SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2010 MarsdenLR 3015

MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA
MANIAM SANTHIRAN LWN. PP
[Rayuan Jenayah No: A-05-125-2006]



The court confirmed that the evidence of a single reliable witness can be sufficient for conviction if it is credible and substantiated by supporting evidence, establishing a prima facie case.

Headnote:(A) Penal Code - Section 302 - Murder conviction - The appellant was found guilty of murdering the deceased on May 3, 2002, and sentenced to death by the High Court, which was confirmed on appeal. The prosecution's main witness testified to witnessing the appellant committing the act, corroborated by forensic evidence indicating strangulation as the cause of death. The court held that the evidence presented was sufficient to prove the case beyond reasonable doubt, despite challenges regarding witness credibility and the admissibility of certain evidence. (Paras 1-35)

(B) Witness Reliability - The court evaluated the reliability of the sole witness, accepting their testimony despite attempts to discredit it due to perceived inconsistencies. (Paras 11-14)

(C) Evidence Admission - The admissibility of confession-related information was analyzed, affirming its acceptance under the relevant legal framework. (Paras 19-22)

Table of Content
1. accused charged with murder. (Para 1 , 2)
2. key witness testimony on murder circumstances. (Para 3 , 4)
3. court affirms reasonable doubt not met. (Para 5 , 9)
4. defense arguments against witness credibility. (Para 6 , 7 , 13 , 14)
5. evidence rules around witness testimony explained. (Para 18 , 19 , 20)
6. discussion on assumptions and reasonable doubt. (Para 22 , 23 , 28 , 30)
7. final decision based on all evidence presented. (Para 32 , 34)

PENGHAKIMAN

Ahmad Maarop HMR:

Pertuduhan

[1] Perayu telah dituduh di Mahkamah Tinggi dengan tuduhan membunuh Salachee a/p Muniandy (simati) pada 3 Mei 2002 di antara jam lebih kurang 10.30 pagi hingga 6 petang, di rumah No. 302, Jalan Abd. Raof, Parit Buntar, Kerian, Perak, iaitu, satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s. 302 Kanun Keseksaan .

[2] Di akhir kes, Mahkamah Tinggi telah mendapati perayu bersalah, mensabitkannya dan menjatuhkan hukuman mati ke atasnya. Perayu telah mengemukakan rayuan ke mahkamah ini.

Kes Pihak Pendakwaan

[3] Saksi yang menjadi tunggak utama kes pendakwaan ialah Kaliappan a/l Appoo (SP8) - iaitu saksi tunggal yang menyaksikan bagaimana kejadian seperti dalam pertuduhan dilakukan. SP8 adalah jiran simati dan tinggal bersebelahan dengan rumah simati. SP8 juga adalah jiran kepada perayu. Menurut keterangan SP8, pada hari kejadian dia baru pulang dari kerja. Selepas bersembahyang dia mendengar bunyi radio dan bunyi gelas diletakkan dari rumah simati. Tidak lama selepas itu, SP8 mendengar bunyi seperti benda terjatuh ke atas lantai. Oleh kerana dia merasa cemas dan risau, SP8 telah memanjat kerusi di tepi dinding antara rumahnya dengan rumah simati untuk melihat ke dalam rumah simati melalui ruang terbuka di bahagian atas dinding yang memisahkan rumah mereka. Apabila SP8 melihat ke dalam rumah simati, dia nampak perayu sedang menutup muka simati dengan sebelah tangannya, manakala sebelah lagi tangan perayu memegang tali rafia. Menurut SP8, dia memang kenal perayu dan nama panggilan perayu ialah Segar. SP8 cam muka perayu. Oleh kerana terkejut dan ketakutan, SP8 merasa pening lantas terjatuh dari kerusi serta pengsan selama beberapa jam. Pada kira-kira jam 5 petang hari yang sama SP8 telah sedar dari pengsan. Dia telah memberitahu jirannya bahawa simati telah tidak membuka pintu rumahnya dari pagi hingga ke petang. Dengan bantuan anak jirannya, pintu rumah simati telah dipecahkan. SP8 bersama-sama dengan jirannya, anak jirannya serta Komala, iaitu, anak simati, telah masuk ke dalam rumah simati. Apabila SP8 masuk ke dalam rumah simati, dia nampak simati dalam keadaan tertiarap, dan dengan lehernya diikat dengan tali rafia dan digantung seperti anjing. Seterusnya, pihak polis telah diberitahu dan pada kira-kira jam 6.50 petang hari yang sama, C/Insp. Muhammad Asmawi b. Ramli (SP3) telah sampai ke tempat kejadian. SP3 mendapati leher simati terjerut dengan tali rafia berwarna biru yang terlekat pada tiang dinding rumah seperti yang ditunjukkan dalam gambar-gambar di ms 6 dan 7, Bahagian II, Rekod Rayuan. SP3 juga mendapati sehelai kain selimut di leher mangsa seperti yang ditunjukkan dalam gambar "C" dan "D" di ms 7, Bahagian II, Rekod Rayuan. Mayat simati kemudiannya telah dibawa ke Hospital Parit Buntar.

[4] Pada 4 Mei 2002 lebih kurang jam 1.15 petang, Dr. Khairul Azman Hj. Hashim (SP9) telah melakukan post-mortem ke atas mayat simati yang telah dicamkan oleh pegawai penyiasat DSP Mohd Ismon b. Suratman (SP11) dan menantu simati Veermani a/l Kamachee (SP4). SP9 mendapati leher simati terikat dengan kain warna biru dan tali rafia berwarna biru. SP9 telah menjalankan bedah siasat bahagian luar dan dalam mayat simati. Pada hadapan leher simati SP9 mendapati bekas jerutan yang hampir mendatar melalui tulang tiroid (laryngeal prominence) lebarnya 2cm dan menghala ke tepi. SP9 mendapati di tepi kiri leher, jerutan melalui 5cm bawah cuping telinga kiri dan sedikit condong ke belakang tebalnya 1cm. SP9 mendapati di tepi kanan leher, kesan jerutan melalui 5cm

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top