Islam based on authoritative Hadiths. The primary legal issue was whether the elements of the offense were established beyond a reasonable doubt, including intent and actual behavior in public. The Court found the accused guilty and imposed a sentence of a RM500 fine or a one-month imprisonment for non-payment.

Table of Content
1. accusation under islamic law for impersonating a woman. (Para 1 , 2 , 3)
2. importance of jurisdiction in syariah law and elements of the crime. (Para 4 , 5 , 22)
3. factual circumstances surrounding the accused's actions. (Para 17 , 18 , 24)
4. intention and awareness of the accused's actions. (Para 36 , 38 , 40)
5. considerations for sentencing in syariah law. (Para 88 , 89)
Mohd Fakhruddin Yusof HMRS:

[1] Tuduhan ke atas XYZ, KP: 930808-11-XXXX orang kena tuduh, telah didengar di dalam mahkamah terbuka, Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Terengganu dalam kehadiran Pendakwa Syar'ie dari Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu Mohd Azlam bin Md Noor dengan kehadiran Orang Kena Tuduh yang hadir secara bersendirian, dan pada hari ini tuan hakim membuat alasan penghakiman seperti berikut.

[2] Kes yang disebut dan didengar di hadapan Saya ini ialah Tuduhan Orang Lelaki Berlagak Seperti Perempuan di bawah s 33 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 dan jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman mengikut di bawah seksyen dan Enakmen yang sama iaitu boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau di penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. Orang Kena Tuduh bernama XYZ, KP: 930808-11-XXXX.

Bidang Kuasa Mahkamah Mengikut Hukum Syara' Dan Undang-Undang

[3] Mahkamah menegaskan bahawa perbuatan Orang Lelaki Berlagak Seperti Perempuan adalah suatu perbuatan mungkar yang diharamkan dalam agama Islam dan asas utama pengharaman perbuatan tersebut adalah nas-nas dari al-Hadis yang merupakan nas-nas yang qati'e. Antaranya dari al-Bukhari, Abu Daud dan at-Tirmizi telah meriwayatkan daripada Ibnu 'Abbas, bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda yang berbunyi:

Maksudnya: "Tuhan telah melaknati si pondan dari lelaki, dan si wanita yang berlagak gaya lelaki." Dan dalam lafaz lain daripada Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah: "Allah telah melaknat isi perempuan yang berlagak lelaki, dan si lelaki yang berlagak perempuan."

[4] Mahkamah berpendapat sebarang pendakwaan yang dikemukakan kepada Mahkamah dalam apa-apa jua pertuduhan adalah termasuk dalam kategori amar makruf dan nahi mungkar. Ini kerana misi utama manusia diutus ke muka bumi ialah untuk melaksanakan tugas sebagai khalifah yang bertanggungjawab untuk memakmurkan alam ini. Mekanisme penting dalam memakmurkan alam ini ialah dengan melaksanakan tanggungjawab amar makruf dan nahi mungkar. Kemakmuran hakiki akan wujud bila mana semua manusia tunduk kepada kekuasaan Allah SWT dan beribadah hanya kepada-Nya. Hakikat kekhalifahan pula akan muncul bila mana lahir sistem pemerintahan bernegara. Asas pensyariatan prinsip amar makruf dan nahi mungkar ini ialah nas-nas dari Al-Qur'an dan Al-Sunnah di samping ijmak, sebagaimana firman Allah SWT antaranya di dalam surah al-Imran ayat 110 yang berbunyi:

Maksudnya: "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada semua perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)...."

[5] Bidangkuasa Mahkamah adalah amat penting untuk diambil perhatian kerana isu bidangkuasa satu-satu Mahkamah juga sebenarnya telah lama disentuh oleh perundangan Islam atau Hukum Syara' dan sebenarnya telah menjadi sebahagian dari Hukum Syara' itu sendiri. Antaranya sebagaimana dinyatakan oleh Muhammad Salam Madkur di dalam kitabnya berjudul al-Qada' fi Islam, terbitan Matba'ah al-'Alamiyyah, Kaherah, 1994, yang mana pada hlm 54 beliau menyebut:

Yang bererti: "Bidang kuasa mengikut jenis kes ialah pemerintah mengkhususkan bidang kuasa ke atas seseorang hakim semasa perlantikan hakim itu atau selepas perlantikan di buat dengan menentukan bahawa hakim itu mempunyai bidang kuasa tertentu sahaja seperti diberi bidang kuasa bagi mengendalikan undang-undang diri, undang-undang sivil, undang-undang perdagangan atau bagi undang-undang jenayah dan

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top