2010 MarsdenLR 2942
ROSLAN MAT NOR
FARABINA SDN BHD – Appellant
Versus
SALINDA SAHAT – Respondent
Bagi Pihak Menuntut - A Balasubramaniam; Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)
Bagi Pihak Responden - Atari Mustaffa Yussof Ahmad; T/n Ainul Azam & Co
Dismissal for habitual lateness is justified if prior warnings and counseling fail, and the principle of condonation does not apply without employer consent to misconduct.
Headnote:(A) Industrial Relations Act 1967 - Section 30(5) - Employment termination - The court examines habitual lateness as a minor misconduct that may lead to dismissal if persistent. The company took proactive measures for improvement before termination - Dismissal was justified based on repeated tardiness. (Paras 17-29)
(B) Condonation - The principle of condonation cannot be invoked as the company acted to mitigate the employee's lateness and did not waive their right to dismiss for habitual misconduct. (Paras 22-27)
(C) Evidence - The absence of a critical witness did not exempt the company from accountability under Section 114(g) of the Evidence Act 1950. (Paras 28)
Facts of the case:
The employee, consistently late, was terminated after failing to improve attendance despite warnings and counseling from the employer. The reasons provided were personal struggles related to childcare.
Findings of Court:
The dismissal was upheld as fair and based on just cause, affirming the employer's right to maintain discipline.
Issues: Whether the dismissal was justified and if the principle of condonation applied due to the employer's prior knowledge of attendance issues.
Ratio Decidendi: The court ruled that habitual lateness constitutes just cause for dismissal when warnings and counseling are ineffective. The employer’s failure to formally reprimand prior does not imply condonation of misconduct.
Result: Dismissal upheld.
| Table of Content |
|---|
| 1. background of employee's service and termination. (Para 1 , 2 , 3) |
| 2. company's evidence on employee's tardiness. (Para 4 , 6 , 7 , 8) |
| 3. acknowledgment of tardiness and initial warnings. (Para 9 , 10 , 11) |
| 4. employee's acknowledgment of tardiness. (Para 12 , 13 , 14 , 15) |
| 5. assessment of fairness in termination. (Para 17 , 20) |
| 6. definition of habitual lateness as misconduct. (Para 21 , 22) |
| 7. condonation principle and its applicability. (Para 23 , 24 , 25) |
| 8. court's analysis on company's actions and evidence. (Para 26 , 27 , 28) |
| 9. conclusion on the just cause for dismissal. (Para 29) |
ROSLAN MAT NOR
FARABINA SDN BHD
Versus
SALINDA SAHAT
AWARD NO. 180 TAHUN 2010 [KES NO: 28/4-2294/06]
Decided on : 9 FEBRUARI 2010
Advocates appeared :
Bagi Pihak Menuntut - A Balasubramaniam; Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)
Bagi Pihak Responden - Atari Mustaffa Yussof Ahmad; T/n Ainul Azam & Co
AWARD
Latar belakang
1. Pihak Menuntut telah dilantik sebagai Kerani Sumber Manusia pada 17.6.1996 di Syarikat Lebuhraya Shapadu Sdn Bhd pada 1.8.1999. Pihak Menuntut ditukarkan ke Jabatan Akaun dan bertanggungjawab kepada Encik Mokhtar Mohd Idris.
2. Pada 1.8.2002, Pihak Menuntut telah ditukarkan dari Lebuhraya Sdn Bhd ke Farabina Sdn Bhd di Kapar Toll Barrier, Klang dan bertanggungjawab kepada Encik Achmat Nadhrain bin Ibrahim, Pemangku Ketua pegawai Operasi.
3. Pada 28.10.2005, Pihak Menuntut telah ditamatkan perkhidmatan setelah didapati bersalah atas tuduhan lewat hadir ke tempat kerja beberapa kali sejak Julai 2005 hingga Ogos 2005.
Keterangan Syarikat
4. Dalam kes ini, Pihak Syarikat telah mengemukakan dua orang saksi. COW1 menyatakan bahawa menurut rekod syarikat, Pihak Menuntut telah lewat sebanyak 26 kali. Namun demikian, tiada sebarang ingatan dikeluarkan kepada Pihak Menuntut sebelum ini.
5. COW1 nyatakan bahawa surat yang menjadi asas tindakan di CO-8 di dalam Lampiran 4. Ia melibatkan kelewatan 24 kali. Surat tunjuk sebab tersebut adalah seperti berikut:
"FARABINA SDN BHD
(Company No 88636-K)
Wisma Berkat
Lot 10, Jalan Pelabur 23/1, Seksyen 23,
G.P.O Box 7122, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: 603-55428888 Fax: 603-55419288
01hb September 2005
Puan Salinda binti Sahat
Farabina Sdn Bhd
Klang, Selangor
Puan Salinda,
Per : SURAT TUNJUK SEBAB - KEDATANGAN
Saya merujuk kepada surat anda kepada kami bertarikh 29hb Jun 2005 berkenaan rekod kehadiran anda serta surat Amaran Terakhir yang kami keluarkan terhadap anda pada tarikh yang sama.
Anda didapati masih gagal memperbaiki prestasi kedatangan anda ke tempat kerja seperti yang telah dinyatakan di dalam surat anda. Oleh yang demikian, anda dikehendaki memberi tunjuk sebab mengapa anda lewat hadir sebanyak 10 kali di sepanjang bulan Julai 2005 dan 14 kali di sepanjang bulan Ogos 2005.
Anda dikehendaki mengemukakan keterangan bertulis dalam masa 3 hari daripada tarikh penerimaan surat ini mengapa tindakan tatatertib tidak boleh diambil terhadap anda.
Anda juga dengan ini digantung kerja berkuatkuasa serta merta. Di sepanjang tempoh pengggantungan ini, anda tidak dibenarkan memasuki mana-mana premis syarikat tanpa kebenaran dari Pengurus Sumber manusia.
Sila akui penerimaan surat ini dengan menandatangani salinan pendua yang dilampirkan dan dikembalikan kepada penandatangan di bawah.
Yang benar
t.t
ASIA BINTI MOHAMED
Pengurus Sumber Manusia
Saya Salinda Sahat No Kad Pengenalan 740823-10-5000 dengan ini mengaku telah menerima salinan surat ini pada 07/9/05 jam 11.45 am.
t.t.
Tandatangan penerima"
6. COW1 menyatakan bahawa kaunseling telah diberikan kepada Pihak Menuntut untuk beliau memperbaiki rekod kedatangannya. Ia dilakukan sebelum surat tunjuk sebab dikeluarkan terhadap Pihak Menuntut.
7. Di dalam kaunseling tersebut, COW1 telah nyatakan bahawa Pihak Menuntut telah memaklumkan alasan kelewatannya seperti berikut:
"Pihak Menuntut terpaksa datang lewat sebab dia kena hantar anaknya ke rumah ibunya. Tengahari terpaksa ba