SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2022 MarsdenLR 302

MAHKAMAH TINGGI MALAYA KOTA BHARU
MOHD AZIZEE HASAN LWN. MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA & YANG LAIN
[Saman Pemula No: DA-24NCVC-66-02-2020]



Petitioner Advocates:Shaharudin Datuk Hj Ali,Muhammad Noor Azfar Noor Azmi ,Respondent Advocate: Tuan Liew Horng Bin

The court ruled that allowing vernacular languages in schools is constitutional, affirming historic language policies under the Education Act without infringing on the national language provisions.

Headnote:(A) Education Act 1996 – Sections 17 and 28 – Federal Constitution – Article 152 – Challenge against the constitutionality of policies allowing Mandarin and Tamil as primary mediums of instruction in vernacular schools – The court found no conflict with the Constitution and emphasized the historical context of language policies. (Paras 1 to 54).

(B)

Federal Constitution – Article 152(1) – The court affirmed that Section 17 of the Education Act does not conflict with national language provisions, allowing continued use of vernacular languages.

(C)

Principle of Public Authority – Schools established under the Education Act are considered public authorities subject to constitutional provisions.

(D)

The significance of historical context in constitutional interpretation was reiterated, referencing past cases and legislative intent. (E)

Result:

Plaintiff's application dismissed.

PENGHAKIMAN

Mohamad Abazafree Mohd Abbas PK:

Pendahuluan

[1] Ini adalah merupakan satu permohonan oleh plaintif (plf) yang secara amnya bagi mendapatkan satu perintah deklarasi bahawa s 17 dan 28 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) yang membenarkan Bahasa Mandarin digunakan sebagai bahasa utama pengantar di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) dan Bahasa Tamil digunakan sebagai bahasa utama pengantar di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) adalah ultra vires kerana ianya bercanggah dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan (PP).

[2] Kertas-kertas kausa di dalam kes ini adalah seperti berikut:

(a) Saman Pemula di Kandungan 1;

(b) Afidavit Sokongan oleh Mohd Azizee bin Hasan di Kandungan 2;

(c) Afidavit Sokongan oleh Sufean bin Hussin di Kandungan 46;

(d) Afidavit Balasan Defendan 3 oleh Datuk Chong Sin Woon di Kandungan 84;

(e) Afidavit Jawapan Defendan 6,7 dan 8 oleh Heng Hong Chai di kandungan 89.

(f) Afidavit Jawapan Defendan 1 dan 2 oleh Datin Sri Hajah Zamani Abdool Hamid di Kandungan 104;

(g) Afidavit Jawapan Defendan 4 dan 5 oleh Tan Tai Kim di Kandungan 107; dan

(h) Afidavit Balasan oleh Mohd Azizee bin Hasan di Kandungan 109;

Isu Untuk Dipertimbangkan

[3] Teras isu yang perlu dipertimbangkan adalah bersandarkan kepada kl 1 Perkara 152 PP yang menyatakan:

"1) The national language shall be the Malay language and shall be in such script as Parliament may by law provide:

Provided that:

(a) no person shall be prohibited or prevented from using (otherwise than for official purposes), or from teaching or learning, any other language; and

(b) nothing in this Clause shall prejudice the right of the Federal Government or of any State Government to preserve and sustain the use and study of the language of any other community in the Federation."

[4] Perkara 152 ini perlu dipertimbangkan di dalam konteks peruntukan di bawah ss 17 dan 28 Akta 550 yang berkaitan seperti berikut:

(17) Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama

(1) Bahasa kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah s 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini.

(2) Jika bahasa pengantar utama di sesuatu institusi pendidikan adalah selain bahasa kebangsaan, bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib di institusi pendidikan itu.

(28) Penubuhan dan penyenggaraan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan

Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Menteri boleh menubuhkan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan dan hendaklah menyenggarakan sekolah itu.

[5] Asas isu yang perlu dipertimbangkan adalah sama ada SRJKC dan SRJKT yang ditubuhkan di bawah Akta 550 adalah merupakan satu pihak berkuasa awam dan oleh itu s 17 tersebut yang membenarkan bahasa pengantar utama di dalam bahasa ibunda selain Bahasa Melayu adalah bertentangan dengan Perkara 152(1) PP.

Pendirian Pihak-Pihak

[6] Peguambela Plf di dalam hujahan mereka bersandar kepada keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Merdeka University Berhad v. Government of Malaysia , [1982] 2 MLJ 243 (kes Merdeka University) dengan menegaskan bahawa SRJKC dan SRJKT adalah merupakan satu pihak berkuasa awam. Oleh yang demikian, bahasa pengantar hendaklah mematuhi Perkara 152(1) PP. Sebarang peruntukan di bawah undang-undang iaitu secara khususnya di bawah Akta 550 yang bertentangan dengannya adalah ultra vires.

[7] Peguam Kanan Persekutuan (PKP) yang mewakili defendan 1 dan 2 (Def 1 dan 2) berpandangan bahawa walaupun SRJKC dan SRJKT adalah merupakan satu institusi yang tercakup sebagai pihak berkuasa awam, namun Perkara 152(1) PP perlu dibaca secara seimbang dengan sejarah perundangannya.

[8] PKP menegaskan bahawa tujuan utama Perkara 152 PP adalah untuk meletakkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dengan sekaligus mengekalkan penggunaan bahasa ibunda yang lain sebagai bahasa pengantar yang lain di dalam sistem Pen

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top