SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 3020

MAHKAMAH SESYEN KUALA LUMPUR
PENDAKWA RAYA LWN. MOHD FIRDAUS ABDUL RASHID
[Kes Jenayah No: WA-62R-1-01/2022]



Petitioner Advocates:Aznika Mohd Anas ,Respondent Advocate: Arik Zakri Abdul Kadir,Ahmad Kamal Abu Bakar

The court established that the accused, as an agent, received bribes in violation of the Malaysian Anti-Corruption Commission Act, proving all elements of the charges beyond a reasonable doubt.

Headnote:(A) Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia 2009 - Perenggan 17(a) dan Seksyen 24 - Tertuduh didakwa atas dua pertuduhan rasuah berkaitan suapan daripada syarikat pembekal - Mahkamah mendapati bahawa tertuduh adalah ejen syarikat dan telah menerima suapan sebagai dorongan untuk memberikan maklumat tender - Elemen-elemen pertuduhan telah dibuktikan oleh pendakwaan. (Paras 1, 68, 156)

(B) Beban Pembuktian - Mahkamah menegaskan bahawa beban pembuktian terletak pada pendakwaan untuk membuktikan kes melampaui keraguan munasabah - Tertuduh gagal mengemukakan penjelasan yang jujur untuk menafikan pertuduhan. (Paras 104, 156)

Facts of the case:
Tertuduh, seorang eksekutif di syarikat, dituduh menerima suapan sebanyak RM99,986.00 pada dua tarikh berbeza sebagai dorongan untuk memberikan maklumat tender kepada syarikat pembekal. Tertuduh menafikan bahawa wang tersebut adalah suapan, sebaliknya mendakwa ia adalah pinjaman. (Paras 1, 125)

Findings of Court:
Mahkamah mendapati bahawa semua elemen pertuduhan telah dibuktikan dan tertuduh didapati bersalah atas kedua-dua pertuduhan. (Paras 156, 170)

Issues: Isu utama adalah sama ada tertuduh telah menerima suapan secara rasuah dan sama ada pendakwaan telah membuktikan kes prima facie. (Paras 97, 156)

Ratio Decidendi: Mahkamah memutuskan bahawa tertuduh telah meminta suapan dan gagal untuk menafikan pertuduhan dengan penjelasan yang jujur, serta mengesahkan bahawa semua elemen pertuduhan telah dibuktikan oleh pendakwaan. (Paras 156, 170)

Result: Tertuduh didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dan denda RM499,930.00 bagi setiap pertuduhan. (Paras 161, 170)

PENGHAKIMAN

Rosli Ahmad HMS:

Pendahuluan

[1] Dalam kes ini, Mohd Firdaus Bin Abdul Rashid (Orang Kena Tuduh ("OKT")) telah dituduh dengan 2 pertuduhan dibawah perenggan 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia 2009 (Akta 574) ("Akta SPRM 2009") yang boleh dihukum dibawah s 24 Akta yang sama.

[2] Pertuduhan tersebut adalah seperti yang berikut:

PERTUDUHAN PINDAAN PERTAMA

"Bahawa kamu pada 28 Jun 2013, bertempat di Malayan Banking Berhad Cawangan Bukit Bintang, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebagai Eksekutif Kanan Syarikat Sapura Kencana Petroleum Berhad telah secara rasuah memperoleh untuk diri kamu satu suapan iaitu wang berjumlah RM99,986.00 daripada Tang Kuok Sing, Pengarah Syarikat Gafung Petroleum (M) Sdn Bhd melalui akaun Malayan Banking Berhad bernombor 164089829161 milik Nadiatul Farhana Binti Kamarul Zaman sebagai upah untuk diri kamu iaitu dengan mencadangkan Syarikat Gafung Petroleum (M) Sdn Bhd untuk memperoleh kerja-kerja pembekalan bahan api kapal daripada Syarikat Sapura Kencana Petroleum Berhad, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan dibawah s 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum dibawah s 24 Akta yang sama."

PERTUDUHAN PINDAAN KEDUA

"Bahawa kamu pada 1 Julai 2013, bertempat di Malayan Banking Berhad Cawangan Bukit Bintang, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebagai Eksekutif Kanan Syarikat Sapura Kencana Petroleum Berhad telah secara rasuah memperoleh untuk diri kamu satu suapan iaitu wang berjumlah RM99,986.00 daripada Tang Kuok Sing, Pengarah Syarikat Gafung Petroleum (M) Sdn Bhd melalui akaun Malayan Banking Berhad bernombor 164089829161 milik Nadiatul Farhana Binti Kamarul Zaman sebagai upah untuk diri kamu iaitu dengan mencadangkan Syarikat Gafung Petroleum (M) Sdn Bhd untuk memperoleh kerja-kerja pembekalan bahan api kapal daripada Syarikat Sapura Kencana Petroleum Berhad, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan dibawah s 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum dibawah s 24 Akta yang sama.

HUKUMAN

Apabila disabitkan, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan dengan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000.00 mengikut mana yang lebih tinggi."

[3] Pada mulanya, kes ini telah dibicarakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen terdahulu, Puan Rozina Bt Ayob ("Puan HMS"). Pada 3 Januari 2022, OKT telah dibawa di hadapan Puan HMS dan selepas pertuduhan dibacakan, OKT tidak mengaku salah serta minta dibicarakan. Perbicaraan kes pendakwaan telah bermula pada 25 Januari 2023 dan selepas memanggil 16 orang saksi, pihak pendakwaan telah menutup kesnya pada 7 Mei 2024. Berdasarkan keterangan saksi pendakwaan, secara ringkasnya naratif kes pendakwaan adalah seperti dalam perenggan berikut.

Kes Pendakwaan

[4] Semasa kes pendakwaan, pihak pendakwaan telah memanggil 16 orang saksi untuk membuktikan kesnya dan senarai saksi pendakwaan serta peranan mereka adalah seperti yang berikut:

(a) Zaizilan Abdul Rashid (Pengurus Bahagian Marine Operation di Sapura Energy Berhad (SEB) (TL Offshore Sdn Bhd (TLO) pada ketika itu (kemudiannya ditukar nama kepada Sapura Kencana Petroleum Bhd (SKPB)) - SP1;

(b) Noor Zaidah Binti Shahi (Pengurus Bahagian Sumber Manusia, SEB) - SP2;

(c) Faizah Binti Baharom (Senior Executive di Bahagian Procurement, SEB) - SP3;

(d) Khairul Bariah Binti Abu Bakar (Pengurus Kanan Unit "Governance and Corporate", Bahagian MGO) - SP4;

(e) Noraswandi Bin Mohd Dzali (Pegawai Operasi, Maybank Cawangan Bukit Bintang) - SP5;

(f) Mimi Nazila Binti Nasharuddin (Pegawai Penyelia OKT, Bahagian Procurement & Subcontract) - SP6;

(g) Reza Bin Abdul Halim (Senior Vice President di SEB) - SP7;

(h) Muhammad Akmaludin Bin Abdullah (Penolong Pendaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) - SP8;

(i) Khaled Bin Abd Marlik Hakimi (Pengurus di Jabatan Pematuhan, Permodalan Nasional Berhad (PNB)) - SP9;

(j) Loi Nga Ting (Pengurus Operasi Khidmat Pelanggan, Hong Leong Bank Cawangan


Click Here to Read the rest of this document

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top