SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2013 MarsdenLR 1818

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN
PENDAKWA SYARIE LWN. MOHD NABIL RAMLI
[Kes No: 14100 143 0059 Of 2012]



Pengakuan bersalah tertuduh yang sukarela diterima sebagai bukti; mahkamah mempunyai budi bicara luas dalam penjatuhan hukuman di bawah undang-undang berkhalwat.

Headnote:(A) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan 1993 - Seksyen 46; Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 - Seksyen 27(a); Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 - Seksyen 3, 73, 74, 75, 76, dan 77. Tertuduh dituduh berkhalwat dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak di bawah Seksyen 27(a) Akta 559. Tertuduh mengaku bersalah dan sabitan dilakukan berdasarkan pengakuan tertuduh. Mahkamah mensabitkan kesalahan tertuduh berdasarkan keterangan yang memadai dan memenuhi syarat undang-undang. (Paras 1-38)

(B) Pengakuan bersalah sebagai bukti. Mahkamah berpendapat pengakuan tertuduh adalah sukarela dan memenuhi kehendak undang-undang.

(C) Kuasa budi bicara mahkamah dalam menjatuhkan hukuman. Mahkamah mempunyai budi bicara yang luas dan tidak terikat untuk menjatuhkan hukuman yang dinyatakan secara berurutan dalam undang-undang. (Paras 21-26)

(D) Penentu hukuman berdasarkan pertimbangan. Mahkamah mengambil kira kesalahan pertama dan faktor-faktor lain. (Paras 33-37)

Facts of the case:
Tertuduh dituduh melakukan kesalahan berkhalwat pada 25 Julai 2011. Tertuduh mengaku bersalah, mengakui fakta kes yang dibentangkan oleh pendakwa. Tertuduh memahami akibat pengakuan bersalah dan berbuat tanpa paksaan. (Paras 2-5)

Findings of Court:
Mahkamah berpuas hati dengan keterangan pendakwa dan sabitan berdasarkan pengakuan tertuduh. Mahkamah mensabitkan tertuduh atas kesalahan di bawah Seksyen 27(a) Akta 559. Mahkamah memutuskan untuk menjatuhkan hukuman denda RM2,800 atau penjara tiga bulan jika tertuduh gagal membayar. (Paras 6-38)

Issues: Adakah pengakuan tertuduh diterima? Apakah budi bicara mahkamah dalam menjatuhkan hukuman? (Paras 21, 33-36)

Ratio Decidendi: Mahkamah menjelaskan bahawa pengakuan bersalah tertuduh diterima kerana memenuhi semua syarat pengakuan menurut hukum syarak. Selain itu, mahkamah tidak terikat untuk menjatuhkan hukuman menurut urutan yang dinyatakan dalam undang-undang dan budi bicara boleh digunakan dalam menentukan hukuman. (Paras 1, 7, 21, 26)

Result: Tertuduh dikenakan denda RM2,800 atau hukuman penjara selama tiga bulan jika tidak membayar denda.

Table of Content
1. jurisdiction of the court established. (Para 1)
2. accusation of khalwat against the defendant. (Para 2 , 3 , 4 , 5)
3. court satisfied with the facts presented. (Para 6)
4. burden of proof requirements outlined. (Para 7 , 8 , 9 , 10 , 11 , 12 , 13 , 14 , 15 , 16 , 17)
5. voluntary confession accepted by the court. (Para 18 , 19)
6. punishment options stipulated in law. (Para 20 , 21)
7. court has discretion in sentencing. (Para 22 , 23 , 24 , 25 , 26 , 27)
8. seriousness of the offense emphasized. (Para 28 , 29 , 30 , 31 , 32)
9. final judgment and sentencing explained. (Para 33 , 34 , 35 , 36 , 37 , 38)
Muhamad Abdul Karim Wahab:

Bidang Kuasa Mahkamah

[1] Dalam kes ini, saya berpuas hati bahawa mahkamah ini mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan apa-apa tindakan ke atas kes ini berdasarkan peruntukan s 46 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan 1993 (Akta 505) yang menyatakan bahawa:

S 46 Bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah

(2) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah:

(a) dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen atau Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang sedang berkuat kuasa, dan boleh mengenakan apa-apa hukuman yang diperuntukkan baginya;

Pertuduhan

[2] Pertuduhan ke atas tertuduh ialah:

Bahawa kamu pada 25 haribulan Julai 2011, antara jam 2.35 pagi hingga 3 pagi, di dalam sebuah rumah jenis apartment beralamt di A-13A-7, Putra Mas 1 Kondominium, Off Jalan Kuching, 51200 di dalam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur telah didapati berkhalwat dengan seorang perempuan Islam iaitu FARAH DIBA BINTI ASHIM (No Kad Pengenalan: 870429-05-5450) yang bukan isteri atau mahram kamu dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa kamu sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral. Dengan itu kamu dituduh melakukan kesalahan di bawah s 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 iaitu berkhalwat dan apabila disabitkan kamu boleh didenda tidak melebihi tiga(3) ribu ringgit Malaysia atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua(2) tahun atau kedua-duanya.

[3] s 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) memperuntukkan sebagaimana berikut:

Mana-mana (a) orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isterinya atau mahramnya; di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau bilik dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau bilik dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

[4] Justeru itu tertuduh telah dituduh di bawah s 27(a) Akta 559 yang mana jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

[5] Semasa pertuduhan dibacakan tertuduh faham, bersetuju dan mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut serta faham akibat dari pengakuan bersalah itu setelah mahkamah membacakan peruntukan s 27(a) Akta 559 tersebut. Kemudian apabila pendakwa syarie membentangkan fakta kes (P1), tertuduh masih tetap dengan pengakuan salahnya.

Pensabitan

[6] Mahkamah berpuas hati dengan pertuduhan dan fakta kes yang dibentangkan serta diperkukuhkan dengan pengakuan bersalah tertuduh dan seterusnya mahkamah mensabitkan tertuduh mela

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top