SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2011 MarsdenLR 303

MAHKAMAH SESYEN SELAYANG
SAMAD HAMZAH & SATU LAGI LWN. MURUGAN SUBRAMANIAM & SATU LAGI
[Saman No: 53-522-2008]



Petitioner Advocates:Mohd Saufi Samsudin ,Respondent Advocate: Adibah bt Ishak Murali Pillai & Associates with him

The court emphasized that compensation must correspond to the severity of personal injuries, adhering strictly to guidelines and documented medical evidence.

Headnote:(A) Personal Injury Claims - Guidelines for Awards in Personal Injury Claim - Court awarded various compensations for injuries sustained by the plaintiff based on established precedents and injury severity. (Paras 1-30)

(B) Awarding Compensation - The court prioritizes documented medical evidence and established guidelines in determining appropriate awards for personal injuries. (Paras 2, 5, 10, 23)

Facts of the case:
This is an appeal by the defendant against the quantum of damages awarded for personal injuries incurred by the first plaintiff in an accident. The claimant sustained severe injuries, including below-knee amputation. (Paras 1-20)

Findings of Court:
The court allowed total compensation of RM419,661 with interest and costs based on the severity of injuries and adherence to guidelines. (Paras 29-30)

Issues: The court assessed interrelated claims for distinct injuries and the appropriateness of compensation awarded based on medical reports. (Paras 4, 14, 25)

Ratio Decidendi: The court affirmed that damages must reflect the severity of injuries and follow established guidelines, prioritizing documented medical evidence over unverified assertions. (Paras 18-24)

Result: Appeal partly allowed; compensation awarded as outlined.

Table of Content
1. appeal regarding quantum and court's initial decision. (Para 1 , 2)
2. details of the plaintiff's injuries and related quantum. (Para 3 , 4 , 5)
3. assessment of damages based on precedents and guidelines. (Para 6 , 10)
4. comparison of awarded amounts in prior cases. (Para 8 , 9)
5. allowance for future needs due to injuries. (Para 14 , 15)
6. need for assistance based on disabilities post-injury. (Para 19 , 20 , 21)
7. interest awarded on damages leading to fair compensation. (Para 24 , 29)
Maziah Joary Mohd Tajudin, HS:

[1] Ini merupakan rayuan oleh pihak defendan terhadap quantum sahaja. Pihak plaintif telah memanggil tiga orang saksi manakala defendan tidak memanggil saksi. Kedua-dua pihak juga telah bersetuju untuk berhujah berdasarkan laporan-laporan perubatan.

[2] Tarikh-tarikh untuk serahan penghujahan bertulis kemudian ditetapkan kepada kedua-dua pihak. Keputusan kes telah dibacakan pada Oktober 26, 2010. Di dalam memberikan award ini, mahkamah telah menjadikan kes duluan dan juga Guidelines for Awards in Personal Injury Claim sebagai panduan. Setelah meneliti hujahan bertulis kedua-dua pihak dan otoriti-otoriti yang dikemukakan, mahkamah membuat keputusan award bagi gantirugi (atas dasar 100% liabiliti) seperti berikut:

Plaintif Pertama

Gantirugi Am

1. Open fracture dislocation of tarsometatarsal of the joints left foot and fracture of the left tibia and fibula causing amputation to the left leg and foot (below knee amputation)

[3] Jika diteliti, laporan perubatan plaintif pertama dari Hospital Sungai Buloh bertarikh Oktober 8, 2008 di ikatan C ms 1 menyatakan bahawa plaintif pertama mengalami kepatahan "open fracture of the left tibia with segmental fracture of the fibula" dan "open fracture dislocation tarsometatarsal joints of the left foot". Setelah menjalani beberapa prosedur pembedahan, kaki plaintif pertama tidak lagi dapat diselamatkan dan terpaksa dipotong seperti dinyatakan di dalam laporan perubatan bertarikh September 17, 2009 dari Hospital Selayang di ikatan C ms 14 yang menyatakan bahawa: He had undergone multiple operations to salvage his left leg and foot. However it was not successful. He underwent left below knee amputation on June 18, 2010 at Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

[4] Mahkamah bersetuju dengan hujahan defendan bahawa terdapat nexus di antara kecederaan asal iaitu kepatahan tulang tibia dan fibula yang telah mengakibatkan kaki plaintif pertama dipotong. Oleh itu, award untuk kepatahan tulang dan pemotongan kaki tidak sepatutnya dikira berasingan.

[5] Bagi menentukan jumlah award ini, mahkamah telah merujuk kepada kes Mohd Kharissa Ashraf Wahab (seorang budak menuntut melalui bapa dan sahabat wakil, plaintif kedua) & Anor v. Ee Chwee Leng & Anor [2008] 1 PIR 67 di mana mahkamah telah mengawardkan RM50,000.00 bagi "open fracture of the right femur and crush injury to the right leg and foot resulting in below knee amputation". Sementara itu, di dalam Guidelines dinyatakan jumlah award bagi kepatahan tibia dan fibula adalah di antara rendah RM18,000.00 dan jumlah tinggi RM40,000.00, kepatahan metatarsal di antara rendah RM6,000.00 dan jumlah tinggi RM10,000.00 manakala amputation of leg below knee adalah di antara rendah RM55,000.00 dan jumlah tinggi RM65,000.00.

[6] Oleh itu, dengan mengambilkira keadaan dan jenis kecederaan serta kes duluan dan Garis Panduan tersebut, mahkamah telah membenarkan RM85,000.00 bagi kepatahan ini yang mana pada pendapat mahkamah adalah award yang berpatutan dan bersesuaian.

2. Closed fracture distal third of the left ulna

[7] Bagi kepatahan ini, peguam plaintif telah bersetuju dengan hujahan defendan yang menghujahkan RM20,000.00 untuk kepatahan ini. Oleh itu, mahkamah telah membenarkan RM20,000.00 bagi kepatahan ini.

3. Intra-abdominal injury

[8] Kecederaan ini telah dinyatakan di dalam laporan perubatan plaintif pertama dari Hospital Sungai Buloh bertarikh Oktober 8, 2008 di ikatan C ms 1. Peguam defendan telah menghujahkan RM20,000.00 bagi kecederaan ini

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top