SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2013 MarsdenLR 1757

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SETIU
PENDAKWA SYARIE LWN. MOHAMAD SHAFWAN PAK ADID
[Jenayah No: 11009-143-0036 Of 2013]



Khalwat adalah kesalahan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001, yang membawa hukuman sebagai langkah pencegahan terhadap perbuatan maksiat.

Headnote:(A) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 - Seksyen 31(a) - Tuduhan berkhalwat - OKT didapati melakukan kesalahan dengan seorang perempuan bukan mahram di sebuah bilik, menimbulkan syak bahawa perbuatan tidak bermoral sedang dilakukan - Mahkamah berpendapat terdapat bidang kuasa untuk mendengar kes ini - Perbuatan ini dianggap serius atas pengakuan OKT dan kontras dengan ajaran agama. (Paras 1-3, 5, 6, 46, 74)

(B) Hukum Khalwat - Mahkamah memutuskan bahawa khalwat adalah kesalahan yang dapat menghampiri zina dan harus dihukum bagi mencegah perbuatan maksiat, dengan penekanan pada pencegahan awal dan tanggungjawab masyarakat. (Paras 13, 45, 58, 72)

Facts of the case:
OKT dituduh berkhalwat dengan seorang perempuan di dalam bilik tanpa mahram, di mana keadaan tersebut boleh menimbulkan syak melakukan kejahatan. (Paras 1, 6, 63)

Findings of Court:
Mahkamah mendapati OKT bersalah berdasarkan pengakuan dan fakta kes, sekaligus menegaskan perlunya tindakan tegas untuk mencegah maksiat. (Paras 46, 74)

Issues: Adakah kesalahan ini boleh ditangani di bawah Enakmen tersebut dan keperluan hukuman untuk mendidik dan memberi amaran kepada masyarakat? (Paras 3, 72)

Ratio Decidendi: Mahkamah menggariskan bahawa hukum harus diambil untuk mengawal perbuatan berkhalwat, yang berpotensi membawa kepada zina, dan harus ada kesedaran serta pendidikan agama bagi mencegah perbuatan ini. (Paras 41, 72)

Result: OKT disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.

Table of Content
1. details of the allegation against the accused. (Para 1 , 1 , 2)
2. jurisdiction of the syariah court. (Para 3 , 4 , 5)
3. acknowledgment of relationship and context of incident. (Para 6 , 7 , 63)
4. moral and religious implications surrounding khalwat. (Para 8 , 11 , 12 , 14 , 15 , 41 , 42)
5. importance of following islamic laws. (Para 9)
6. prohibition against actions leading to immoral behavior. (Para 10 , 18 , 19 , 20 , 40)
7. preventive measures against immoral acts. (Para 13)
8. consequences and definitions related to zina. (Para 16 , 17 , 21 , 38)
9. legal context and divine guidance on zina. (Para 44 , 45)
10. consequences of actions perceived as leading to zina. (Para 46 , 47 , 62)
11. societal implications of zina. (Para 48 , 49 , 50)
12. impact of zina on societal values. (Para 52 , 53 , 56)
13. role of law in controlling societal morality. (Para 54 , 57 , 58)
14. call for collective responsibility in rectifying social issues. (Para 64 , 66 , 67)
15. understanding the context of the accused's actions. (Para 65)
16. rationale behind sentencing and preventive measures. (Para 68 , 70 , 72)
17. final ruling and preventive measures against further offenses. (Para 73)

[1] Tuduhan telah didengar di dalam mahkamah terbuka Mahkamah Rendah Syariah Daerah Setiu Terengganu dalam kehadiran Pendakwa Syarie dari Jabatan Undang-Undang dan Pendakwaan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu danorang kena tuduh ('OKT') hadir bersendirian. Maka pada hari ini tuan hakim telah membuat alasan penghakiman seperti berikut:

(a) Tuduhan yang dibawa di hadapan saya ini ialah tuduhan berkhalwat di bawah s 31(a) antara Pendakwa Syarie dari Jabatan Undang-Undang Dan Pendakwaan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu dengan orang kena tuduh iaitu Mohamad Shafwan bin Pak Adid (OKT) dan telah di tuduh melakukan perbuatan tidak bermoral iaitu berkhalwat pada 13 April 2013.

[2] Pertuduhan ke atas OKT adalah sebagaimana berikut:

Bahawa kamu, pada tarikh 13 April 2013 lebih kurang jam 1.25 pagi didapati berada bersama dengan seorang perempuan yang bukannya isteri kamu atau mahram kamu iaitu Muszaisalfatin binti Mustapha No kp 930922-03-6052 bertempat di dalam sebuah bilik No 611 Peladang Setiu Agro, Setiu, Terengganu yang mana pada ketika itu keadaan tersebut boleh menimbulkan syak bahawa kamu sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral. Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan khalwat di bawah s 31(a) Enakmen kesalahan Jenayah Syariah (Takzir)(Terengganu) 2001 dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

[3] Dalam kes ini mahkamah perlu melihat sama ada mahkamah mempunyai bidangkuasa atau pun tidak di dalam membuat sesuatu pendengaran kes. Berdasarkan kepada peruntukan yang telah ditetapkan di dalam Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu)2001.

[4] Subseksyen 12(2)(a) menyatakan bahawa:

Mahkamah Rendah Syariah hendaklah:

Dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang Islam di bawah Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agamaIslam yang baginya hukuman maksimum yang diperuntukkan oleh Enakmen atau mana-mana undang-undang bertulis itu tidak melebihi tiga ribu ringgit, atau pemenjaraan selama tempoh dua tahun atau kedua-duanya, dan boleh mengenakan mana-mana hukuman yang di peruntukkan bagi kesalahan itu; dan

[5] Berdasarkan kepada peruntukan tersebut mahkamah berpendapat bahawa Mahkamah Rendah Syariah Daerah Setiu mempunyai bidang kuasa bagi membicarakan kes dan membuat keputusan.

[6] Dalam fakta kes yang telah dibentang oleh pendakwa kepada mahkamah pada hari ini mahkamah berpendapat bahawa kes pada hari ini adalah satu kes yang serius berdasarkan apa yang telah diakui oleh OKT pada hari ini. Dalam fakta kes yang dibentang kepada mahkamah, antara lain, menyatakan bahawa antara OKT pertama dan OKT kedua, adalah bukan suami isteri atau mahram. Kejadian berlaku di dalam sebuah bilik yang mana kedua- duanya adalah p

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top