2022 MarsdenLR 2505
MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA
MUHAMMAD HAFIZ MUKRIMIN ABDULKEH @ NORHISYAMUDDIN LWN. PENDAKWA RAYA & SATU RAYUAN LAIN
[Rayuan Jenayah Nos: W-05(M)-438-12/2020 & W-05(M)-439-12/2020]
A conviction for drug trafficking is unsafe if the trial court fails to properly evaluate evidence supporting the defense of an innocent carrier and the prosecution's case is not substantiated beyond reasonable doubt.
Headnote:(A) Dangerous Drugs Act 1952 – Sections 39B(1)(a) and 39B(2) – Appeals against conviction for drug trafficking – The High Court's conviction deemed unsafe due to failure to properly evaluate the accused's defense and evidence pertaining to the actual drug trafficker's existence. (Paras 1-82)
(B) Principles regarding the defense of innocent carrier established – Emphasized that accusations of drug possession must be substantiated by evidence demonstrating knowledge or willful blindness. (Paras 58-63)
Facts of the case: The appellant was convicted of drug trafficking but claimed to be an 'innocent carrier' unknowingly transporting drugs, as per instructions from an individual named Pok Ya. Arrest occurred following a police operation based on public tip-off. (Paras 4-22)
Findings of Court: The Court identified significant gaps in the prosecution's evidence, including the lack of thorough investigation into the purported drug dealer, undermining conviction validity. (Paras 81-82)
Issues: Determining whether the appellant was aware of the drugs in his possession and considering the defense of innocent carrier. (Paras 58-81)
Ratio Decidendi: The appellate court found that errors in evaluating evidence led to a wrongful conviction and emphasized the importance of substantiating claims of implicit knowledge regarding drug possession. (Paras 35-81)
Result: Appeals allowed; convictions set aside.
PENGHAKIMAN
Hashim Hamzah HMR:
Pendahuluan
[1] Perayu telah didapati bersalah dan disabitkan di atas dua pertuduhan mengedar dadah berbahaya oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan dijatuhkan hukuman mati. Terkilan dengan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut, Perayu telah memfailkan kedua-dua rayuan ini.
[2] Pada 21 Oktober 2021 setelah mendengar hujah daripada kedua-dua pihak dan meneliti keseluruhan rekod rayuan, nota keterangan serta alasan penghakiman Hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes ini ("Hakim Bicara"), kami telah dengan sebulat suaranya membenarkan kedua-dua rayuan Perayu dan selanjutnya melepaskan dan membebaskan Perayu daripada kedua-dua pertuduhan tersebut. Ini adalah alasan kami dalam membenarkan kedua-dua rayuan ini.
Pertuduhan
[3] Dua pertuduhan yang dihadapi Perayu adalah seperti berikut:
Pertuduhan Bagi Kes WA-45A-50-12/2018
"Bahawa kamu pada 23 Julai 2018 jam lebih kurang 7.50 malam bertempat di tempat letak kereta tidak berbumbung TESCO Extra, No 1081 Jalan ipoh, di dalam Daerah Sentul, di dalam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur telah mengedardadah berbahaya iaitu Methamphetamine berat 1206.3 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah s 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah s 39B(2) Akta yang sama."
Pertuduhan Bagi Kes WA-45A-51-12/2018
"Bahawa kamu pada 23 Julai 2018 jam lebih kurang 8.20 malam bertempat dipremis B-32-03 Eco Sky, No 972 Jalan ipoh, Batu 6 1A, di dalam Daerah Sentul, di dalam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur telah mengedar dadah berbahaya iaitu Methamphetamine berat 307.9 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah s 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dlhukum dibawah s 39B(2) Akta yang sama."
Fakta Kes
[4] Fakta kes ini telah dihuraikan oleh Hakim Bicara di dalam alasan penghakimannya. Kami telah merujuk kepada fakta kes yang telah dinyatakan di dalam alasan penghakiman tersebut dan telah membuat beberapa pengubahsuaian yang kami fikirkan perlu.
[5] Rada 23 Julai 2018 jam lebih kurang 7.30 malam, Insp Wan Muhammad Fauzie bin Wan Daud ("SP5") bersama sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik ("JSJN"), Ibu Pejabat Polis Kontinjen ("IPK") Kuala Lumpur telah pergi ke sebuah tempat letak kereta tidak berbumbung di TESCO Extra, No 1081 Jalan Ipoh, Sentul, Kuala Lumpur setelah mendapat maklumat daripada orang awam bahawa terdapat aktiviti pengedaran dadah di kawasan tersebut. Maklumat turut menyatakan bahawa aktiviti pengedaran dadah itu dilakukan oleh seorang lelaki berbangsa Melayu dengan menggunakan kereta Perodua Myvi bewarna hitam bernombor pendaftaran JQB 1806 ("Kereta tersebut").
[6] Pada jam lebih kurang 7.50 malam, SP5 telah melihat seorang lelaki Melayu, yang kemudiannya dikenali sebagai Perayu, yang memandu Kereta tersebut dan memberhentikannya di kawasan tempat letak kereta di tempat kejadian.
[7] Selepas Perayu keluar dari Kereta tersebut, SP5 dan pasukannya telah menangkap Perayu dan kemudiannya telah merampas sebatang kunci kereta bersama satu alat penggera kereta ("P36") daripada genggaman tangan kanan Perayu.
[8] Kemudiannya, dengan menggunakan kunci yang telah dirampas daripada Perayu itu, SP5 telah membuat pemeriksaan ke atas Kereta tersebut dengan disaksikan oleh Perayu. Hasil daripada pemeriksaan yang telah dijalankan, SP5 telah menjumpai satu beg galas hitam bertulis "Under Armour" ("P22") yang terletak di atas kerusi bahagian penumpang hadapan Kereta tersebut.
[9] Hasil pemeriksaan seterusnya mendapati di dalam beg galas tersebut mengandungi dadah berbahaya yang menjadi perkara matan ("subject matter") di dalam pertuduhan kes WA-45A-50-12/2018. Turut dirampas di dalam beg galas tersebut adalah 4 batang anak kunci dan sekeping kad bertulis "Eco Sky" atas nama "Muhammad Hafiz, No KP: 900207-11-5889" dan sekeping kad bertulis "B-32-03-1".
[10] Perayu telah kemudiannya memandu arah SP5 dan pasukannya ke sebuah rumah beralamat di Unit No: B-32-03, Eco Sky, No 972, Jalan Ipoh, Batu 6