2025 MarsdenLR 3798
MAHKAMAH SESYEN SELAYANG
KARTHIK GOVINDARAJOO & SATU LAGI LWN. GARTIBAN KARUNA NITHI & SATU LAGI
[No Guaman Sivil: BD-A52NCVC-29-10/2022]
The court established that defendants committed trespass and nuisance, warranting injunctions and substantial damages due to unlawful actions affecting plaintiffs' property and well-being.
Headnote:(A) Evidence Act 1950 - Sections 101 and 102 - Specific Relief Act 1950 - Section 41 - Plaintiffs proved partial claims against Defendants regarding trespass and nuisance - Injunctions and damages awarded including RM30,000 for trespass, RM30,000 for nuisance, and RM50,000 exemplary damages - Defendants' actions were unlawful and caused significant distress to Plaintiffs. (Paras 22, 61, 70, 71, 79)
(B) Burden of Proof - The burden of proof lies on the party asserting the existence of facts, and if they fail, the other party need not present evidence. (Paras 27, 29)
(C) Trespass and Nuisance - Defendants unlawfully entered Plaintiffs' property causing damage and disruption, thus liable for damages. (Paras 39, 42, 61)
Facts of the case:
Plaintiffs, residing in a terraced house, claimed that Defendants' construction work and rituals caused physical and psychological disturbances, including property damage and health issues. (Paras 4, 10, 12, 15)
Findings of Court:
Plaintiffs proved their claims, and the court allowed their requests for injunctions and damages. (Paras 61, 70)
Issues: Whether the Defendants trespassed and caused nuisance through their actions and whether the Plaintiffs suffered damages. (Paras 26, 61)
Ratio Decidendi: The court emphasized that the Defendants' actions constituted trespass and nuisance, and the Plaintiffs were entitled to relief under the law. (Paras 61, 70)
Result: Plaintiffs' claims partially allowed.
PENGHAKIMAN
Pendahuluan
[1] Kes telah dibicarakan di mana Plaintif-Plaintif telah mengemukakan lima (5) orang saksi. Defendan-Defendan pula mengemukakan dua (2) orang saksi.
[2] Setelah mendengar dan meneliti keterangan semua saksi Plaintif-Plaintif dan semua saksi Defendan-Defendan serta meneliti semua eksibit dan hujahan pihak-pihak bersama otoriti yang dikemukakan, di atas imbangan kebarangkalian Mahkamah mendapati bahawa Plaintif-Plaintif telah berjaya membuktikan sebahagian tuntutannya terhadap Defendan-Defendan. Oleh yang demikian, pada 15 November 2024, Mahkamah membenarkan sebahagian tuntutan-tuntutan Plaintif-Plaintif dengan kos adalah mengikut skala di bawah A 59 k 23 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk dibayar oleh Defendan-Defendan kepada Plaintif-Plaintif. Sebahagian tuntutan-tuntutan Plaintif-Plaintif yang dibenarkan di perenggan 25 Pernyataan Tuntutan kecuali subperenggan 25(k) adalah seperti berikut:
a) Suatu perintah untuk suatu injunksi bahawa Defendan-Defendan sama ada melalui diri mereka dan/atau melalui pekerja, pengkhidmat, ejen mereka dan/atau melalui pihak-pihak ketiga hendaklah dihalang daripada menceroboh Hartanah Plaintif-Plaintif;
b) Satu deklarasi bahawa Defendan-Defendan telah pada atau kira-kira bulan Ogos 2017 dan selepas itu menceroboh Hartanah Plaintif-Plaintif;
c) Ganti rugi am untuk pencerobohan ke tanah; (RM30,000.00)
d) Suatu perintah untuk suatu injunksi bahawa Defendan-Defendan sama ada melalui diri mereka sendiri dan/atau melalui pekerja, pengkhidmat, ejen mereka dan/atau melalui pihak-pihak ketiga merobohkan sambungan yang didirikan pada tembok-tembok dua pihak hadapan dan belakang serta tembok dan bumbung baru yang didirikan di atas bumbung dan mengembalikan kepada keadaan asalnya;
e) Suatu perintah untuk suatu injunksi bahawa Defendan-Defendan sama ada melalui diri mereka sendiri dan/atau melalui pekerja, pengkhidmat, ejen mereka dan/atau melalui pihak-pihak ketiga hendaklah dihalang daripada mengulangi atau meneruskan kacau ganggu tersebut atau apa-apa kacau ganggu seumpamanya atau kesan fizikal dan psikologi yang menjejaskan tersebut terhadap Plaintif-Plaintif;
f) Ganti rugi khas sebanyak RM16,912.00:
1. Item 1 - Set bilik tidur utama (resit di ms 12 Ikatan D) - RM4,160.00
2. Item 4 - Set sofa 7-tempat duduk dengan meja kopi (resit di ms 10 Ikatan D) - RM4,373.00
3. Item 5 - Kabinet televisyen (resit di ms 11 Ikatan D) - RM1,299.00
4. Item 6 - Kabinet yang disuaikan dengan tangga (resit di ms 16 Ikatan D) - RM6,580.00
5. Item 7 - Kabinet yang disuaikan dengan rak kasut (resit di ms 16 Ikatan D) - RM500.00
g) Ganti rugi am untuk kacau ganggu; (RM30,000.00)
h) Ganti rugi am untuk kecuaian; (RM30,000.00)
i) Ganti rugi teladan; (RM50,000.00)
j) Ganti rugi teruk; (RM50,000.00)
k) Faedah pada kadar 5% setahun ke atas ganti rugi/jumlah Penghakiman dari tarikh permulaan guaman ini sehingga tarikh Penghakiman; DITOLAK
l) Faedah pada kadar 5% setahun ke atas ganti rugi/jumlah Penghakiman dari tarikh Penghakiman sehingga penyelesaian penuh dan muktamad; dan
m) Kos adalah mengikut skala yang diperuntukkan di bawah Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
Tuntutan Balas Defendan-Defendan telah dibatalkan oleh Mahkamah ini pada 2 Jun 2023 berdasarkan Perintah di Kandungan 28.
[3] Defendan-Defendan tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan Mahkamah ini dan memfailkan rayuan terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah ini bertarikh 15 November 2024. Plaintif-Plaintif juga memfailkan Notis Rayuan Balas bertarikh 10 Januari 2025 terhadap keputusan Mahkamah ini bagi isu ganti rugi khas yang dibenarkan oleh Mahkamah sebanyak RM16,912.00 berbanding jumlah ganti rugi khas sebanyak RM90,084.00 yang dituntut oleh Plaintif-Plaintif.
Fakta Ringkas
[4] Plaintif Pertama ialah pemilik pegangan bebas sebuah rumah teres dua tingkat yang beralamat di No 12, Jalan SG1, Taman Sri Garing, 48000 Rawang, Selangor Darul Ehsan ("Hartanah Plaintif-Plaintif"). Plaintif Kedua ialah isteri kepada Plaintif Pertama.
[5] Plaintif-Plaintif ti